Chapter 22

1.8K 135 0
                                    

"Siap lah aku kerjakan budak B.I tu!" Marah Kangjun.

Geng Jimin menceritakan semuanya kat Kangjun semasa mereka berbual-bual di kelas. Trix pula rasa tak selesa bila perkara tu asyik disebut je.

"Boleh tak tolong diam?! Aish! Nanti orang lain dengarlah!" Bisik Trix sambil memandang mereka.

"Trix, betul dia tak ada buat apa-apa lagi dekat kau?" Tanya Kangjun dengan wajah risau.

"Tak. A. Da." Kata Trix dengan wajah bosan. Asyik ulang-ulang je ayat yang mereka tanya. Naik bosan Trix mendengarnya.

"Kalau aku jumpa dia tu! Memang habis aku belasah! Argh! Tak boleh jadi ni. Mana kelas dia?!" Tanya Kangjun. Kangjun nampaknya ingin berdepan dengan B.I.

"Dia tak datang hari ni. Aku dah pergi cari dia tadi." Jelas Jimin. Geram hati Kangjun bila tahu je yang B.I tak datang hari ni.

"Just forget about that. Please." Rayu Trix dengan wajah serius. Dia tak nak asyik terfikirkan perkara tersebut.

"Okay okay." Kata Kangjun lalu mengusap lembut rambut Trix.

-Waktu rehat-

"Hoi!" Jerit Jimin lalu menarik rambut Minah dengan kasarnya. Mereka sedang berada di kantin yang penuh dengan pelajar.

"Ah!" Jerit Minah kesakitan. Dia tidak mampu melawan kerana Jimin menarik rambutnya terlalu kuat. Yura, Hyeri dan Sojin pun takut nak bersuara bila nampak Minah diperlakukan sebegitu.

"Berani kau cuba nak culik Trix dan bahayakan diri dia dengan serahkan dia pada B.I?!!" Bisik Jimin di telinga Minah dengan nada yang marah.

Walaupun Jimin marah kat Minah tapi dia tetap tak nak orang lain tahu tentang apa yang dah berlaku. Dia tak nak Trix berasa tertekan.

"Bukan aku yang nak lah!!" Jerit Minah. Jeritan Minah telah menarik perhatian semua pelajar di dalam kantin tersebut sepenuhnya.

Jimin segera menarik Minah keluar dari kantin dan ke tempat yang lebih sunyi. Sudah semestinya rambut Minah masih lagi ditarik oleh Jimin XD.

"Lepaslah!" Jerit Minah yang sudah lama kesakitan. Jimin pun lalu melepaskan genggamannya dari rambut Minah.

"Kenapa kau culik Trix lepas tu serahkan dia kepada B.I?!" Tanya Jimin yang sudah muka nak hilang sabar. Sikit je lagi dah nak meletup.

"Aku c-cuma nak takut-takutkan Trix tapi B.I tetiba muncul dan kata dia nak tolong aku. A-Aku pun setujulah." Jelas Minah. Takut dia nak memberi penjelasan bila Jimin asyik memandangnya macam nak bunuh je dia di tempat kejadian.

"Kalau kau cuba nak buat macam tu lagi, aku akan pastikan kau dan B.I merana seumur hidup!" Jerit Jimin lalu menolak Minah dengan kasar. Jimin pun pergi dari situ dan menuju ke kelasnya.

- Di kelas -

"Kau pergi mana tadi?" Tanya Rapmon kepada Jimin.

"Aku pergi jumpa Minah tadi." Jelas Jimin ringkas lalu duduk di tempat duduknya dan melepaskan keluhan.

"Untuk apa?" Tanya Jin. Penjelasan Jimin membuat semua gengnya melihat dia. Termasuk juga Trix dan Kangjun.

"Bagi amaran kat dia supaya jangan kacau Trix."

Lalu semua pun menangguk perlahan tanda setuju dengan perbuatan Jimin.

"Trix rasanya kau perlu pengawasan sepenuhnya. Nanti silap-silap B.I datang ke apartment kau lepas tu dia culik kau." Jelas V.

"Biar aku tinggal rumah Trix." Kata Jimin sambil menaik-naikkan keningnya dengan senyuman miang.

"Eleh, Aku kan ada. Aku je lah yang tinggal rumah Trix untuk jaga dia." Jelas Kangjun sambil menolak bahu Jimin perlahan.

Boy's Dorm (BTS)Where stories live. Discover now