Chapter 6

2.8K 194 4
                                    

Pintu bilik tersebut ditutup dan tangan yang menutup mulut Trix tadipun dilepaskan.

"Korang si...apa... Kau?!" Trix sangat terkejut bila nampak jejaka itu berada di depannya.

"Hai." Kata JB sambil melambai tangannya.

Jackson juga turut melambai tangannya.

"Apa yang korang nak?" Tanya Trix dengan nada yang agak kurang senang.

"Hi saya Bambam! Yang satu lagi tu Mark." Bambam menghulurkan tangan kanannya. Mark pula hanya tersenyum comel.

"Trix." Jawab Trix ringkas sambil menyambut tangan Bambam dengan tangan kanannya.

Namun Bambam menarik Trix ke pangkuannya. Dia mendekatkan mukannya dan Trix. "Maaf saya berkenalan dengan cara ni." Kata Bambam sambil mendekatkan lagi bibirnya dengan Trix.

"Yah..." Baru saja Trix nak jadi Hulk, JB dah mencelah.

"Yah! Jangan macam-macam. Dia ni aku punya!" JB melontar bola dekat kepala Bambam.

"Weh sakitlah!" Kata Bambam sambil melompat ke arah JB dan mereka pun mula bergaduh macam budak kecil.

"If we're done here, i wanna go back to my room if you don't mind." Trix berkata sambil berjalan menuju ke pintu keluar.

"Tunggulah kejap." Kata Jackson sambil meletak tangan kanannya keliling bahu Trix.

Tiba-tiba pintu bilik tu terbuka luas dengan ganasnya.

"Hoi! Mana JB?! Kau kalau nak attack aku kat COC pun agak-agaklah." Dengus Rapmon setelah menendang pintu bilik tersebut.

"Trix?!" Jhope dan V serentak berkata. Terkejut mereka bila nampak je Jackson tengah meletak tangannya keliling bahu Trix.

V lantas menarik Trix dari Jackson. "Hoi! Dia ni milik kami! Kau jangan berani nak sentuh!" Tengking V.

"Baik kau masuk bilik kau dulu Trix. Diorang ni memang liar." Jhope berkata sambil mengusap lembut kepala Trix. Trix pun apalagi, larilah.

Sesampai je Trix di depan biliknya, dia pun memulas pintu biliknya. Tapi pintu tak boleh buka. "Aduh! Mana kunci ni?!" Trix berbisik kecil. Dia memeriksa poketnya tapi tak ada.

"Ada apa-apa masalah?" Seorang jejaka menghampiri Trix.

"Memang! Masalah dia adalah kamu semua!" Jerit Trix dalam hati. Mahu saja dia cakap macam tu tapi takut kena belasah pula. "K-Kunci saya hilang." Terang Trix.

"Oh, aku ada kunci spare. Kejap ye..." Kata jejaka tu sambil mengeluarkan kunci-kunci yang banyak tu dari poketnya. Dia lalu mencari kunci yang bernombor 022. Akhirnya dia jumpa juga kunci yang bernombor 022 dan dia memasukkan kunci tersebut di tengah tombol pintu.

"Thanks." Trix memandangnya sambil tersenyum. Dia baru nak masuk ke dalam biliknya tapi dihalang oleh jejaka tersebut.

"Urm..Nama saya Kai! Saya warden di dorm ni. Kalau ada apa-apa masalah, cari je saya." Katanya. Trix mengangguk kepala lalu tersenyum manis. Trix menutup pintu biliknya.

"Kenapalah semua kacak-kacak kat dorm ni? Bak kata pepatah makin kacak, makin bahaya." Bisik Trix kecil. Pandai-pandai je dia buat pepatah yang tak wujud.

-Keesokan harinya di Creven High-

"Trix! Jom rehat sama-sama!" Jimin menarik tangan Trix dan keluar dari kelas.

"Yah!" Terkejut Trix bila tiba-tiba je Jimin menarik tangannya.

Namun seseorang menghentikan mereka. Terutama sekali Jimin yang tengah lead jalan.

Boy's Dorm (BTS)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant