Part 8

4.5K 144 0
                                    

"Kyra Erina , sini jap." Opss terlalu kawasan larangan la pulak.

"Yer umi." Aku terus duduk ditepi abang Emir yang duduk di sofa ruang tamu.

"Ish memang tiada tempat lain ke nak duduk?" Kedekut punya abang.

"Biarlah bukan sofa ni abang punya pun . Bluerkkk ." Aku menjelirkan lidah.

"Kyra Erina , Emir Khairil !" Hah kan abah dah keluarkan suara gempa bumi dia tu . Kau ni Rina , tak baik tau tak.

"Umi tanya sekali lagi siapa Pak Su ,Kyra Erina?" Mengapa duk panggil nama panjang ni.

"Dia kawan Rina , Umi ."

"Nama apa , umur berapa , kerja apa dan cakap semua maklumat dia yang Rina tahu." Wau umi nak jadi inspektor . Umi ! Gerak khas nak pelakon tambahan . Hahahah.

"Hisyam Zufairi bin Zuqrish . Umur tak sempat tanya . Seorang pengawai bank . Anak sulung dari 3 adik-beradik . Anak yatim , ibu masih ada dan masih bujang." Yang masih bujang tu paling penting tau tak.

"Hrmm ada hubungan dengan dia ke ?" Apa kes ni abang Emir menyampuk jugak ni, sekehkan nanti.

"Hubungan ? Tiada hubungan apa² . Tapi Insya-allah rombongan meminang akan sampai selepas Rina kenalkan dia dekat abah dan umi." Nampak tak aku punya miang pun dah datang. Tapi betul apa yang aku cakap.

"Hah?" Jawab mereka bertiga serentak.

"Alahla . Abah dan umi soal siasat nanti dia ada sekali la . Hujung minggu ni Rina bawa dia jumpa abah nga umi." Aku memang dah plan sebelum Hisyam bawa aku pergi jumpa family dia , dia yang jumpa family aku dulu.

"Okey la Rina ngantuk ni . Byeee !" Aku dengan begitu pantas membuka langkah seribu untuk naik ke bilik.

Saat aku menutup pintu bilik. Telefon aku berbunyi minta diangkat, memang cantik betul masanya.

"Assalamualaikum , buat apa tu ?" Kedengaran suara sebelah sana menuturkan kata² dahulu.

"Waalaikummussalam, tiada buat apa² pun . Mengapa ?"

"Tiada apa² . Saja call . RINDU ." Hisyam menekan kan perkataan rindu itu, ish hati kembang setaman ni.

"Hrmm yer la tuu." Tarik tali dulu papepun.

"Yer la . Awak jer tak rindu saya ." Kalau lah aku berani hendak mengatakan yang aku teramat rindukan dia kan bagus tapi apa kan daya aku seorang ihsan yang lemah. Lagipun perempuan ni jangan murah sangat tau tak.

"Hrmm Hisyam . Haritu awak cakap nak jumpa family saya kan ?"

"Ha'ah , boleh ke ?"

"Ni nak cakap ni . Hari sabtu nanti awak datang eh ." Aku yang menetapkan tarikh memandangkan aku sudah tahu yang Hisyam free weekend jer.

"Okey bos . Pukul?"

"Ikut awak la." Malas pula aku nak tetapkan masa , takut dia tak boleh datang waktu itu.

"Kalau macam tu sebelum Zohor . Sebab selepas Zohor saya nak bawa awak pergi jumpa family saya pulak."

Memang Hisyam ada menyatakan hasratnya untuk membawaku pergi menjumpai family dia selepas dia menjumpai familyku

"Saya okey jer . Okeyla saya nak rehat jap . Bye Assalamualaikum." Selepas aku mendengar salam dijawab aku terus merebahkan diriku diatas katil.



Beep beep

"Assalamualaikum. Rina ! Saya dah ada dekat luar ni."

"Waalaikummussalam. Dah tu masukla ." Haish mamat ni , takkan tu pun aku nak kena ajar.

"Malu la weh." Mamat ni tiba² malu ni apahal

"Malu buat apa ? Kalau awak malu awak terlepas saya nanti." Aku sure dia berani selepas kena ugut.

