17

6.9K 316 8
                                    

Mak Mah membuka pintu sebaik sahaja mendengar bunyi loceng rumah.
"Eh, Husna! Masuk masuk.." Katanya, menyilakan Husna masuk.
"Terima kasih, Mak Mah." Husna menyalami tangan tua itu.
"Duduklah ya.. Laith tu lepas subuh tadi memang tidur. Biar Mak Mah bangunkan dia." Kata Mak Mah, menggosok lembut bahu Husna.

***

"Husna. Dia baru bangun, nak mandi.." Kata Mak Mah mengejutkan Husna.
"Oh.. Baiklah. Um, Husna nak duduk dengan Mak Mah kat dapur boleh?" Tanya Husna, sopan sekali membuatkan hati Mak Mah tersentuh.
"Boleh sangat, Husna. Jom!" Kata mereka berpimpin tangan ke dapur.
"Husna.. Kalau Mak Mah nak tanya boleh ke?" Soal Mak Mah sambil membancuh teh.
"Boleh, Mak Mah. Apa dia?" Husna tersenyum manis.
"Dah lama ke kenal Laith?" Soalnya.
Husna membilang dengan jari. "Dalam 6 ke 7 hari macam tu. Kenapa Mak Mah?"
Wanita tua itu memandang wajah Husna.
"Begitu singkat? Tapi, kebelakangan ni, memang Mak Mah tengok... Dia dah ada perubahan." Mak Mah turut tersenyum.
"Dulu, Laith macam mana Mak Mah?" Soalnya, ingin mengetahui.

"Dia dulu pemarah.. Sensitif. Kasar.. Tapi, Mak Mah tak salahkan dia. Tu semua berpunca oleh orang tuanya. Puan Sri sendiri tak dapat kawal dia, cuma kata Mak Mah dia nak dengar. Husna, andai kata Laith ajak Husna kahwin, Husna nak ke?"
Husna hanya memberikan senyuman untuk Mak Mah. "Dia ada orang lain Mak Mah." Katanya perlahan. Nadanya seakan-seakan kecewa.

"Husna!" Suatu suara menegurnya.
Laith hanya menggunakan baju Putih Dan sweatpants sahaja. Berbeza dengan kebiasaannya.
"Good morning." Kata Husna, memberikan Laith senyumannya.
"Morning. Ready to bake?" Soalnya penuh semangat.
"Hah? Kamu berdua nak buat kek ke?" Soal Mak Mah.
"Ha'ah Mak Mah. Kita nak buat kek." Kata Laith.
"Ada apa apa acara ke?" Soal Mak Mah melihat Laith yang mengambil bahan-bahan yang dibeli semalam.
"Tak, Laith cuma minta tolong Husna untuk tolong Laith buat kek khas untuk Syazia. Mak Mah ingat dia?" Air muka Mak Mah berubah apabila nama 'Syazia' di sebut. Laith tidak perasan akan perubahan itu. Mak Mah memandang Husna yang menunduk.
"M..Mak Mah ingat. Tapi kenapa nak buat kek bagai?" Soal Mak Mah, melihat bahan-bahan yang dibeli Laith.

"Sebab, Laith nak menangkan hati dia semula. Mana tahu hati dia tersentuh.. Kan kan?" Kata Laith, sedari tadi dia tersenyum.

"I'd marry anyone who's willing to bake me a cake. Especially when..."
"Apa Husna? Tak jelaslah." Kata Laith membuatkan Husna terdiam.
"Ah, saya... Kata bila nak buat kek?" Husna tersengih.
"Jom." Laith tersenyum manis.
Husna Delisha..

***
"Okay! Dah masak tu." Kata Husna melihat kek yang baru keluar dari ketuhar itu.
"Wanginya... But most importantly, dia perfect." Kata Laith.
"Yup. Decoration time!" Husna memberikan frosting kepada Laith. Laith sudah membuat mimik muka.
"Come on..  Ini kek awak.. You decorate lah. I'll help." Husna memberikannya frosting.

"Tapi kalau tak cantik?" Laith berdiri berhadapan Husna. Rapat.
Husna memberikan frosting itu kepadanya.
"Tak apa kalau tak cantik. Yang penting, awak ikhlas. Tu baru buktikan yang ini hasil awak.. Trust me. You can do it." Husna tersenyum manis.

"Um, Husna?" Laith memanggil Husna.
"Ya?" Husna yang baru memusingkan badannya terkejut apabila Laith mencuit cream pada hidungnya.
"Laith!" Husna mengambil tepung. Tepung itu di letakkannya pada pipi Laith.
"Husnaaaaa!" Laith turut ketawa.
Laith mengambil tepung juga dan menikam tepung ke arah Husna tetapi..
"Ya Allah! Laith Zafri!" Mak Mah yang baru masuk ke dalam dapur tekejut apabila dirinya ditikam dengan tepung.

"Oops.. Sorry Mak Mah!" Laith memandang ke arah Husna yang tertawa.
"Cepat siapkan kek tu. Kemas dapur!" Arah Mak Mah, dia turut tersenyum melihat Laith yang pandai bergurau sebegitu.

***
Husna meletakkan kek itu di dalam kotak.
Ribbon diikatnya atas kotak itu.
"Cantik." Kata Laith begitu hampir dengan Husna.
Laith memandang Husna. Cantik, sememangnya cantik.
Husna hanya tersenyum. "Jom, saya nak buat delivery." Kata Husna.
"Jom."

***
"Laith, stay here. Saya nak hantar." Husna tersenyum, keluar dari perut kereta.

Laith hanya memerhati.

"Miss Sharifah Syazia?" Husna memanggil wanita berambut perang yang duduk membelakanginya.
"Ya?" Syazia memandang Husna.
"A gift for you." Husna meletakkan kek itu di atas meja.
Syazia membuka kotak itu.

"Laith.." Syazia memandang wajah Husna.
"I call dia.. Thanks!" Katanya, lalu sibuk mengeluarkan telefon.

Husna berlalu pergi. Laith, pasti bahagia apabila mengetahui Syazia yang bahagia tadi.
Mereka pasti kembali bersama semula.
Dia?
"If he's happy, I'm happy."

Untuk 14 Hari...Where stories live. Discover now