Bab 3

8.9K 143 12
                                                  

Hidup tak selamanya indah. Duka tak selalunya berpanjangan.

Hidup ada warna warni. Bukan hanya hitam, bukan hanya putih.

HATI dia dah kencang macam Chuck Comeau Simple Plan tu palu dram. Dah kenapa hati

dia bergendang laju? Dia sendiri tak pasti. Mungkin sebab teringatkan jelingan membunuh tempoh hari. Ataupun dia tiba-tiba terkena penyakit jantung. Heh.

Firzal sengih dalam hati. Dia merenung tepat wajah gadis di hadapannya. Masih menanti jawapannya.

"Tak ada hal." Gadis itu mengangguk.

Nampak muda sangat. Memang patut la tak kenal jintan putih. Dah tak pelik dah kalau anak-anak dara sekarang tak kenal jintan putih. Yang tak kenal belanga pun ada. Heh, macamlah dia kenal apa belanga tu. Belanga tu apa benda?

"Sorang aje? Baby tadi mana?" Firzal membuka mulut. Peramah pula budak tu hari ni. Kalau dekat restoran hari tu, mahu terbunuh dengan jelingan mata dia tu. Tajam sungguh.

"Dengan Mak Yang. Saya nak keluarkan kereta pergi pintu depan." Gadis itu membalas tanpa nada. Serius, beku. Macam ais. Tapi okey la. Takkan baru sembang dah keluar suara manja? Itu memang spesies ulat bulu.

Firzal hanya mengangguk perlahan. Dia mati kata- kata. Tak tahu nak cakap apa lagi dah. Nak sembang banyak- banyak bukannya kenal rapat pun.

Lagipun dia dah tak tahu nak belasah sembang topik apa. Takkan nak sembang pasal topik kahwin yang mak selalu tanya tu. Sembang pun buat habis air liur aje.

Nak sampai ke level P2 bukannya sampai setengah jam. Dan... Tak semena-mena lif terhenti. Automatik dia berpaling ke arah gadis tadi. Kaku tak bergerak. Dahinya berkerut lebat. Pelik.

"Kenapa pula ni?"

Firzal mengangkat bahu. Takkan rosak kut? Heh, jangan nak buat lawaklah, wahai lif.

Lampu tiba-tiba terpadam. "Mak kau cantik!" Gadis itu melatah kuat. Laju aje Firzal sengih. Terima kasih la sebab puji mak cantik. Tapi rasanya, tak sesuai nak berpuji- pujian waktu ni.

Heh. Main padam-padam lampu pula. Orang dah la tengah berdua-duaan kat dalam lif ni.

"Macam mana ni?" Perlahan aje suara yang terkeluar. Firzal sempat menangkap nada suara gadis itu yang sedikit bergetar. Takut agaknya. 

Yalah, mana tahu kut-kut lelaki yang bersama dia di dalam lif ni boleh bertukar jadi Dracula ke.

Firzal cuba menekan butang loceng yang disediakan di dinding lif, meminta bantuan.

Sunyi.

Pencuri Cinta Kelas SatuWhere stories live. Discover now