BAB 9

4.2K 225 0
                                    

"ABAH ingatkan kau keluar pergi jumpa kawan perempuan. Rupanya kau keluar pergi dating! Sejak bila kau berkawan dengan jantan tu sampai dah berani keluar berdua-duaan? Dah berapa kali kau keluar dengan dia?" Suara tengkingan Abah menyambut kepulangan Dayana ke rumah. Kecut perut dia bila tiba-tiba Abah mengamuk. Tak sempat dia nak masuk rumah, dah kena marah. Kenapa tiba-tiba?

"Kau dah lupa ke apa aku dah ajar kau selama ni. Aku bagi kau kerja bukan suruh kau menggatal dengan jantan lain. Dah gatal sangat ke nak kahwin?" Tengkingan demi tengkingan yang diterimanya membuatkan Dayana sebak. Tak pernah-pernah Abah menengkingnya sebelum ni. Kali ni dia memang benar-benar terasa.

"Bukan macam tu Abah. Yana keluar dengan dia bersebab. Bukan saja-saja," bela Dayana. Kalau dia ceritakan sebabnya, percaya ke Abah dengan cerita dia.

"Bersebab? Sebab apa? Sebab nak berseronok dengan dia. Kalau aku tak nampak kau keluar dari kereta lelaki tu tadi, rasanya sampai bila-bila pun aku tak tahu kau keluar dengan jantan. Kau dah tak tahu malu? Tak ada adab sampai nak keluar dengan jantan. Dah teringin nak kahwin ke apa." Memang dia terkejut bila tengok anak dara dia keluar dari kereta seorang lelaki. Siap boleh bergelak ketawa lagi. Dari pandangan mata dia pun dia dah boleh agak hubungan mereka. Pastinya bukan sekadar kawan. Layanan dan pandangan mata lelaki itu memang berbeza. Dia boleh nampak.

"Bukan Abah. Yana bukan macam tu. Tolong jangan tuduh Yana macam tu." Bertapa sakit hatinya bila Abah sendiri menuduh dia macam tu. Dayana pandang wajah Ma yang nampak sedih dan serba salah. Ma pun dah tak percayakan dia ke?

"Kau masuk dalam bilik sekarang. Bagi telefon kau." Beg tangannya diambil dan telefon dirampas. Dia hanya diam membiarkan tindakan Abah. Air mata memang dah mengalir di pipi. Nak jelaskan apa yang dah berlaku, dia rasa mungkin Abah dan Ma tak akan percaya. Jadi dia hanya biarkan saja.

"Mulai esok. Kau duduk rumah saja, tolong Ma. Aku tak nak kau kerja lagi. Aku tak nak kau jumpa jantan tu lagi. Kalau betul dia nakkan kau, biar dia datang sini sendiri. Jumpa dengan Abah. Dah masuk." Dayana diam. Dia pandang wajah Ma sebelum melangkah masuk ke dalam bilik. Di dalam bilik, teresak-esak dia menangis. Inilah padahnya bila belakangkan keluarga sendiri. Kau juga yang susah Yana. Dia dah tak pedulikan Rizal, sekarang ni hatinya hancur berkeping-keping bila Abah dengan Ma tak percayakan dia. Dia sedih.

RIZAL mula tak senang duduk bila mesejnya langsung tak berbalas. Bukan sehari. Dah lima hari Dayana senyap. Dia ssndiri tak tahu masalahnya. Sedangkan kali terakhir mereka berjumpa, ceria saja wajah gadis tu. Atau ada benda yang dah berlaku?Nak ditanya kawan Dayana, dia langsung tak tahu siapa. Nak tanya majikan dia pun, dia bukannya ada di Malaysia sekarang.

Dah lima hari dia berada di China. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Perkara ni dah diberitahu Dayana dan mereka sudah berjanji mahu bermesej sepanjang ketiadaannya di Malaysia tapi mesejnya langsung tak dibalas. Hanya satu tick, jauhkan bluetick. Dia mula khuatir. Kalau ikutkan hati nak saja pulang ke Malaysia tapi tak boleh. Esok baru dia boleh balik. Nak telefon, dia masih ingat prinsip gadis itu. Pasti panggilannya tak akan bersahut.

Rizal bangun, mundar mandir. Dia cuba berfikiran positif tapi apa yang masuk ke kepalanya semua benda negatif. Yana kemalanganlah, Yana dah tak nak jumpa dialah dan paling teruk dia fikir Yana dah meninggal.

Argh! Damn it. Dia tak boleh stop fikir pasal negatif. Bilik yang sejuk terasa panas tiba-tiba. Macam ni ke penangan orang merindu? Teruk juga bila dia sendiri rasa. Dia dah mula rindu dan risaukan Dayana sekarang. Sebelum ni tak pernah lagi dia risaukan seseorang sampai ke tahap sekarang.

Mesej dihantar lagi kepada Dayana. Mencuba dan terus mencuba tapi jawapannya tetap sama. Dayana langsung tak buka WhatsApp atau boleh dikata tak buka telefon langsung. Bila mesej, tak sampai. WhatsApp tak bluetick. Tengok last seen lima hari lepas. Hari di mana kali terakhir mereka berjumpa.

Serius! Dia rasa nak gila sekarang ni.

Bunga-bunga Cinta (EBOOK)On viuen les histories. Descobreix ara