Bab 2

8.3K 525 57
                                    

Hari ini,aku terpaksa balik kerumah kedua ibu bapaku kerana ibu bapa Rian akan datang pada hari ini.Berdebar gila!

"Assalamualaikum!"Aduh!Cepatnya datang.Ibu pula laju je pergi kearah bakal besan nya.

"Waalaikumusalam!Eh,Laila?Kamu ke bakal besan saya?!"Ibuku menanyakan soalan yang ibu sendiri sudah tahu jawapannya.

"Ye lah!Tak sangka kita bakal berbesan nanti!"Aku lihat riak wajah Datin Laila seperti gembira.

"Tu lah!Mari masuk. Apa pula duduk luar tu."Pelawa ibuku.Lalu Datin Laila dan Datuk Rayyan terus masuk kedalam rumah ibu bapaku.

Rian mana?Tak akan tak datang!Aku mengeluh.Abang aku dibelakang juga turut mencari kelibat Rian.

"Assalamualaikum!"Aku tersenyum apabila melihat susuk tubuh Rian.Aku terus mengawal mukaku supaya Rian tidak perasan aku tersenyum tadi.

"Waalaikumusalam!Ingat tak datang tadi!"Aku memerlinya.Dia menjeling kearah ku.

"Tak akanlah saya tak datang.Nak jumpa jugak bakal mak mertua dengan bakal ayah mertua.!"Kata dia serius sambil memandang abangku disebelah.

"Ouh!Ni,abang saya.Nazrieq Firash.Boleh panggil dia Rash!"Aku memperkenalkan abangku kepadanya.Dia hanya tersenyum dan berjabat tangan dengan abangku.

"Yang kau buat muka pelik kenapa bro?!"Aku memandang Rian dan Rash pelik.Macam rapat je!

"Er...sorry.Dah terbiasa!"Rian tersengih malu.

Apa-apalah Rian.Aku terus masuk kedalam apabila ibuku memanggil untuk membuat air untuk bakal mak dan bapa mertuaku.

"Weh!Kau ni.Buat-buatlah yang kita ni tak kenal.Nanti kantoilah!"Marah Rash setelah Bella masuk kedalam.

"Aku lupa lah!Janganlah marah."Kata Rian pendek lalu masuk kedalam juga!

Rash mengeluh panjang apabila dia ditinggalkan begitu sahaja.

"So,bila kita nak buat majlis untuk diorang ni?!"Ayah ku memulakan topik.Aku buat-buat tidak dengar.Begitu juga dengan Rian.

Aku menatap wajah crushku.V oppa!Bella nak kahwin dah!Nanti kesian oppa!Aku terus menutup iphoneku setelah Rash menyuruhku.

Rian pula bermain candy crush.Macam budak kecil.Comel!Comel?Apa yang comel Bella!

"Kalau boleh secepat mungkinlah!Rian ni dah tak sabar-sabar!"Aku yang baru sahaja meneguk air terus tersedak apabila Datin Laila berkata begitu.

Rash membantu mengusap belakangku lembut.Lalu membebel perlahan ditelingaku.

"Hmm.Boleh juga tu!So,kalau 2 minggu dari sekarang?!"Amboi ibu!Taulah happy sangat kawan baik jadi bakal besan.Tapi cepatnya.

Datuk Rayyan dan ayahku mengangguk tanda setuju.Begitu juga dengan Datin Laila.

"So,warna tema korang nak warna apa?!"Tanya Datuk Rayyan sambil memandang aku dan Rian.

"Putih! Biru cair!"Serentak aku dan Rian memberi candangan.Aku mengatakan putih dan Rian berkata sebaliknya.

"Aishh!Boleh pening macam ini.Kita buat warna putih lah.Putih ni kan suci!"Datin Laila mula bersuara.

Aku tersenyum sinis kearah Rian.Aku menang!Mr.Haters kalah.Hahaha.

Aku terdengar Rian mengeluh.Aku tergelak kecil.
**********
Arghh!Lagi 3 hari aku nak jadi isteri orang.Isteri kepada Mr.Haters.Noooo!

V oppa!Sorry Bella tak tunggu V oppa!*Berangan*

"Untunglah orang tu,nak jadi isteri orang dah!"Aku mengetap bibir apabila Minah selfie masuk kedalam bilikku.Amanda!

"Huh!Menganjing!"Kataku tetapi mataku masih melekat di majalah epop ku.

Tiba-tiba iphoneku berbunyi minta diangkat.

Apa mamat ni nak malam-malam macam ni?!

"Hello!"Aku menyapanya selepas mengangkat panggilannya.

"Assalamualaikum!"Aku tersengih sendiri.Kau islamlah Bella.So,bagi salam dululah!

"Hihihi.Waalaikumusalam.Awak nak apa?!"Tanyaku dalam keadaan malas sambil membelek majalah epop.

"Nak sayang!"Aduh!Mamat ni aku rasa nak hempuk guna kuali D.O lah.

"Cepatlah.Nak apa?!"Aku bertanya sekali lagi dengan malas.

"Tak ada apa-apa. Just bosan."Aku mengeluh panjang.

"Kalau bosan,pergilah tidur.Dah lewat ni!"Memang lewat pun.Dah pukul 1:30 pagi.Aku memang selalu tidur lambat,dan sebab itulah aku asyik kena dengan boss aku yang tak lama lagi jadi suami aku!

"Tak ngantuk.Saya nak cakap!Lepas kita nikah je,kita terus balik rumah saya."Pandai pula ber'awak-saya dengan aku!

"Ye lah!Ok lah.Saya nak tidur.Bye!"Belum sempat aku mahu menutup dia menyambung.

"Bye!Mimpi saya tau!Tak sabar jumpa awak esok!"Ok,Mr.Haters ni dah masuk air.

"Ye lah!"Aku menjawab malas lalu menutup panggilan itu.

Mana pula Amanda nI?Masuk tidur dah kut.Lantak lah.Aku pun nak tido jugak.
***********
Sorry idea tak datang.Lepas ni saya akan cuba update yang lagi ok^^jangan lupa vote~


Miss Kpopers & Mr.HatersWhere stories live. Discover now