Bab 1

18.3K 289 9

Prolog

AIRA mencipta senyum lebar. Barisan novel yang tersusun di hadapan mata dipandang dengan perasaan teruja.

Sangat teruja!

Rambutnya yang dibiarkan lepas tadi diikat tinggi. Dia perlu fokus. Fokus kepada pilihan yang akan dibuat nanti. Bajet beli dua buah novel aje. Mana cukup duit nak beli semua yang berkenan dalam hati.

Lama sungguh rasanya dia tak habiskan duit untuk beli novel. Bukan apa, hujung-hujung semester macam sekarang ni, duit belanja memang cukup-cukup untuk makan aje.

Ini pun nasib baik alongnya tiba-tiba baik hati nak belanja.

Jangan ada udang di sebalik mi sudah. Heh.

Kemeja yang dipakai ditarik ke bawah, terasa makin singkat pula kemeja dia hari ni. Ataupun dia yang dah makin berisi?

Oh, tidak! Dia tak boleh gemuk! Sekurang-kurangnya sebelum berkahwin. Heh.

Jam tangan dikerling sekilas sebelum matanya kembali meneliti setiap judul novel yang tersusun rapi di atas rak. Rasa macam baru aje dia masuk sini, dah setengah jam rupa-rupanya!

Nasiblah along dengan Zahra kena tunggu. Lagipun, mereka bukan tak tahu perangai dia apabila jumpa kedai buku.

"You!"

Dia berpaling ke kiri, melihat seorang perempuan yang dia agak baru aje mencapai usia 20-an dengan dahi berkerut. Tak kenal.

Dia menghela nafas perlahan sebelum kembali pada rak novel.

"Puas I cari you, dekat sini rupa-rupanya..."

Sekali lagi dia melirik ke kiri. Perempuan tadi dilihat memegang erat lengan lelaki yang tidak jauh daripadanya. Spontan dia mencebik.

Orang zaman sekarang ni...

"Awak nak apa ni?" Kedengaran suara lelaki menyoal dengan nada tak senang.

Dia masih memasang telinga. Bukan nak dengar sangat pun sebenarnya, tapi mereka berdua memang betul-betul berada di sebelah dia. Tutup telinga pun boleh dengar.

"Ini dia, saya punya tunang. Jadi, awak boleh pergi main jauh-jauh, ya? Jangan kacau saya. Boleh?" Lelaki tadi senyum meleret. Mata lelaki itu melirik kepada dia di sebelah.

"I tak percaya!" Gadis yang berambut hitam berkilat itu tiba-tiba menjerit. Tak puas hati.

"Cuba tanya dia. Awak tunang saya, kan sayang?"

Dia tergamam apabila terasa bahunya dicuit perlahan. Bacaan blurb pada belakang novel yang dicapainya tadi terhenti. Laju dia mengangkat kening tinggi sambil memandang wajah si lelaki.

Sesaat kemudian, matanya beralih pula pada gadis yang menjerit tadi. Apa dah jadi ni?

"You! Sampai hati you buat I macam ni!" Sekali lagi gadis itu menjerit kuat. Beberapa pelanggan yang berada berdekatan mencuri pandang. "Kau, perempuan! Berani kau rampas dia daripada aku!" jerit gadis itu lagi.

Jari telunjuk gadis yang menjerit itu terarah tepat pada mata dia. Gadis itu akhirnya meluru keluar dari kedai buku yang sepatutnya sunyi itu.

Dia terdiam, mencerna apa yang berlaku.

"Errr... Terima kasih!" Senyuman dilemparkan kepadanya.

Dia menarik nafas dalam-dalam sambil meletakkan kembali novel tadi ke tempat asal. Tertib.

"Hai, saya..."

Pang!

Tangannya terasa kebas. Sempat dia melihat dahi lelaki itu berkerut.

Pencuri Cinta Kelas SatuRead this story for FREE!