Bab 32

4.2K 238 25
                                    

Disebabkan keadaan Bella yang kurang sihat,dia hanya terlantar sahaja diatas katil.Fiyya juga sudah memberinya cuti sehingga dirinya betul-betul sihat.Walaupun Fiyya sudahpun memberi cuti kepada Bella,tetapi dia tetap berkeras untuk pergi ke butik.Puas Amsyar memujuknya.

"Abang bolehlah esok sayang nak pergi butik.Sayang bosanlah."Tangan Bella sudah merayap mengacau ketenteraman Amsyar yang sedang bermain dengan ipadnya.Amsyar menggeleng sedikit.Sekali lagi Bella mencuba tetapi jawapannya hanya sama sahaja.Tidak boleh.

"Bosanlah.Dekat rumah ni bukan boleh buat apapun."

"Sayang tu tak sihat kan.Sayang duduk je lah.Tak payah nak buat kerja."Kata Amsyar seraya meletakkan ipadnya disebelah lalu menarik Bella kedalam dakapannya.Bella mencebik sedikit.

"Lusa abang kena pergi khusus dekat Kuantan.Abang pergi dalam 5 hari macamtu,sayang duduk rumah mama ya?"Kata Amsyar sambil memandang tepat kedalam mata isterinya.Muka Bella berkira-kira hendak duduk dirumah ibu mertuanya kerana takut menyusahkan sahaja.

"Tak payahlah.Menyusahkan mama je.Bella boleh jaga dirilah."Bella sudah memulakan protesnya.Daripada posisi baring dia menukar ke posisi duduk.Begitu juga dengan Amsyar.Perbincangan nampaknya sudah bermula.

"Please dengar cakap abang kali ni?"Akhirnya Bella angkur dengan keputusan yang dibuat oleh suaminya.Nak atau tidak,memang harus ikutkan sahaja kata Amsyar.Syurganya terletak dibawah tapak kaki suami nya.

"Hmm.Apa-apa je lah abang.Nak tidur.Mengantuk!"Kata Bella acah-acah merajuk dengan Amsyar.Badannya kembali direbahkan lalu membelakangi Amsyar.Mata ditutup rapat.

Niat Amsyar ingin memujuk isterinya dibiarkan sahaja ditiup angin.Jika memujuk,sudah pasti selepas ini Bella tidak akan mendengar keputusannya.Badannya juga direbahkan.Tubuh isterinya dipeluk daripada belakang.Walaupun Bella merasai pelukan suaminya,dia tetap dengan rajukan nya.Lansung tidak mahu mengalah.

Paginya,Bella sudahpun bersiap untuk bertolak kerumah ibu mertuanya.Keperluan 5 hari dibawanya bersama.Daripada semalam Bella senyap sahaja.Acah-acah merajuk.Tetapi Amsyar yang sudah kenal dengan perangai isterinya juga lansung tidak memujuk.

"Abang ni memang tak pandai pujuk isteri ke macam mana?"Akhirnya Bella mengalah.Amsyar yang sedang memandu memandang isterinya sekilas lalu tersenyum sahaja.

"Kali ni memang abang tak nak pujuk sebab kali ni sayang kena ikut arahan abang.Boleh?"

"Abang tak percayakan Bella kan?"Bella sudahpun naik berang dengan Amsyar yang seperti tidak mempercayai dirinya sebagai seorang isteri.

"Abang percayakan sayang.Tapi abang nak pastikan keselamatan sayang.Please kali ni je abang mintak."Bella senyap hanya akur dengan arahan yang diberi oleh Amsyar.Setelah hampir lama masing-masing senyap,mereka pun sampai di perkarangan banglo Tengku Dura.

Selepas mengangkat keluar barang-barang keluar daripada kereta,mereka serentak masuk kedalam banglo 2 tingkat itu dengan salam.Salam disambut dengan manis oleh Tengku Amira iaitu adik perempuan kepada Amsyar.

"Kenapa tak bagitahu dulu nak datang?Buat suprise je lah."Kata Amira sambil menjeling memandang Amsyar yang hanya tersenyum sahaja.Begitu juga dengan Bella.

"Mama mana?Tak nampak pun."Tanya Bella sambil matanya meliar mencari kelibat Tengku Dura.Sama seperti Bella,Amsyar juga mencari batang hidung ibu kesayangannua itu.

"Tu."Amira memuncungkan mulut ke arah Tengku Dura yang melangkah ke arah mereka.Terus tangan orang tua itu dikucup dan tubuhnya dipeluk oleh Bella dan Amsyar.

"Mama sihat?"

"Sihat.Alhamdulillah.Kamu ni nampak pucat je.Sakit ke?"Tanya Tengku Dura kembali.Bella terus menjeling wajah suaminya disebelah dengan pandangan 'pucat sangat ke?'.Amsyar yang faham dengan reaksi muka Bella terus mengangguk kecil.

Miss Kpopers & Mr.HatersWhere stories live. Discover now