BAB 3

5.8K 264 18
                                    


"MIN, masuk kedai buku jap."

"Kau nak beli apa. Tak pernah-pernah kau masuk kedai buku sebelum ni. Bukan ke kau anti buku?" Pelik juga dia apabila teman sepermainannya yang memang anti dengan buku ni mengajak dia masuk ke dalam kedai buku. Buat apa?

"Ala, ikut ajelah. Aku nak survey buku untuk adik aku jap." Nak tak nak diikutkan juga gerak langkah Rizal yang sudah melangkah masuk ke kedai buku Popular. Adik? Setahu dia si Rafiq tu pun bukannya ulat buku. Ke adik yang mana satu ni?

"Baik kau cakap dengan aku, adik kau yang mana satu?" Dahi Rizal berkerut bila soalan itu yang ditanya.

"Aku ada berapa adik?" Balas dia sarkastik. Dah tahu dia cuma ada sorang saja adik yang ditanya macam dia ada sepuluh orang adik tu dah kenapa.

"Budak Rafiq sorang saja tapi aku musykil gaya kau cakap nak survey buku untuk adik kau tu gaya kau ada sorang lagi adik yang ulat buku. Adik siapa? Adik angkat kau ek?" tebak Amin. Tak puas hati selagi tidak mendapat jawapan. Dia ikut langkah Rizal yang ke mana lelaki itu melangkah. Rizal pula tak menjawab, leka dia membelek buku depan mata.

"Yang ni okey tak?" Dihulur satu novel kepada Amin.

"Novel?! Kau ni biar betul Zal. Dah amnesia ke apa? Bila masa adik kau minat novel ni?"
"Hish, kecohlah kau ni Min. Banyak cakaplah." Novel di tangan Amin dirampas dan diletakkan di tempatnya semula. Dia mula berpusing di bahagian novel Inggeris. Sebenarnya dia sendiri tak tahu apa hala tuju dia ke sini. Cuma apabila ternampak kedai buku tadi, hatinya tergerak untuk masuk. Mungkin dia akan berjumpa jodohnya di sini. Bukan selalunya dalam novel watak hero dan heroin akan berjumpa dekat tempat macam ni kan. Kau dah banyak terpengaruh cerita novel yang Ibu asyik baca.

"Rizal... Buat apa dekat sini?" Suara seorang gadis menyapa Rizal yang baru mencapai sebuah novel Inggeris. Terkejut Rizal bila disapa tiba-tiba. Ingatkan jodoh tegur tapi bala rupanya. Macam mana boleh terserempak dekat sini?

"Erkk, hai Baiti. Saja. Jalan-jalan. You datang dengan siapa?" Dilayan juga soalan gadis itu.

"I datang sorang saja. Nak buat macam mana. Tak ada orang sudi nak meneman. Nak ajak you, takut you sibuk. Sekarang nampak macam you tak busy aje. Bolehlah temankan I kan?" Gedik nampak gaya gadis berselendang gaya Yuna tu. Salah soalan nampak. Menyesal tanya. Balik-balik aku juga yang kena.

"Erk, I datang dengan kawan. Diorang ajak keluar." Dia tengah fikirkan alasan untuk melarikan diri. Dicari kelibat Amin tapi sudah menghilang. Nampak macam sengaja nak kenakan aku.
Si Amin pula sudah tersengih pandang sketsa Rizal dengan Baiti, crush si Rizal yang suka ganggu dia tak kira masa sampai dia pun turut naik menyampah dengan perangai gedik perempuan tu. Dia sengaja menyorok, nak menduga Rizal.

"Tak apa. Lain kali you boleh keluar dengan kawan you lagi. Why not hari ni you keluar dengan I. Jalan-jalan dengan I. Tak pernah lagi tau kita keluar sama-sama. Sambil-sambil tu bolehlah dating. Jom." Tangan Baiti sudah gatal mahu memegang lengan jejaka idamannya tapi pantas Rizal mengelak. Haram woi! Haram! Nak main pegang-peganglah pula. Ingat aku ni patung display ke apa? Rungut Rizal dalam hati.

"Tak bolehlah Tie. Hari ni I nak hang out dengan kawan I aje. Lain kalilah kita keluar ya." Aduh kau Zal. Berjanji lain kali pula dengan minah ni. Macam mana kalau dia tuntut. Tak ke naya kau nanti.

"Ala, bolehlah. Hari ni aje. Ya sayang. Please." Baiti sudah buat muncung itik dia. Ingat cute. Muncung itik lagi cute dari muncung kau. Nak buat muka sedih ala-ala duck facelah pula. Ni yang aku geli ni.

"Hei Zal. Dekat sini rupanya kau. Aku cari tak jumpa. Owh, patutlah tak jumpa. Tengah bersembang dengan Baiti rupanya. You buat apa dekat sini Tie." Rizal hampir hembus nafas lega bila tengok muka Amin muncul. Muka Baiti pula mula masam. Tak suka dengan kawan Rizal yang ni.

