Chapter 5

2.9K 203 4
                                    

Arghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!

"Yah!"

Suara itu membuat Trix terkejut. "K-Kau manusia...kan?" Tanya Trix.

"Apa kau buat kat sini? Kau patutnya ada kat sekolah." Jejaka itu berkata.

"S-Saya lambat bangun...Bye!" Trix cuba nak menjauhkan diri dari jejaka tersebut. Dalam fikiran Trix, dia masih mensyak jejaka itu adalah hantu.

"Aku bukan hantu. Kau tak ingat aku ke?" Jejaka itu bertanya.

"Tak." Jawab Trix tanpa menoleh kebelakang dan teruskan perjalanannya.

"Ah Jalan la. Kat sana banyak hantu. Aku sendiri nampak tadi."
Trix terdiam. "Apa dia cakap? H-Hantu...?" Dia berbisik kecil. Kakinya mula mengundur ke belakang dan akhirnya berada dekat dengan jejaka tadi. Trix menoleh ke arah jejaka tu.

"Saya Trix." Trix menghulurkan tangan kanannya ke arah jejaka itu.

"JB." Jejaka itu bersalaman dengan Trix.

"Boleh..Temankan saya jalan naik kat tingkat atas tak?" Tanya Trix. Dia tahu yang dia baru saja kenal JB tapi dia nak cepat-cepat masuk bilik dia, jadi terpaksalah.

"Kau nak aku temankan? Tak takut ke..kalau-kalau..." JB mengangkat kedua-dua keningnya sambil tersenyum nakal.

"Tak." Trix yakin dengan dirinya. Dia tak mungkin akan biarkan jejaka tu buat apa-apa kat dia.

"Oh..kayy!" Kata JB dengan nada ceria. Dia meletakkan tangan kirinya keliling bahu Trix.

"Tangan." Trix menolak JB dengan malasnya.

"Kau ni comellah." JB menunjal perlahan kepala Trix.

Trix pula hanya membiarkan JB sambil mengunyah roti yang dia beli dari food machine tadi.

Sesampai je kat depan bilik Trix...

"Bye." Kata Trix sambil memulas tombol pintu biliknya.

"Kejap." JB segera menarik tangan Trix. Macam dalam drama.

Trix memandang JB sambil menanti apa yang JB nak sampaikan.

"Urm...Er..." JB kelihatan agak gementar. Dia nak katakan sesuatu tapi mulutnya kaku.

"Kau ni peliklah." Trix menarik tangannya sambil tergelak kecil. Trix lalu menutup pintu biliknya.

"Haih..Aku patut cakap kat dia yang aku suka dia!" Geram pula JB. Rupanya dia menaruh hati kat Trix. Cinta pandang pertamalah katakan.

Tiba-tiba pintu bilik No.023 dibuka. JB lantas melihat jejaka yang keluar dari bilik tersebut.
"Oh! Lama tak jumpa." Kata JB sambil menyapa jejaka digelar si gelap tu.

"Ya." Jawab si gelap ringkas lalu pergi turun ke tingkat bawah. JB melihat si gelap tu turun dengan sebaldi kain ditangannya. Dah tentu nak ke bilik Dobi.

"Seingat saya, dulu tak sedingin ni. Dia benci saya ke apa?" JB berkata selamba sambil berjalan menuju ke biliknya iaitu No.035.

-Setelah pintu depan dorm dibuka-

Banyak juga pelajar yang berlari masuk ke dalam dorm. Walaupun Jam 11 dorm baru buka, mereka tetap ponteng. Patutnya Jam 2 barulah waktu sekolah tamat tapi ini, jam 11 dah ada yang ponteng.

"Kau ponteng juga ke Jackson?" Tanya Chanyeol. Dia menggeleng-geleng kepalanya sambil melihat budak Jackson tu berlari pecut masuk ke dorm melalui pintu depan. Jackson hanya melemparkan senyuman ' squirtle' nya.

Chanyeol baru saja nak ke sekolah balik memandangkan Creven High hanya beberapa meter dari dorm ni, namun hasratnya dibatalkan apabila dia nampak je kelibat gadis sedang menyeludup masuk dorm lelaki melalui pintu belakang.

Boy's Dorm (BTS)Where stories live. Discover now