BAB 5 K.A.I {KERANA AKU ISTERIMU}

Start from the beginning
                                    

“Apa hal kau ni?” Aku pandang Hannah.

Hannah pegang pipi aku lepas tu halakan kat luar tingkap kelas aku.

“Tu.” Dia muncung mulut tunjuk ke luar kelas.

Aku pandang tempat yang dia pandang dari tadi.

‘Faiz.’

Berdebar. Takut. Rindu. Sedih. Semua rasa ada. Tu lelaki yang paling aku sayang. Aku pandang aje dia yang tengah bercakap dengan kawan-kawan dia dekat beranda kelas. Aku tahu yang kelas dia sama aras dengan aku hari ni. Tiga tahun, memang dah lumat dah jadual kelas dia tu dalam kepala aku sebab akulah jam loceng dia, reminder dia. Segala-galanya.

Faiz pusing menghadap kelas aku. Mata kami bertembung. Dia tak nampak aku sebab tingkap kelas memang tinted hitam legam. Macam duduk dalam interrogation room aje aku rasa. Tapi aku rasa macam dia tahu-tahu aje aku tengah pandang dia juga sebab dia senyum lepas tu. Aku cepat-cepat pusing pandang depan. Tak sanggup nak pandang dia lama-lama sebab aku takut nanti aku buat tindakan luar kewarasan aku yang tak berapa nak waras ni.

“Dah-dahlah mengendap anak teruna orangnya.” Hannah cakap kat aku, tapi mata dia masih pandang depan. Konon fokuslah dengar apa yang si Kashfi a.k.a ketua kelas tu tengah melalut kat depan. Pasal kelas batal kut. Ahaks.

Aku pandang depan jugak. Kesianlah pula dekat si Kashfi yang ‘slim’ ni tak ada yang bagi perhatian ‘ikhlas’ pun dengar apa yang dia tengah bebel kat depan sekarang ni.

“Mana ada aku mengendap dia.” Ayat bela diri yang memang failed terus. Tak payah tunggu Hannah tapis, memang dia reject terus, masuk pusingan kelayakan pun tak berapa nak layak.

Aku dengar Hannah gelak perlahan.

“Ya lah tu.” Kan aku dah cakap. Lepas tu aku senyap aje. Malas nak bergaduh dengan dia. Konfem nanti dia yang nak menang. Minah ni kan spisis Izham jugak. Spisis taknak kalah.

Eh, kenapa aku nak ingatkan Izham tu pula?

“Ni dah kenapa geleng-geleng kenapa macam orang tak cukup skru pulak?” Hannah pandang aku pelik.

Aku geleng kepala lagi.

“Sah kau ni dah gilalah Nad.” Suka hati betul minah ni cakap aku gila.
Aku jeling dia. Jeling ‘manja’ gitew.

“Kalau aku ni gila, kau tu kawan gila jugak sebab kau kawan dengan orang gila. Kira okeylah tu kan si gila-gila bersatu. Dumb and dumber. Kita kahwin dua ajelah Hannah.” Rileks aje aku ajak dia kahwin. Buatnya dia setuju, memang aku putus kawan terus dengan dia.

Dia gelak tak ingat dunia. Siap tampar-tampar bahu aku lagi. Terencat betul minah ni kalau dah gelak.

“Kureng kau Nad.” Aku pandang depan balik. Lupa yang kita orang bukan dalam bilik sekarang ni. Nampak muka Kashfi macam tengah bunuh kita orang banyak kali dalam kepala dia. Oops, kantoi sudah.

Aku pandang keliling, semua budak-budak kelas tengah pandang pelik kat kita orang sekarang ni. Ni semua Hannah punya pasallah, tiba-tiba aje mengilai. Aku siku Hannah yang tengah gelak lagi.

“Beb, pandang depan kalau taknak mati kena bunuh.” Serius aku cakap dekat dia.

“Kenapa?” Mak ai, tak reti nak reda lagi minah ni gelak.

Aku pandang Kashfi yang tengah pandang aku dengan Hannah lagi dari tadi.

“Lalang tengah ‘laser’ kita sekarang ni.”

Lalang tu memang nick rahsia yang aku dengan Hannah aje tahu. Bukan apa, si Kashfi ni bukan setakat slim, hari tu adalah aku dengan Hannah ternampak satu peristiwa ‘kemalangan jiwa’ yang menyebabkan gelaran lalang tu wujud. Nak dijadikan cerita, hari tu hujan lebat, siap pakej dengan angin kuat lagi. Si kashfi ni berjalan depan kita orang balik dari kelas hari tu, entah macam mana silap dia, angin ‘kuat sangat’ kut sampai si Kashfi ni rebah-rebah ayu depan kita orang. Si Hannah apa lagi, sampai bilik tu terus dia gelak guling-guling. Kita orang siap potong Kashfi cepat-cepat sebab Hannah cakap dia tak tahan nak gelak. Nak gelak depan-depan dia tak sanggup, dia cakap dia ni tak kejam sangat pun. Sangat kan? Mangai aje minah ni.

Hannah berhenti gelak tiba-tiba. Buat macam dia macam dia tak pernah gelak tak sedar dunia aje tadi. Thick-skin betul kawan aku ni sorang ni. Dia berdeham. Lepas tu buat-buat fokus pandang Kashfi balik.

Kashfi jeling dia. Dia senyum aje pandang depan tapi mulut tu bunyi jugak.

“Eee, takutnya mak.” Dia siap buat gaya tangan kebahu mata ke atas lepas Kashfi pandang tempat lain.
Aku geleng-geleng kepala aje. Parah betul budak dua orang ni. Kalau tak bergaduh memang tak sah. Budak-budak kelas memang dah tahu sangat yang dua orang ni memang pantang jumpa. Kalau tak bergaduh mulut, aku jeling kau, kau jeling aku pun dah cukup. Nasib baik tak kahwin aje. Kalau dia orang kahwin, percayalah aku dekat orang tua dulu-dulu cakap, ‘jangan selalu gaduh, nanti kahwin.’

“Nad, kenapa kau geleng-geleng kepala tadi?” Aku pandang Hannah. Alahai, tak habis-habis lagi dia ni. Gigih betul. Aku senyap aje lepas tu senyum.

“Hampeh betul. Tak apa kau, kau ingat, kau ingat.” Nada merajuk buat-buat si Hannah.

K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]Where stories live. Discover now