"I datang sini beli baju. Tak payah sibuk. Jomlah Zal. Temankan I shopping." Rizal dah main mata dengan Min. Dia tak nak terperangkap dengan perempuan ni. Habislah dia nanti termasuk dengan duit dia aekali yang melayang.

"Owh, beli baju. Kenapa masuk kedai buku sayang. Nak beli baju masuk kedai bajulah. Ke mata you tu dah rabun. Tertukar kedai baju dengan buku. Ejaan buku dengan baju pun tak sama. Nak I tolong tunjukkan." Masam mencuka wajah Baiti bila disindir macam tu.

"Zal... Tengok kawan you ni. Dia sindir I." Rizal dengan Amin, masing-masing dah mula menyampah.

"Tak payah suruh dia tengok cik Baiti sayang. Rizal ni hari-hari dah puas tengok muka I. So please excuse us ya sayang. Kitorang ada date hari ni. See you again." Rizal senyum dekat Baiti sebelum laju-laju melangkah keluar dari kedai buku tu. Lega dia bila dapat lepaskan diri dari minah tu.

"Lain kali aku boikot kedai buku. Serik weh jumpa minah tu. Ingatkan boleh jumpa jodoh, sekali terjumpa bala." Amin tergelak.

"Tulah kau. Tak payah nak drama sangat. Tak adanya kau cuma jodoh dekat kedai buku ni. Tak payah nak cari jodoh kau, nanti dia datang sendiri. Percayalah." Tanpa sedar mereka berdua berselisih dengan dua orang gadis yang baru ingin melangkah masuk ke dalam kedai buku.

"KAU ni kan. Tak habis-habis dengan novel. Novel. Novel. Novel. Dekat rumah kau kan dah berlambak novel, kau nak beli lagi buat apanya. Bukan boleh dapat duit, buang duit adalah," bebel Bihah bila terpaksa menemani Dayana masuk ke kedai buku. Tempat yang bukan kegemaran dia tapi menjadi kegemaran si ulat buku ni. Kalau dalam sebulan dua tiga kali tak masuk kedai buku, tak sah. Nak juga perhabis duit dekat sini.

"Yang dekat rumah aku tu dah habis baca semuanya. Beli novel ni macam satu pelaburan tau. Aku bukannya beli pakai main tangkap muat saja. Aku beli novel yang aku nak. Kau ingat beli novel ni membazir ke. Dalam novel tu banyak ilmu pengetahuan tau. Samalah macam kau beli baju, bukan dekat rumah kau berlambak ke baju. Tapi kau tetap beli yang baru kan sebab kau nak pakai baju baru." Bihah mencebik. Bila Dayana dah buka mulut membebel baik diam saja. Kan nanti ada yang buka sesi ceramah dekat sini pula. Pedih telinga nak mendengar.

"Yalah. Yalah. Kau pergilah pilih buku mana kau nak. Cepat sikit. Aku lapar ni." Perutnya memang dah mula berkeroncang. Datang sini pun lepas dipaksa Dayana. Nak datang sorang malas, tapi diajaknya aku datang sini. Sengaja nak perabis minyak kereta aku.

"Ok dear. Kau tunggu sini. Sekejap saja." Laju Dayana menapak ke arah rak novel. Sekejap dia tu bukannya lima minit tapi bersamaan setengah jam. Nak pilih novel saja tapi mengalahkan nak beli ikan memilihnya tu, bebel Bihah dalam hati.

"MIN, sekejap."

"Apa dia?" Terhenti langkahnya apabila Rizal berhenti mendadak. Dia pandang biji mata Rizal yang melilau pandang sekeliling.

"Kau cari apa? Baiti?"

"Hish, taklah."

"Dah tu. Siapa?" Biji mata Amin turut melilau pandang merata bila tengok Rizal tak berhenti scan kawasan sekeliling. Dahlah mereka menghalang laluan orang, berhenti tengah-tengah jalan.

"Zal. Hei, kau cari apa?"

"Aku rasalah jodoh aku dah dekat ni. Entah kenapa aku berdebar macam ni." Tiba-tiba dia terasa seram sejuk saja. Rasa macam jodoh dia ada dekat sini.

"Hish, kau ni dah kenapa. Sewel? Berdebar konon. Poyolah kau. Dah, jom balik. Aku dah cakap tak payah cari jodoh kau. Dia datang sendirilah. Jom." Ditarik leher Rizal untuk teruskan berjalan. Malas dia nak melayan perangai Rizal yang pelik sejak dua menjak ni. Asyik bercakap pasal jodoh saja. Dah tak sabar nak kahwin ke apa kawan dia ni?

Bunga-bunga Cinta (EBOOK)Where stories live. Discover now