BAB 16 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]

Start from the beginning
                                    

Ni sejak bila pula dah malas nak jawab soalan kurang cerdik aku ni. Aku pandang aje dia.

"Nak ambil buah untuk Una lah. Tadi cakap nak rambutan kan?" Dia gosok kepala aku. Terharu betul aku dengan dia ni.

Aku terus pergi ambilkan galah lepas tu hulur dekat dia.

"Una sambut betul-betul tau." Dia dah siap-sedia nak jolok buah rambutan dekat atas.

"Baik bos." Aku siap buat tabik spring lagi dekat dia.

Dah macam budak-budak tak cukup umur aje aku masa nampak buah rambutan jatuh. Siap melompat-lompat sambil tepuk tangan lagi. Izham geleng kepala aje tengok aku macam tu. Bertabahlah dapat isteri macam aku ni.

Masa aku dengan Izham sama-sama tengah kutip buah, tiba-tiba aku rasa macam jari aku kena sengat dengan sesuatu. Aku rasa macam semut, tapi takkanlah sakit sampai macam ni.

"Sayang kenapa?" Izham tanya aku pelik bila dia nampak aku dah jatuh air mata tahan sakit.

"Sakit." Aku terus menangis.

Dia terus datang dekat aku. Dia terus belek-belek tangan aku.

"Kena apa ni?" Risau betul muka dia. Dia terus angkat aku pergi dekat tempat nenek duduk sekarang. Alahai dia ni, aku sakit jari aje, bukan sakit kaki pun. Sabar ajelah. Dia terus dudukkan aku depan nenek.

"Kenapa ni?" Nenek angkat tangan aku yang kena sengat tadi.

"Tak tahu. Tadi Am tengok Una dah macam ni."

"Kena sengat tebuan ni." Nenek cakap dekat aku dengan Izham.

What? Tebuan? Patut sakit sangat pun.

"Tebuan nenek?" Nenek angguk.

Izham pandang aku.

"Sayang, abang bawa pergi hospital sekarang." Dia dah siap-siap nak angkat aku balik.

Aku gelak. Dia pandang aku pelik. Ya lah, tadi bukan main lagi menangis, sekarang ni tiba-tiba gelak pula.

"Tak payahlah, lepas sapu minyak ni nanti okeylah." Aku cakap kat dia. memang tak payah nak pergi hospital bagailah. Ni kira untung jari aku aje kena sengat ni, bolehlah sapu ubat lagi. Kalau teruk sangat tu yang kena bawa pergi hospital.

"Sure?" Dia tak puas hati lagi.

"Bengkak-bengkak macam ni." Dia pandang tangan kiri aku.

Nenek yang dari tadi jadi penonton setia drama kita orang terus bersuara.

"Tak payah risau sangatlah Izham oii, dia ni setakat kena sengat tebuan tu dah biasa dah, kecil-kecil dulu lagi teruk dari ni pun dia dah pernah kena." Ambil kau, nenek siap buka rahsia aku masa kecil-kecil dulu lagi tu. Aku senyum ajelah. Tak larat nak bersuara sekarang ni. Tengah tahan sakit.

Izham senyum pandang aku.

"Ganas sangat dia ni. Memang patut dah pun." Amboi, tadi bukan main lagi risau, sekarang ni kutuk-kutuk aku pula? Aku mencebik.

"Dah, pergi masuk rehat dulu. Petang-petang nanti baru balik." Nenek cakap dekat kita orang. Lepas tu dia terus sambung merisik lidi.

"Okey nek." Izham terus angkat aku.

"Turunkan Una lah. Una ni sakit jari ajelah. Boleh jalan lagi." Tapi sayang seribu kali sayang, dia buat pekak aje. Sakit betul hati aku.

"Minyak nenek simpan dekat mana?" Dia tanya aku lepas dia letakkan aku dekat katil.

Aku terpaksa memerah otak sikit sebab agak lama jugalah aku tak datang melepak rumah nenek ni sejak-sejak aku dah masuk tahun akhir.

"Dalam peti besi dekat laluan nak pergi dapur tu rasanya." Harap-harap masih ada dekat situ lagilah. Selama ni nenek memang simpan ubat-ubatan dekat situ. Tak tahulah tu kalau nenek tiba-tiba tukar angin nak simpan dekat tempat lain kan.

