Bab 3

7.8K 552 26
                                    

Hari ini adalah hari yang paling aku tidak tunggu dalam hidup aku!Kahwin?Mr.Haters?Ahh nonsense!

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Nabella Fariesya Bt Muhd Fariesh dengan mas kahwinnya RM 500 tunai"

"Aku terima nikahnya Nur Nabella Fariesya Bt Muhd Fariesh dengan mas kahwinnya RM 500 tunai!"

Sah!

Sah!

Sah!

Dengan sekali nafas sahaja,aku sudah menjadi isteri kepada Muhd Adrian Dafrieq dan dengan sekali nafas juga aku sudah halal baginya.Aku redha!

Selepas dia menyarungkan cincin dijari manis ku,dia mengucup lembut dahiku.Dan timbul perasaan didalam hatiku yang aku sendiri tidak tahu perasaan apa itu.Aku cuba mengawal perasaan itu.

"Aku akan cuba lindungi kau dan aku cuba untuk sayangkan kau sayang!"Rian sempat membisik kepada aku.Aku tergamam.Aku tak mimpi ke ni?!

Selepas penat tersenyum. kini tibanya masa untuk tetamu semua pulang kerumah apabila habis menjamu selera.

"Bella!"Aku memandang gelaran yang memanggil ku.Aku tersenyum kearahnya.

"Kenapa?!"Aku bertanya.

"Jom balik rumah saya!Saya dah penat ni!"Rengek Rian.Aku membulatkan mataku.Gila ke apa dia ni!Baru habis majlis tak akan nak lari balik!

"What?!Kita baru habis majlis.Tak akan nak balik dah.Tak nak duduk rumah ibu dulu ke?Esok je lah kita pergi duduk rumah awak!"Aku memberi candangan.

"Tak nak!Kan saya dah cakap hari tu!"Kata dia tegas.Aku mengeluh panjang.

"Dah tu nanti apa kata ibu dengan ayah!"Aku cuba memberi alasan.Sebenarnya aku belum bersedia hendak duduk serumah dengan Mr.Haters ni!Apa lagi sebilik!

"Saya dah cakap dekat diorang!Diorang ok.Dah jom!"Rian menarik tanganku.Aku terpaksa mengikut sahaja!

Didalam kereta aku hanya senyap sahaja.Aku melemparkan pandanganku keluar tingkap.

" Why are you silent? Are you mad at me?"Rian berkata memecahkan kesunyian.

Aku memandangnya sekilas.
"Nothing!"Lalu aku melemparkan pandangan keluar tingkap sekali lagi.

Sampai sahaja di rumah Rian.Aku ternganga!Besar gila!

"Sayang,tutup sikit mulut tu!"Aku tersengih malu!Lalu dia menarik tangan ku masuk kedalam rumah itu.

Lawa!Banyak bilik-bilik yang best!Tiba disuatu bilik,aku menampar pipiku kuat.Bilik baby?

"Bilik tu nanti untuk anak kita!"Aku memandang Rian disebelahku.Cepatnya dia sediakan.Baru kahwin tadi kut!

"Ouh!Bilik saya dekat mana?!"Tanya aku selamba sambil mengawal riak wajahku yang terkejut.

"What?Bilik awak?Sini saya tunjuk!"Rian menarik tanganku masuk kedalam satu bilik yang agak besar.Bagi aku ianya perfect.

"Bilik awak dekat mana?!"Aku tanya pelik apabila melihat baju-baju Rian sudah tergantung.

"Dekat sinilah!"Jawab dia selamba.

"So,bilik saya?!"Kepala otak aku mula blur.Rian ni pun satu,jangan belit-belitkan lah!

"Sayang,tempat seorang isteri adalah disisi suami dia!So,sinilah tempat sayang!"Rian menarik ku duduk dekat dengannya.

Aduh!Baru nak buat macam bilik aku dulu.

"Yelah!"Aku terpaksa mengalah.

Aku tak perlu nak kemas apa-apa kerana semuanya sudah disediakan oleh Rian sebelum ni.Tapi...

"Boss!Saya tak ada bajulah nak pakai!Jom pergi rumah sewa kawan-kawan saya!"Lancar sahaja aku berkata.Aku teringat yang aku tak bawak baju.

Rian yang sudah menukarkan baju melayu kepada T-Shirt biasa dan seluar tracksuit memandangku.

" What are you calling me? I'm your husband, not your boss ok?"Kata Rian sambil masih memandangku.

