Bab 2

9.3K 142 4
                                                  

Boleh jadi apa yang kita suka itu tak elok.

Dan... Sesuatu yang kita tak suka tak semestinya buruk.

AIRA menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Satu per satu ayat yang tertulis di skrin Lenovo

direnung lama. Dibaca satu-satu kasi lekat dekat otak. Apalah nasib kau, Aira. Belum kahwin pun kena baca benda-benda alah ni.

Mengapa anak anda menangis?

1. Boleh jadi kerana lapar.

Jika mereka menangis, cuba berikan susu ataupun suapkan Nestum. Jika dia menolak, mungkin anak anda tak lapar tapi mereka tak selesa.

2. Kembung Perut.

Perut bayi sangat senang untuk kembung. Bagi ibu-ibu baru, pastikan anak anda tidak terdedah pada cuaca sejuk. Pastikan juga anak anda serta-merta dipakaikan baju selepas mandi. Untuk langkah berjaga-jaga, beli minyak angin di kedai yang berhampiran dengan anda.

Aira menepuk dahi. Apalah. Sempat lagi buat iklan dekat sini. Thaqif yang lena tidur di atas katil queen dipandang. Comel sungguh anak buah aku ni. Tapi sayang, aunty chik tak boleh tertipu dengan kecomelan kamu. Sebab apa? Sekali Thaqif nangis, hilang habis comel tu.

Haih, Aira. Kena jaga sikit. Tu bukan anak kau. Tak boleh nak jaga ala kadar. Heh, anak sendiri pun tak boleh jaga ala kadar la...

Dia kembali menatap skrin.

3. Tidak selesa disebabkan lampin.

Jika anak anda tidak berhenti menangis, mungkin juga dia tidak selesa dengan lampin yang dipakai. Cuba periksa lampin mereka dan jika perlu, tukarkan kepada yang baru. Pastikan anda pakaikan lampin pakai buang yang sesuai dengan kulit bayi anda. Jika kulitnya kemerah-merahan, anda dinasihatkan untuk terus menukar jenama lampin. Dalam hal ini, jangan berkira untuk keluarkan sedikit belanja. Anak ialah anugerah. 

Aira sengih. Amek. Sekali kena ceramah dengan penulis ni. Ya. Anak itu anugerah. Aunty chik sayang Thaqif apa.

Aira memanjat katil dengan berhati-hati. Lenovo tadi sudah pun ditutup dan diletakkan dalam mod Sleep. Memang dia jarang Shut Down. Dah jadi kebiasaan.

Sebenarnya dah hampir seminggu Thaqif tidur dengan dia. Nasib baiklah Thaqif dah menyusu botol. Kalau tak, susah juga kak long nak tinggalkan dia.

Along dengan kak long pun dah selamat terbang pergi ke Dubai minggu lepas. Susah sungguh kerja jadi jurutera minyak. Sekali ada tender, kena pergi sampai negara Arab tu ha.

Bakul susu Thaqif pun dah tersedia di dalam biliknya. Malas nak turun pergi dapur kalau malam-malam Thaqif menangis minta susu.

Sebenarnya Puan Hayati nak bawa Thaqif tidur di dalam bilik dia. Tapi Aira kasihankan daddynya, Encik Muhammad. Mana boleh tidur kalau asyik kena kacau. Bukannya dia tak tahu kerja daddy dah berlambak. Takkanlah dekat rumah kena berjaga pula?

Pencuri Cinta Kelas SatuWhere stories live. Discover now