"Mommy cakap apa?"

"Nanti siapkan semua barang hantaran by this week. Jangan tunda-tunda lagi. Banyak benda kita nak kena buat ni. Achik ingat kahwin ni benda senang?"

Aira ketawa kecil. Selamba dia menggelengkan kepala. Memang dia tak tahu macam mana kerja orang kahwin. Masa along kahwin dulu, dia dekat universiti. Ada peperiksaan. Balik pun waktu nikah dan bersanding aje kejap. Manalah dia tahu persediaan tu macam mana.

Sekarang, amek. Sendiri punya persediaan kahwin dah terkapai-kapai. Tak tahu apa-apa. Nasib baiklah ada mommy disayangi ini. Nak harap angah, tak ada harapanlah.

Nak balik seminggu sekali jenguk rumah pun payah. Hesy Aira, tak baik mengumpat kakak sendiri.

"Firzal ada call tak hari ni?"

Aira angkat kening. Aik? Kes apa pula mommy tiba-tiba tanya pasal Firzal ni?

"Tak ada pula. Kerja la tu kut. Kenapa mommy?"

"Lama pula dia tak datang sini. Nanti achik call dia suruh dinner dekat sini, ya?" Puan Hayati terus bangun ke dapur tanpa menunggu jawapan daripada Aira.

Dahi Aira dah berkerut seribu macam nak kena fikir penyelesaian soalan Advanced Heat Transfer. Puan Hayati punya pernyataan tadi lagi buat otak dia berbelit daripada subjek Prof. Haslina tu. Hesy, mommy ni biar betul. Bukan ke baru malam tadi Firzal datang dengan mama dan abah dia?

Hesy. Payah betul kalau bakal suami ada genetik pencuri hati ni. Belum kahwin pun dah buat hati mentua terpikat. Ubat apa yang Firzal pakai?

Tapi apa yang payahnya, Aira? Bukan ke semua orang suka kalau dapat suami yang pandai ambil hati ibu bapa mentua. Kan?

"SAYA tak suka."

"Awak biar betul?" Firzal mengerutkan dahi.

"Okey la ni," sambung Firzal lagi.

"Saya tak suka warna tu la."

"Ada saya tanya awak suka ke tidak?"

"Habis tu, awak duduk aje la atas tu sorang-sorang. Saya tak nak!"

"Macam budak tadika! Bukannya mati pun kalau awak duduk atas pelamin warna kuning tu." Firzal dah mula buat muka bengang. Fikir dia punya bengang aje? Orang lain punya bengang tak fikir?

"Yellow is not my color. Pilih la warna lain." Aira mengendurkan suara. Warna kuning mengingatkan dia tentang Zulfa. Lagi satu, mana ada orang buat pelamin warna tu sekarang ni?

Tak pasal-pasal suasana dekat butik pengantin tu tegang. Pembantu yang tadi senyum manis sambil tunjuk katalog dah berubah reaksi kepada takut, kelu dan bisu apabila nampak Aira dengan Firzal gaduh. Bukan gaduh pun. Berbeza pendapat! Ada ke nak warna kuning? Cerah gila!

"Kuning la okey. Kan sesuai untuk raja sehari. Lagipun kuning yang saya pilih ni bukannya terang sangat. Soft yellow apa." Firzal pujuk lagi.

Aira mencebik. Tak kira la soft yellow ke, hard yellow ke. Tak nak tu maknanya tak naklah.

"Awak pilih warna yang awak suka untuk majlis rumah awak, saya tak kompelin apa pun. Tapi rumah saya tetap yellow. Full stop!" Firzal buat keputusan. Boleh nampak dia sengih keji di hujung kata. Geram aje Aira nak tarik tali leher hitam belang coklat dekat leher Firzal tu.

Biar mati katak dekat situ pun tak apa. Huh!

Tapi tak ke kau jadi janda nanti, Aira? bisik hati Aira. Belum kahwin janda apanya?

"Keji!"

"Try me!"

"Saya kensel wedding ni karang."

Pencuri Cinta Kelas SatuWhere stories live. Discover now