Bab 34

4K 234 15
                                    

Selepas mendapat berita gembira tentang zuriat Amsyar yang hidup didalam rahim Bella,semua kerja dilakukan oleh Amsyar.Katanya orang mengandung tak boleh buat kerja berat-berat.Membahayakan kesihatan.Hubungan mereka semakin rapat.Ego Amsyar dikurang untuk menjaga hati isterinya.Kemana sahaja Bella hendak pergi,wajib ada Amsyar di sisinya.Kadang-kadang Bella sendiri rasa rimas kerana dilayan sebegitu sekali.

"Apa abang ni?Tak payahlah ikut Bella."Marah Bella sambil menolak sedikit tubuh suaminya.Bayangkan bagaimana prihatinnya Amsyar dengan isterinya.Naik rimas juga Si Bella melihat Amsyar yang mengikutnya.

"Kenapa?Tak boleh?Abang kan suami sayang."

"Bukan tak boleh tapi just rimaslah.Bukannya Bella nak curang dengan Abang pun sampaikan Abang kena ikut Bella 24 jam."Bebel Bella panjang lebar.Amsyar mengangkat sebelah keningnya apabila Bella bercakap tentang 'curang'.Bella sudahpun tersengih apabila melihat cara Amsyar menegurnya.

"Okeyh.Sorry,abang cuma risaukan sayang,risaukan bakal anak abang.Ini anak pertama abang,jadi abang nak jaga sayang elok-elok."Kata Amsyar sambil menyentuh perut Bella.Bella faham perasaan Amsyar sekarang ini.Suaminya itu ingin yang terbaik untuk dia dan bakal anaknya itu.

"Maafkan Bella.Bella faham perasaan Abang."Tubuh tegap Amsyar dipeluknya erat.Begitu juga dengan Amsyar yang membalas pelukkan itu.

"Abang,esok Abang boleh temankan Bella tak?"

"Sayang nak pergi mana?"

"Bella nak pergi kubur Adriel.Bella..."Kata Bella sambil menahan sebak di dadanya apabila teringatkan arwah anaknya itu.Muhd Faiz Adriel nama diberi sebelum dikebumikan janin itu.Walaupun sekarang dirinya tidak lagi bersama dengan Rian,tetapi anaknya bersama Rian tetap di ingati sampai mati.

"Sayang nak menangis,menangislah.Abang akan tetap setia dengan sayang.Bahu Abang tetap tempat untuk sayang menangis."Kata Amsyar.Bella menangis sepuas-puasnya dibahu suaminya.Tenang sedikit rasanya apabila menangis didalam dakapan suaminya itu.

Seperti yang dikatakan,Bella dan Amsyar berada dihadapan kubur kecil Adriel.Rasa sebak di dada cuba ditahan tetapi air matanya tetap mengalir.Hati ibu mana yang tidak sedih apabila dihadapan kubur anaknya?Begitu jugalah dengan Bella.Hatinya remuk apabila memikirkan saat-saat Adriel dikebumikan.

"Adriel,mama datang ni sayang.Mama bawak papa.Mama rindu sangat dengan Adriel.Walaupun Adriel tak ada dengan Mama,Mama akan tetap ingat Adriel.Mama nak sangat tengok wajah Adriel walaupun hanya sekali."

Tangisan Bella dapat didengari oleh sepasang telinga Amsyar disebelahnya.Amsyar menggosok belakang isterinya untuk menenangkannya.Hampir sahaja Amsyar hendak mengalirkan air mata tetapi dia tetap tahan.Tubuh isterinya ditarik kedalam dakapannyan lalu mengucup lembuh dahi isterinya.

"Maafkan mama Adriel,sebab mama Adriel pergi tinggalkan mama."

"Sayang,tak baik cakap macamtu.Ada hikmahnya kenapa Allah S.W.T ambil Adriel dari kita.InsyaAllah Adriel akan jemput kita di pintu syurga kelak.Percayalah."Pujuk Amsyar.100% betul kata-kata Amsyar.Adriel akan menyambut mereka di pintu syurga kelak.

"Janganlah macamni.Nanti,Adriel lagi sedih bila tengok mama dia menangis macamni."Kata Amsyar sambil tangannya sibuk menyengka butir-butir air jernih yang jatuh di pipi Bella.Dia tidak kuat melihat walaupun setitik air mata yang jatuh di pipi isterinya itu.Isteri yang cukup sempurna baginya.

Miss Kpopers & Mr.HatersWhere stories live. Discover now