Bab 4

7.7K 148 0
                                                  

Never mind. I'll find someone like you...

LAMA dia termenung memandang ke luar tingkap. Fikirannya bercelaru. Fikirkan idea gila sendiri. Fikirkan nasib Thaqif. Dia mengeluh berat.

Sekarang ni, hanya Zulfa yang boleh tolong dia. Zulfa aje yang dia ada. Tak salahkan kalau dia cuba?

Lagi pula, kalau bukan sekarang pun, lama-lama dia akan nikah dengan Zulfa juga, kan?

Akhirnya dia bersandar pada kerusi. Pandangannya dialihkan pula pada buku-buku yang tersusun di atas meja belajar. Matanya jatuh pada headphone berwarna kuning yang dihadiahkan Zulfa tak lama dulu.

Automatik dia tersenyum.

Kisah perkenalan mereka kembali mengetuk kotak ingatan.  

DIA tak pasti mengapa Encik Hanafiah memanggilnya tengah hari ini. Kertas kerja untuk ke Terengganu tu dah diterima ke? Bajet tak dapat ke? Kena tukar tempat ke? Aira masih berkira-kira sendiri. Langkahnya diatur laju ke bilik Encik Hanafiah, penasihat program yang akan dikendalikan olehnya bulan depan.

Tiba-tiba langkahnya terhenti di muka pintu. Tegak dia memandang lelaki yang berdiri di hadapan bilik Encik Hanafiah. Lelaki yang sedang berkira-kira untuk membuka pintu itu turut terhenti.

Akhirnya mereka sama-sama mengetuk pintu dan melangkah ke dalam bilik.

"Hah, Aisya, Zulfa. Eloklah kamu berdua dah sampai." Encik Hanafiah bersuara. "Sebenarnya macam ni, kertas kerja yang kamu buat tu banyak salah. Format tunggang-langgang sikit. Jadi saya tak hantar lagi ke HEP. Minggu ni saya sibuk sikit, tak sempat nak ajar kamu. Zul, kamu tolong tengok-tengokkan kertas kerja ni boleh?" Panjang lebar Encik Hanafiah menerangkan.

Encik Hanafiah memandang Zulfa di hadapannya. Zulfa mengangguk kecil. Encik Hanafiah senyum.

"Zulfa ni memang dah selalu buat program besar- besar. Nanti awak belajar dengan dia, ya? Boleh, Aisya?"

Aira tiada pilihan lain selain mengangguk. Kekok sebenarnya. Mana pernah dia bekerjasama dengan lelaki sebelum ni. Di dalam kelas pun payah.

"So, Aisya, program apa dan ke mana ni?"

Langkah Aira terhenti. Eh, nak ajar sekarang ke? Dia membuka fail kuning dan menyerahkan kertas kerja yang dibuatnya minggu lepas. "Aira." 

"Apa dia?" Kening Zulfa terangkat tinggi.

"Call me Aira." Dia menarik nafas. Pekak pula dia ni.

Zulfa mencipta senyum segaris.

"Jauhnya beza. Aisya, Aira..." Dia membelek helaian yang diberikan oleh Aira tadi. "Kiranya nama manja la tu? Aira?"

Pencuri Cinta Kelas SatuWhere stories live. Discover now