BAB SATU

12.4K 317 0
                                    

Bab Satu

Senja sudah lama melabuhkan tirainya. Malam pula sudah tidak muda lagi. Walaupun cik bintang masih bergemerlapan di angkasa, hanya tinggal beberapa jam sahaja sebelum fajar menyapa, memberikan peluang bagi cik bintang berehat. Para manusia yang sedang lena pun sudah kesuntukan masa. Tidur yang dinanti-nantikan hampir sudah. Pengembaraan dalam mimpi akan menerima penamatnya sebentar lagi.

Meskipun begitu, Scar masih berjaga di atas bumbung sebuah bagunan. Dia sedang meniti hari terakhirnya di bumi Eropah sebelum pulang ke tanah air Malaysia. Tidak sabar rasanya tapi dia harus menyelesaikan misi yang ditugaskan kepada dirinya dahulu.

Keseorangan, Scar hanya ditenami sepi malam dan cik bintang. Mulutnya tidak berhenti daripada terus mengunyah gula-gula getah. Timbul juga keinginan untuk membuat belon daripada kunyahan itu tapi ditahan kerana dia tidak mahu risiko membuat bising.

Terdapat sebuah rumah agam sejauh lima ratus meter daripada kedudukan Scar. Kontras dengan bangunan dan kawasan perumahan di sekelilingnya, tingkat atas rumah agam itu terpasang lampunya.

Scar memerhatikan rumah agam tersebut melalui skop rifle yang bersama dengannya. Earphone yang bersambung dengan alat perisik yang berjaya diseludup masuk semalam disumbat ke dalam telinganya. Melalui skop rifle, Scar dapat lihat seorang lelaki berdiri di hadapan tingkap kaca bersama segelas wain merah di tangannya sementara sebelah tangan lagi menekap sebuah telefon ke telinganya.

Scar mencuri dengar keadaan di dalam rumah agam tersebut. Lelaki itu sedang tertawa besar. Kemudian gelas yang dipegang dibawa ke mulutnya dan dihirup perlahan.

"Untung besar! Untung besar!" tawa lelaki itu lagi.

"Sembilan pagi esok, kapal akan sampai. Aku nak kau dan orang kau bersiap sedia untuk menyambut barang kita," sambung lelaki itu lagi sebelum tertawa.

Setelah beberapa lama, panggilan telefon ditamatkan. Lelaki itu tersenyum. Pemandangan di hadapan matanya dinikmati bersama wain. Hatinya berbunga-bunga. Sekiranya rancangannya kali ini berjaya, keuntungan yang paling besar dalam hidupnya bakal dikecapi dan mungkin membuka jalannya untuk mencapai keuntungan yang lebih besar. Wain merah dihirup lagi.

Hujung bibir Scar terjungkit naik sedikit. Dia tahu apa yang difikirkan oleh lelaki itu. Earphone di telinga dicabut. Rifle disimpan ke dalam beg dan Scar mula mengangkat kaki.

Pedal Yamaha FZ-09 yang diparkir di bawah bengunan segera dipulas dan membelah jalan raya yang masih sibuk dan dipenuhi dengan aura-aura orang muda. Scar berhenti di hadapan sebuah restoran namun tidak pula dia memasuki restoran tersebut malah dia membelok motosikalnya ke belakang restoran.

Scar turun dari kenderaan dua tayar itu dan membuka helmetnya. Dia memastikan ketiadaan orang di sekelilingnya sebelum membuka sarung tangannya dan meletakkan tangannya di atas pintu belakang restoran tersebut. Dengan teknologi sensor, cap jari dan tapak tangannya dapat dikenal pasti setelah beberapa saat dan serta-merta petak tanah yang dipijak oleh Scar hilang dan membuatkan Scar terjatuh ke dalamnya. Scar telah memasuki sebuah tiub besar seperti gelongsor dan terus bergelongsor.

"Up!" Scar terjerit kecil apabila punggungnya menyentuh timbunan bola-bola plastik yang menyelamatkan dirinya daripada terhentak ke lantai. Kalaulah dia ini Perry the Platipus daripada cerita Phineas and Ferb pasti dia terus didudukkan di atas sebuah kerusi dan segera menerima misi.

"Agen Scar?" Satu suara memenuhi bilik putih itu.

Scar segera membebaskan dirinya daripada timbunan bola dan berlari ke hadapan sebuah skrin yang agak besar.

"Scar sedang melaporkan diri, tuan!" Scar berdiri tegak.

Skrin tersebut terpasang dan menunjukkan seorang yang sedang duduk di atas kerusi namun wajah orang tersebut tidak dapat dilihat kerana tersembunyi di balik topeng yang dipakai.

Encik Suamiku VampireWhere stories live. Discover now