Izham angguk. Dia terus keluar dari bilik.

Aku tekan-tekan sikit jari aku. Sakitnya. Aku cuba gerak-gerakkan sikit ibu jari kiri aku yang kena sengat ni, walawei aku tak rasa langsung kewujudan tulang ibu jari aku sekarang ni.

"Yang ni?" Izham tunjuk minyak gamat dekat aku lepas dia keluar ambil minyak tadi,

Aku angguk.

Dia terus duduk depan aku lepas tu tarik tangan aku. Dia sapukan minyak dekat jari aku. Sakit gila jari aku masa dia sentuh tu sampai aku terpaksa pegang lengan dia kuat-kuat. Penangan kena sengat tebuan ni memang pehh la. Siapa yang pernah kena tu memang tahulah sakit dia macam mana. Mahu meraung wei masa mula-mula kena sengat tu. Nasib baik aje aku ni jiwa kental, tak menjerit tadi masa kena sengat. Nanti tak pasal-pasal Izham ni ingat aku tiba-tiba histeria tak tentu pasal. Mahu tak cukup tanah dia lari.

"Sakit sangat ke?" Dia lap air mata aku yang aku sendiri pun tak sedar bila masa keluar.

Aku angguk. Tak ada tenaga betul nak buka mulut sekarang ni.

Izham terus duduk tepi aku lepas tu peluk aku. Aku peluk dia balik. Aku peluk dia kuat-kuat sebab tak tahan sangat sakit. Peluk sebab sakit tau, bukan suka-suka nak peluk. Dia gosok-gosok belakang aku.

Dinner turns to Fear Factor bila nenek suruh aku makan sambal mengkoyang, dengan ulam raja. Aku ni dahlah tak makan sayur. Sambal mengkoyang pun aku tak pernah nak sentuh. Aku pandang Izham dekat tepi aku. Rileks aje dia bedal semua ni, ke depan nenek aje dia ni buat-buat makan benda-benda alah ni semua? Musykil betul aku.

Petang tadi aku dengan Izham tak jadi balik rumah ibu sebab aku dengan dia sama-sama 'terbabas' tidur sampai hampir Maghrib. Nasib baik sempat solat Asar. Berdosa betul aku rasa terlambat solat ni. Thanks to nenek sebab kejutkan kita orang, kalau tak, pagi esok baru celik mata rasanya.

Kita orang sebenarnya nak balik lepas solat Maghrib tadi, tapi nenek tak kasi. Dia cakap kesiankan aku. Dekat rumah ibu tu ramai saudara mara aku lagi. Takut aku terganggu. Alahai, nenekku sayang.

"Bagi abang sayur-sayur tu." Izham terus ambil segala jenis mak nenek sayur dalam pinggan aku bila dia nampak aku tak sentuh langsung nasi sekarang ni.

"Thanks." Aku senyum dekat dia. Bertimbang rasa betul dia ni. Ahaks, dah ada tukang kutip sayur dah lepas ni.

"No biggie." Dia gosok-gosok kepala aku dengan tangan kiri dia. Tangan Izham ni memang tak reti nak duduk diam. Ada aje kerjanya, peluk akulah, pegang tangan akulah. Aku pun dah malas nak bertekak dengan dia setiap kali dia nak peluk aku ke apa ke, dah pasrah.

"Ni bila nak belajar makan sayur? Patutlah pendek, tak cukup zat dalam badan." Suka hati aje nenek sound aku.

Aku buat-buat merajuk.

"Mana ada Una pendek sebab tak makan sayur. Keturunan kut." Tapi ibu dengan ayah tinggi aje. Kependekkan aku ni ikut siapa sebenarnya? Musykil aku.

Nenek menggeleng.

"Banyaklah keturunan. Lain kali makan sayur, kesihatan kena jaga."

"Baik nek." Patuh aje aku jawab. Bertabahlah.

Izham gelakkan aku lepasdengar nenek bebel dekat aku. Hampehpunya suami, bukan nak defend akupun.    

K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]Where stories live. Discover now