Bab 11

4K 75 0
                                          

A guy and a girl can be just friends, but at one point or another, they will fall for each other...Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.

"ALONG!"

Suaranya memecah riuh-rendah suasana. Laju mulutnya ditutup apabila semua mata memandang dia. Mak cik-mak cik, pak cik-pak cik, sepupu sepapat.

Hesy. Along ni memang la. Orang sumpah jadi tiang lampu baru tahu. Huh.

Semua kaum kerabat dah memenuhi rumah sebenarnya. Majlis nikah lusa. Puan Hayati sengaja jemput semua datang tidur dekat rumah awal-awal. Baru terasa meriahnya.

"Apa nama dia?" Ketawa along dari hujung talian masih tak berhenti.

"Amar Firzal."

"Huish, nama dah lawa. Handsome tak?"

Aira senyum dalam hati. Memang handsome, long.

"Boleh la." Senyumannya ditahan. Mati kalau along perasan dia senyum.

"Ooo, selama ni ada boyfriend, simpan sendiri, ya? Bukan nak cerita dekat along."

"Mana ada!" Aira mencebik. Along ni. Kalau telefon guna telefon bimbit kan bagus. Tak payah la dia nak menjerit-jerit dekat ruang tamu yang ramai manusia ni. Tuala di kepala dibetulkan. Kasi tak nampak rambut persis Jaclyn Victor ni.

"Habis tu, tak sampai sebulan suruh kahwin, dah ada calon. Jangan cakap achik kutip aje lelaki dari tepi jalan buat suami."

"Ada ke? Mana ada achik kutip tepi jalan." Along memang buat dia sakit jiwa la.

Sekali lagi tawa along meletus. "Manalah tahu. Kalau betul la achik kutip dia tepi jalan, along lagi rela Pak Cik Husin tepi rumah tu datang pinang achik tau."

Mendidih telinga Aira. Nasib baik along tak ada di depan mata. Kalau tak, memang mulut along dah kena sumbat dengan sambal belacan yang Mak Yang buat tu.

Eleh along tu. Kalau betullah Pak Cik Husin, duda anak lima tu pinang dia, nak ke along terima Pak Cik Husin jadi adik ipar? Heh.

Aira mencebik. "Along betul ke tak boleh balik ni? Kejap aje pun tak apa. Takkan tak nak tengok achik bersanding?" Dia kembali ke topik asal.

Sebenarnya along telefon tadi bagi tahu dia tak boleh balik waktu Aira bersanding. Ada kerja penting. Memang tak boleh nak ambil cuti sebab along antara orang yang penting nak uruskan projek tu. Kalau ikutkan hati, nak aje Aira merajuk setahun. Sanggup along tak nak balik tengok perkahwinan adik sendiri?

"Along minta maaf. Memang tak boleh, chik. Lain kali along balik, ek?"

"Along ingat kahwin boleh lain kali, eh? Nak achik kahwin banyak kali ke?"

Along ketawa lepas. "Sorry. Sorry."

"Malaslah cakap dengan along. Kecewa tahu tak? Semua ada. Angah yang tak semenggah tu pun balik tau." Dia memperlahankan suara. Sempat dia menjeling si angah yang sibuk bersembang dengan Kak Wahida, sepupu mereka. Angah tu sepanjang masa sibuk. Macam dia aje di dalam dunia ni yang buat master. Heh.

"Hesy, kutuk kakak sendiri!"

Aira ketawa lepas. Memang kalau nak diikutkan, dia lebih rapat dengan along berbanding angah. Angah lebih manjakan Dik Qi.

"Okeylah, chik. Along nak letak dah. Kirim salam dekat semua dengan lafaz assalamualaikum."

"Okey."

"Achik!"

"Apa?"

"Along tak kesah achik nak kutip dia tepi jalan pun. Tapi jangan kutip dekat Petaling Street."

"Alonggg!"

Along ketawa kuat

"Assalamualaikum, achik sayang." Talian diputuskan.

Aira memandang gagang telefon dengan geram. Kalaulah along yang menjelma jadi gagang ni, mahunya dia gigit lumat-lumat.

BUNYI angin dari kipas menghilangkan sepi malam. Riuh-rendah saudara-mara dari tingkat bawah tidak diendahkan. "Awak yakin ke ni?"

"Kenapa?"

Dia menarik nafas dalam-dalam. Telefon bimbit diletakkan pula di telinga kiri. "Sempat lagi kalau awak nak batalkan rancangan kita ni."

Firzal senyum nipis. Dia sendiri berdebar-debar menunggu hari esok sebenarnya. Ingat senang ke benda-benda akad nikah ni? "Saya tak akan batalkan. Jangan risau."

"Tak menyesal?"

"Awak menyesal ke?" Firzal menguji. Entah kenapa tiba-tiba budak ni tanya soalan pelik waktu-waktu macam ni. Kalau betul dia batalkan majlis esok, mahunya mamanya tak mengaku dia anak.

Hesy, mintak dijauhkanlah.

"Tak."

"Esok akan berlangsung seperti yang kita rancang, insya-Allah.

Aira senyum lebar. Esok, Aira dah tak jadi anak dara mommy dah.

Aira dah sedia ke nak jadi isteri?

"Percaya kepada Allah, insya-Allah segalanya dipermudahkan," sambung Firzal tiba-tiba. Bibir Aira terus melakar senyum sampai esok pagi.

Pencuri Cinta Kelas SatuWhere stories live. Discover now