"Er..saya tak ada baju!Saya nak pakai apa?!"Tersengih aku.Aku lupa pula yang dia dah jadi suami aku.Tapi boss aku jugak --'

"Baju sayang dekat dalam almari tu!"Rian menunjukkan kearah almari bajunya.

"Gilalah boss ni!Cepat gila!Bila masa pula dia ambil baju-baju aku ni!"Aku membebel perlahan tetapi masih lagi dapat ditangkap oleh telinga Rian.

"I'm your husband!So,panggil saya macam suami awak!"Kata Rian tegas.

"Dan lagi satu,baju-baju awak ni semua kawan-kawan awak yang bagi semalam!"Aku membulatkan mata.Yang diorang ni,macam nak menghalau aku je!

Aku mengangguk lalu tuala yang disidai aku ambil dan terus masuk kedalam bilik air untuk membersihkan badan.

Selepas siap membersihkan badan,aku keluar siap berbaju.Dan aku lihat sekeliling bilik.Rian tiada.

Aku turun ke bawah dan cari di bawah.Tiada juga.Mata aku pun seperti berat,aku terus masuk kedalam bilik aku dan Rian kembali lalu merebahkan badanku diatas katil yang empuk.

Tidak lama selepas itu,aku terlelap dengan sendiri.Rian tidak tahu kemana!

"Bella!Bangun.Dah nak maghrib ni!Tak elok tidur senja-senja macam ini!"Aku terjaga apabila ada tangan Rian mengoncang lembut badanku.

"Boss.."Belum sempat aku menghabiskan kata,Rian merenungku tajam.

"Eh.Awak pergi mana?!"Aku menukar perkataan 'boss' kepada 'awak'.

"Pergi beli barang dapur sebab kat dapur kosong."Aku mengangguk.Gilalah Rian.Biasa lelaki tak pandai nak beli barang dapur.Entah-entah sawi pun lelaki tak kenal.Tapi Rian?Semua tahu.Aku tabik dengan suami aku!Bukan macam abang aku!Mengharapkan aku juga!Huh!

Selepas selesai menunaikan solat maghrib yang diimamkan oleh Rian.Aku turun kebawah untuk masak makan malam.

Apa aku nak masak?Arghh.simple jelah!

Aku hanya memasak ayam masak kicap dan sayur goreng sahaja.Cukuplah tu.Lagipun berdua je!

"Sayang masak apa?!"Aku memandangnya lalu senyum kearahnya.

"Masak simple-simple je!"Kataku sambil mencedukkan nasi kedalam pinggannya.

"Tak apa!Janji ada.Saya tak kesah!"Nasiblah suami aku ni bukan jenis memilih macam Erryn.

Selepas makan malam dan menunaikan solat isyak,aku merebahkan diriku disebelah Rian.

Pada mulanya,aku macam tak biasa sebab kongsi katil dengan lelaki.Tapi aku cuba biasakan.

"Sayang!"Aku memandangnya.

"Tak nak pergi honeymoon ke?!"Aku menelan air liur.Honeymoon?Memang aku nak!Tapi...

"Humm.Nak lah jugak."Teragak-agak aku berkata.

"Ok.Lusa kalau saya tak ada kerja,kita pergi!"Aku tersenyum.

"Sayang nak pergi mana?!"Aku lagilah suka kalau tempat honeymoon aku yang pilih.

"Ko.."Belum sempat aku menghabiskan kata,dia memotong laju.

"Tak nak!"Aku mengeluh panjang sambil memikirkan idea.

"Bie,bolehlah!"Aku memujuknya lalu memeluk pinggang Rian erat.Sebenarnya aku tidak biasa,tapi tak apalah.

"Huh!Ye lah!Tapi ada satu syarat!"Aku benci syarat!!!

"First,sayang kena jadi bantal peluk saya setiap masa!"Amboii gila suami aku ni.

"Second,panggil saya Bie.Sebab saya suka awak panggil saya Bie.Nampak comel!"Aku mengeluh.

"Tadi kata satu syarat je!"Dia tergelak kecil.

"Yang kedua tu tambahan!"Macam-macam laki aku ni!

"So,sini bantal peluk.Bie nak tidur!"Rian terus memeluk pinggangku erat.

Aku terpaksa!Janji aku dapat pergi Korea!

'KOREA kau tunggu aku datang'
Hahahaha.
--------
ok!Siap bab 3 yang mengarut.So,kalau sudi boleh vote.Thanks^^

Miss Kpopers & Mr.HatersWhere stories live. Discover now