Bab 13

4.5K 67 0
                                          

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan. Kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

MATA dipaksa buka apabila telinganya menangkap bunyi benda jatuh. Dahinya berkerut seribu melihat Aira yang tersengih di hadapan meja solek sambil mencapai botol minyak wangi dari lantai.

Benda itulah agaknya yang jatuh tadi. Tak pecah pula.

"Sorry." Aira sengih bersalah. Entah macam mana boleh terlanggar botol minyak wangi Firzal tadi. Nasib baik tak pecah. Kalau tak, jenuh juga Aira nak ganti. Minyak wangi Firzal lagi mahal daripada Aira punya.

"Nak pergi mana ni?" Kening Firzal terangkat dua inci apabila melihat Aira yang sedang bersiap di hadapan cermin.

Aira memandang imej Firzal di sebalik cermin. Firzal berusaha untuk bangun sambil menggosok mata. Selepas subuh tadi, entah macam mana boleh terlena balik.

"Tak pergi mana-mana pun. Nak pergi bilik mommy, nak mandikan Thaqif."

Firzal sengih lama. "Awak ambil Thaqif, biar saya yang siapkan dia."

Laju aje Aira berpusing ke belakang. "Biar betul? Boleh ke?"

"Tengok kaki la."

Ceh. Tak apa, kita tengok aje nanti. Aira sempat sengih senget sebelum dia bingkas bangun menuju ke pintu bilik.

"Okey."

Firzal tepuk dada sendiri. Yakin.

"No turning back!"

"You can count on me."

"TOLONG hulurkan bedak tu."

Aira sengih. Biar dia. Ingat senang nak buat kerja ni? Selalu kalau kaum ibu buat, kaum ayah pandang sebelah mata aje.

"La, tak jauh pun. Ambil la sendiri." Memang pun tak jauh. Kalau hulurkan tangan panjang sikit, dah boleh capai sendiri. Saja mengada-ada.

"Awak, tolong la. Nanti Thaqif gerak, susah pula saya nak betulkan dia dekat atas lampin ni." Firzal terkial-kial membetulkan letak duduk Thaqif supaya padan dengan lampin yang sudah dibuka.

Aira bangun juga dari sofa. Kesian pula tengok Firzal terkial-kial. Tadi sibuk sangat nak siapkan Thaqif lepas Thaqif sudah mandi. Bedak Carrie Junior dihulurkan. Firzal menyambut dengan senyuman.

"Thanks, aunty chik."

Aira mencebik lebar. Thaqif masih leka bermain dengan patung kecil di atas tuala yang dialas Firzal tadi. Firzal meratakan bedak ke seluruh badan. Wangi bau blueberry terus menusuk hidung. Aira kembali ke sofa menjadi pemerhati, dari tadi.

"Tak payah nak ratakan sangat, awak. Karang budak tu sejuk dibiarkan tak berbaju," tegur Aira dari belakang.

"Baik, mak encik." Botol bedak ditutup. Thaqif digeletek sesaat sebelum tangannya membuka pelekat lampin pakai buang. "Eh, kenapa tak lekat ni?"

Kening Aira terangkat seinci. Apa pula masalah ni? "Kenapa?" Dia menjenguk dari belakang.

"Pelekat ni. Tak nak lekat." Mulut Firzal dimuncungkan pada kedua-dua pelekat lampin pakai buang yang telah dibukanya. Betul, dua-dua tak melekat.

Aira menepuk dahi. Dia menarik nafas dalam-dalam. Muka Firzal yang sudah berkerut seribu itu dipandang. Geram.

"Tangan awak penuh dengan bedak. Pampers ni penuh dengan bedak. Memanglah pelekat tu dah tak boleh lekat." Dia turut duduk di atas karpet.

"Laaa..." Firzal sengih. "Manalah saya tahu."

"Kata engineer. Takkan ini pun tak tahu, Encik Amar Firzal?"

Pencuri Cinta Kelas SatuWhere stories live. Discover now