Chapter 37 (Final)

En başından başla
                                    

"Kalau lelaki tu aku pun kenal." Kata B.I.

"Rupanya kau masih ingat aku. Aku minta maaf sebab kacau kau hari tu." Kata Hongbin.

"Oh? G-Gwenchana. So...Where should we go?" Tanya Trix untuk mengelakkan kejanggalan.

"Ada restaurant yang sangat terkenal berdekatan. A-Apa kata kita p-pergi ke s-sana?" Hongbin berkata sambil tergagap dan berpeluh-peluh.

"Kau tak sihat ke?" Tanya Trix sambil menyentuh dahi Hongbin.

"T-Trix!" Marah Jimin dalam bisikannya. Naik cemburu bila nampak yeochinnya sentuh jejaka lain.

"O-Oh? Taklah. Aku okay je. C-Cuma kau nampak sangat cantik sekarang ni dan..Malu pula aku nak jalan dengan kau. Dahlah aku ni lelaki biasa je." Hongbin merendahkan dirinya.

"Tak adalah. Kau nampak sangat kacak! Jinjja!" Puji Trix. Lalu mereka pun tergelak sambil berjalan ke suatu tempat.

"Tak adalah. Kau nampak sangat kacak! Jinjja!" Jimin meniru cara Trix memuji Hongbin. Tapi dalam nada menjengkelkan.

"Hongbin tu jejaka yang kacau Trix masa Trix berjalan-jalan dulu. Aku yang selamatkan Trix tapi niat aku nak bunuh Trix selepas selamatkan dia. Mian." Jelas B.I lalu tergelak bersalah selepas tu.

"Jom gerak! Diorang dah berjalan ke suatu tempat!" Bisik Kangjun.

Mereka pun mengikuti Trix dan Hongbin secara senyap-senyap.

- Di Cafe berdekatan -

"Maaflah sebab kacau kau masa tu. Masa tu aku ni memang jahat sikit." Hongbin meminta maaf kepada Trix.

"Gwenchana. Apa yang penting ialah kau dah berubah." Kata Trix sambil tersenyum.

"For you." Kata Hongbin sambil memandang Trix dengan senyuman manis.

"Tak guna punya lelaki! Aku nak pergi ajar dia!" Marah Jimin. Jimin dah mula nak berdiri ke tempat Trix dan Hongbin.

"Yah yah! Hajima!" Bisik Jungkook sambil menarik tangan Jimin. Begitu juga dengan B.I.

"Habis tu nak biar aje dia usha yeochin aku?! Macam mana kalau Trix jatuh cinta?!" Panik juga Jimin dibuatnya. Level cemburu ditahap yang maksimum XD.

"Just watch first. Aku dah ada plan macam mana nak uji Hongbin tu." Kata Kangjun.

"Trix...Kau dah ada namchin?" Tanya Hongbin.

"B-Bwo?" Tanya Trix. Dia lalu memandang Kangjun yang berada di meja sebelah.

Kangjun memberi isyarat supaya jangan bagitau.

"Trix..?" Tanya Hongbin.

"Oh? Er...Tak. Saya t-tak ada namchin." Jelas Trix.

Jimin menghentak meja dengan agak kuat.

"J-Jimin!" Bisik Jungkook.

"Ergh! Kenapa lambat sangat air ni?!" Marah Jimin. Tak ada pun dia order sebenarnya. Saja nak cover line XD.

"Yah! Controllah sikit!" Bisik B.I pula. Kangjun hanya tergelak kecil melihat Jimin yang dah nak meletup.

"Bising betullah meja sebelah ni. Jom keluar ke tempat lain pula!" Pelawa Hongbin dengan gembira.

Trix hanya mengangguk perlahan dan menunjukkan senyuman palsu.

"Jimin...." Bisik Trix kecil sambil melihat Jimin.

"Go ahead." Bisik Jimin semula sambil melemparkan jelingan maut.

- Di taman tak jauh dari Creven High -

Boy's Dorm (BTS)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin