"Assalammualaikum, mawar. Aku dah datang ni." Hani mengetuk pintu kayu itu beberapa kali.

Dia kemudian menoleh memandang ke arah Izz.

"Tak ada orang ke?" Soal Izz. Hani mengangkat bahu.

"Agghhhh!!!" suara teriakkan dari dalam rumah secara tiba-tiba itu telah mengejutkan Hani dan Izz.

"Tu macam suara Mawar ,awak." Kata Hani sambil mengetuk pintu beberapa kali. "Mawar, buka pintu ni!"

"Tak ada cara lain, biar saya tendang pintu ni."kata Izz lalu mengambil ruang beberapa langkah kebelakang lalu menerjah pintu kayu tersebut hingga terkopak lalu terbuka.

Hani dan Izz segera berlari masuk ke dalam rumah tersebut untuk mendapatkan Mawar.

"Saya rasa mawar dekat bilik dia." Kata Hani sambil berlari menaiki tangga rumah sewa mawar. Izz mengekor.

Kelihatan Hani hanya berdiri di hadapan bilik tidur Mawar sambil menekup mulutnya. Air mata mula bertakung.

Izz kemudian berjalan beberapa langkah untu melihat apa yang sedang terjadi.

Terkejut dibuatnya apabila melihat sekujur tubuh sedang terbaring sambil pergelangan tangannya di penuhi darah dan tangan sebelah lagi memegang pisau lipat.

Ini kes bunuh diri!

"Awak, ambil kunci ni start enjin kereta. Kita bawa dia ke hospital cepat sebelum lebih banyak darah dia keluar." Arah Izz memberikan Hani kunci kereta,lalu dia segera berlari ke arah Mawar lalu di dukungnya tubuh gadis itu yang lemah.

∽♬∽

Di Hospital Hani tidak henti kehulur kehilir di hadapan wad ICU.

"Awak, dah lh duduk sini." Panggil Izz.

"Saya risau lah. Macam mana saya boleh duduk diam sedangkan saya tak boleh relax." Kata Hani resah gelisah.

"Mawar macam mana?" Soal El apabila sampai sahaja di hadapan bilik ICU. Kelihatan Alia dan Nurin turut ada bersama.

"El.." Hani segera memeluk gadis yang berupa seperti lelaki itu. Alia dan Nurin turut memeluk Hani dari belakang untuk memberi semangat.

"Ni mesti kes Afiq ni! Geram lah aku." Kata El yang lebih rapat dengan Mawar dan tahu semua rahsia gadis itu.

"Kenapa dengan Afiq?" Soal Alia yang tak tahu menahu kisah Mawar. Nurin dan Hani juga turut memandang El dengan perasaan yang ingin tahu.

"Kau ingat tak waktu Hani bersanding semalam dia tak datang?" Soal El memulakan bicara. Mereka bertiga mengangguk serentak.

"Sebenarnya macam ni. Mawar cerita dekat aku, sejak kita balik dari bercamping haritu dia rasa macam tak sihat. Bila pergi jumpa doktor rupanya dia mengandung." Hani dan yang lain terkejut dengan cerita yang di kata oleh El. Memang tak mustahu perkara itu boleh berlaku kerana sewaktu mereka sedang berkelah tempohari juga Mawar tidak tidur bersama mereka. Malah tidur bersama dengan tunang yang masih belum halal itu.

"Bila Afiq tahu Mawar mengandung, dia tak puas hati. Apa bodoh sangat dia tu pergi tuduh anak dalam kandungan mawar anak orang lain. Alih² dia pergi hilangkan diri sampai sekarang. Mana tak stress si Mawar tu." Sambung El lagi.

"Eh, apesal kejam sangat si Afiq tu ey? Dah memang sah lah anak dalam kandungan Mawar tu anak dia! Dah berkepit 24 jam." Marah Nurin tidak puas hati dengan tindakan lelaki durjana itu.

"Kalau aku jumpa si Afiq tu memang lunyai muka dia aku kerja kan." Marah Alia pula.

"Aku dengar cerita Mamat tu dah lari ke luar negara." Tambah El lagi.

"Kepala hotak dia! Kenapa nak lari pula? Maksudnya memang betul lah dia yang salah." Marah Alia lagi.

Hani hanya diam mendengar cerita rakannya itu.

"Tak boleh jadi. Kita kena cari Afiq tu sampai dapat!" Kata Nurin. Yang lain mengangguk setuju.

"Before that, boleh tak kita focus tentang Mawar ni?" Tanya Hani yang lebih merisaukan Mawar.

"Ye lah Hani. Kalau tak kitorang tak de lah susah² datang sini." Kata Alia.

∽♬∽

MaidWhere stories live. Discover now