Tut tut

Haish mamat ni letak macam tu jer. Kurang asam betul. Kalau tahu kat umi dan abah memang reject terus ni.

"Assalamualaikum! " siapa pulak ganggu pagi² buta ni

"Waalaikummussalam. Kejap !" Aku melihat umi pergi kearah pintu

"Ye nak , cari siapa?" Aku melihat umi bercakap dengan seseorang . Aku memang malas nak bangun dan tengok siapa tu , tanpa menghiraukan siapa tu aku meneruskan makan

"Saya cari Erina , makcik." Mengapa suara tu aku macam pernah dan biasa dengar eh.

"Anak ni siapa?"

"Saya Hisyam , Hisyam Zufairi." Hah ? Tadi kata malu tapi ni, wait asal hati aku kata ada benda yang tak kena.

"Ohh jap eh makcik panggilkan dia . Masuk lah dulu." Hisyam memasuki rumahku dan saat itulah Hisyam terpandangkan aku dan mengapa aku terasa pandangan dia lain macam jer

"Ya Allah , Rina rambut tu." Aku terus memegang kepalaku dan memang betul cakap ibu yang aku lupa memakai tudung. Ini benda yang tak kena rupanya.

Aku terus berlari keatas untuk mengambil tudung . Ish tak pasal² dia dah tengok rambut aku yang cantik dan menawan ni

Selesai aku memakai tudung aku terus turun semula . Aku terpandang yang semua ada disitu . Hah , lupa nak cakap harini weekend so semua ada la termasuk la si kecil Izzati.

Sesampainya aku di ruang tamu , aku terus mengambil tempat disebelah umi dan abah maknanya aku duk kat tengah la . Hisyam pulak duduk didepan aku serta ditepi Abang Emir

"Hisyam ni kerja apa ?" Aik haritu dah tanya aku kan ?

"Saya kerja biasa² jer makcik pakcik."

"Tengok tu panggil lagi makcik nga pakcik !" Aku melihat abah bagaikan menegur

"Eh terlupa pulak . Baiklah mak... umi abah." Hisyam menggaru² sedikit kepalanya . Tu memang gatal atau cover malu .

"Sekarang Hisyam tinggal dengan siapa?" tanya abang Emir pula

Ni memang jenis nak tanya soalan yang dah ada jawapan ke macam mana

"Saya tinggal bersama ibu serta dua orang lagi adik , bang."

"Adik² tu semua dah bekerja ke ?" Tanya abang Khairul

"Adik yang perempuan masih belajar , adik lelaki pula autism so saya satu keluarga bergilir² jaga." Jawab Hisyam. Ish boleh ke aku sopan macam ni depan family dia

"Rasa² Hisyam , Hisyam boleh ke tahan dengan perangai Rina yang ngada² , manja lebih , baran dan tak pandai jadi perempuan ni ? " Kata umi sambil tergelak. Ish umi ni saja nak buat malu aku jer.

"Hahahah . Tak tahu la pulak saya , Rina ada perangai macam tu . Insya-allah boleh ." Amboi hang ketawa kan aku noh , siap hang

"Ni nak tunang dulu ke atau kahwin terus ?" Tanya abah sambil melihat aku dan Hisyam silih berganti

"Rina ikut jer."

"Semuanya okey bagi Hisyam . Tapi kalau boleh Hisyam nak berbincang dengan mama Syam dulu."

"Okeyla . Hal itu abah serahkan kepada pihak lelaki la untuk tentukan." Putus abah

"Ni kamu dah bawa ke Rina jumpa family kamu?" Tanya Kak Elisa pula

"Saya cadang nak bawa dia petang ni Kak."

"Bagusla. Kita orang lelaki tak baik unsung anak dara orang ke sana kemari." Abah menegur Hisyam

Banyak juga family aku menanyakan soalan kepada Hisyam dan aku tengok Hisyam dengan tenang menjawabnya . Agak² aku boleh ke macam tu?


Bawa jumpa family? Serious Fa tiada experience, so here bosan part. Huhuhuhu.

Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]Where stories live. Discover now