Bab 33

4.1K 264 15
                                    

Ting~

Amsyar yang sedang termenung didalam bilik tersedar daripada lamunannya apabila iPhone nya berbunyi menandakan masuknya satu notification daripada Whatsapp.Dia lansung mengukir senyuman dibibirnya apabila melihat gambar isterinya yang ditangkap senyap-senyap oleh Tengku Amira.

Pinjam kak Bella sekejap boleh?Eh!Bukan pinjam.Nak culik dia sekejap.Boleh?

Amsyar membaca bait-bait mesej daripada adik bongsunya itu.Laju jari-jarinya menari diatas skrin iPhone nya untuk membalas kembali mesej itu.

Culiklah.Pulang balik dekat aku.

Selepas menerima mesej yang dihantar oleh abang keduanya,Amira terus melangkah ke arah Bella yang sedang termenung seorang diri.Amira tahu Bella rindukan suaminya.

"Okeyh jom!Abang dah bagi keizinan nak bawak isteri kesayangan dia ni."Kata Amira sambil menarik tangan Bella supaya bangun.Dengan malasnya Bella berdiri.Memang dari dulu, Bella susah hendak keluar shopping melainkan memang dah tak ada apa yang hendak dipakai ataupun baju yang ada tidak sesuai di dalam sesebuah majlis.

"Sekejap je tau?Akak tak sedap badan."Amira mengangguk.Pada mulanya,dia hendak mengajak Bella jalan-jalan lama sikit tetapi dengan keadaan Bella yang tidak sedap badan,lansung dibatalkan.

Amira memandu keretanya dengan berhati-hati sambil memandang kakak iparnya sekilas.Bella hanya senyap sambil termenung.Hatinya daripada tadi tidak sedap hati.Daripada pagi tadi perasaan itu muncul tetapi dia cuba untuk hindarkannya.

"Akak fikir apa dari tadi?Senyap je."Kata Amira memecahkan lamunan Bella.Bella senyap tidak menjawab soalan daripada Amira.Perasaan tidak sedap hatinya itu cuba dibuang jauh.Dia sendiri tidak tahu kenapa?Apa petandanya.

"Akak,lagi 2 hari birthday abang.Kita beli dia hadiah nak?"Kata Amira cuba menceriakan kembali mood kakak iparnya itu.Bella tersenyum kecil mendengar idea daripada Amira.Betul jugak tu!

Kereta viva nya dipandu laju ke kedai cenderamata untuk membelikan hadiah.Setelah sampai,Bella berkira-kira hendak membeli Amsyar hadiah yang bagaimana.Bella memerhati satu persatu batu kristal yang diukir menjadi sebentuk cincin dan hati yang dicantumkan itu.Dia meneliti setiap bait batu kristal itu.Cantik!

"Kak.Mira nak pergi tengok dekat sana sekejap.Akak tunggu sini tau?"Kata Amira menunjukkan arah dihadapannya.Bella hanya mengangguk sahaja.Langkah kakinya diatur untuk melihat cenderamata yang lainnya.

Sejam selepas Amira dan Bella keluar,Amsyar kembali mengambil iPhone nya apabila mendapat satu notification daripada Whatsapp.Nombor yang tidak dikenali!Bermacam-macam nama yang diteka oleh Amsyar apabila melihat nombor misteri itu.Gambar?Hati Amsyar tiba-tiba bagai ditikam dengan pisau apabila melihat gambar yang dihantar.Dia kaku dan lidahnya kelu bercakap. Begitu juga dengan otaknya yang tiba-tiba seperti berhenti tidak membenarkan dia berfikir apa-apa.

Dia terus melempar kembali iPhone nya di sebelah lalu keluar daripada bilik hotel yang disewanya untuk menenangkan fikiran.Fikirannya betul-betul serabut setelah melihat gambar Bella dan Rian sebentar tadi.Ingin percaya dengan isterinya atau ingin percaya dengan gambar yang diberi oleh pemilik nombor misteri itu?Dia betul-betul tidak boleh berfikir.

Esoknya,Bella pulang terlebih awal daripada kerjanya dan terus bergegas pulang ke rumahnya sendiri.Hari ini,dia berasa terlalu gembira kerana Amsyar hendak pulang.Tidak sabar rasanya menunggu kepulangan suami tercintanya itu.Jika Amsyar didepan mata,sudah tentu dipeluknya erat tubuh tegap Amsyar untuk melepaskan rindunya yang dipendam selama 5 hari itu.

Miss Kpopers & Mr.HatersWhere stories live. Discover now