32 : Tipu Sunat

5.1K 281 8
                                    

"Mummy, A'an nak bawa Lyaa pergi skatepark petang nanti. Kita tak ada nak pergi mana-mana kan?", Dann bersuara ketika kami semua sedang menikmati sarapan pagi.

"Kawan Mummy nak datang. Tapi tak apalah", Ucap Aunty Mimi sambil tersenyum. Ceria betul dia hari ni.

"Pagi tadi, Onyang nampak Boboi keluar dari bilik Lyaa. Buat apa?"

Aku yang sedang menunduk menikmati makanan tersentak. Bukan aku je. Semua orang kat meja makan ni ha.

"Abang betulkan paip bilik Kak Lyaa", Atin yang menjawab. Selamba dan tenang.

Aku terdengar kakak mengeluh lega, "Aah. Haritu bocor kan?"

Aku anggukkan kepala saja.

"Dah okey belum? Kalau tak nanti biar abang yang buat", Abang Nik konon-kononnya menawarkan diri.

Tapi betul, paip bawah sinki tu memang bocor. Buka je paip utama bilik, macam nak banjir satu bilik air.

"Tak. Tadi tak ada barang", Balas Dann. Dann memandangku.

"Lah.. kenapa tak bagitahu je Pak Aman? Dia biasa buat benda tu", Uncle Faiq ikut bersuara. Wah nampaknya semua orang dalam rumah ni tengah asah bakat lakonan.

"Pak Aman kan cuti Daddy", Dann mengingati ketiadaan Pak Aman dua tiga hari ni.

Aku tersengih, "Tak apalah. Tak nak susahkan dia".

"Habis tu kamu nak menyusahkan semua orang dalam rumah ni?"

Zzap!

Menusuk bhai.

Semua orang terdiam.

Aunty Mimi menepuk pahaku menyalurkan kekuatan. Mesti dia faham perasaan aku. Sebab Onyang pun layan dia macam tu.

"Maafkan Onyang ya. Dia memang macam tu", Bisik Aunty Mimi.

Uncle Faiq berdehem, "Minggu depan A'an terus masuk pejabat Daddy eh? Daddy kenalkan dengan semua orang. A'an belajar dari bawah".

"Kenapa tak sambung je belajar? Kamu terus suruh dia urus syarikat ke Faiq?", Onyang menyampuk.

Aku nampak Dann memejamkan matanya seketika. Mungkin mencari kesabaran. Aku faham dia tak suka orang yang banyak tanya ni.

"Kan Faiq kata dia mula dari bawah", Balas Uncle Faiq sambil mencicip kopi panasnya.

"A'an pun ikut je apa yang Daddy cakap? Kalau tak belajar nanti nak jadi apa?", Nampak sangat Onyang tentang benda ni.

Tapi nak buat macam mana. Masing-masing dah buat kata sepakat. Aku dengan Dann dah kahwin pun. Sia-sia perkahwinan ni kalau Dann tak urus syarikat telekomunikasi Uncle Faiq.

"Diakan akan uruskan syarikat Faiq. Apa mak ni?", Uncle Faiq juga sudah kelihatan rimas.

Aku meletakkan sudu dan garfu di pinggan, "Lyaa dah habis makan. Pergi dulu eh", Aku mengangkat pinggan dan cawan menuju ke dapur. Pandai makan pandailah basuh, apa lagi.

Dann pula terus mengikuti perbuatan aku, "A'an pun."

"Kenapa nak kena ikut aku?", Soal aku ketika sedang membasuh pinggan di dapur.

"Ikut isteri sendiri tak boleh eh?", Dia mencium pipiku tiba-tiba.

Er.. Onyang nampak kang nayaa.

"Minta ma--", Belum sempat Dann habis cakap aku menyentuh mulutnya dengan jariku yang masih bersabun.

"Aku dah penatlah dengar. Lek, aku tak ambil hati pun", Aku menyambung kembali kerja yang tertangguh. Siap dengan Dann punya pinggan aku basuhkan.

"Ergh, Lyaa. Habis rasa sabun!", Dann kelam kabut membersihkan mulutnya. Ee mesti rasa alkani en? Aku hanya ketawa.

"Jahat", Rengeknya. Dia mencium pipiku sekali lagi, "Nanti masuk bilik ya? Aku tunggu."

Aku mengangguk. Memang nak duduk bilik je. Malaslah nak lepak luar.

"Hi", Tegur apabila masuk ke dalam bilik. Eh mana Dann?

Apabila aku sampai dimeja solek. Aku terjerit kecil, "Apa benda semua ni Dann?"

Habis stok makanan ringan aku bersepah atas lantai. Aku nampak Dann tengah membongkokkan tubuhnya rak tv, terus menyelongkar harta makanan yang selama ni aku buat simpanan.

"Eee kenapa nak kena usik barang aku?", Bentakku sambil menghentak-hentakkan kaki.

Dann tersengih. Dia berdiri lalu mengadapku dengan riak yang langsung tak bersalah, "Lepas ni aku takkan percaya lagi diet on kau tu, sayang. Simpan makanan dalam bilik rupanya."

Pfft. Aku merenungnya geram.

"Patutlah selalu diet pun masih tak kurus", Dia mencubit pipiku.

Tak guna betul.

------

"Bigspin eh tu?", Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Meneka setiap trick yang Dann lakukan dan semuanya salah. Lama gak aku tak pijak papan. Semua trick hilang.

"Salah Lyaa. Kau sejak study jauh-jauh terus lupa segala trick en? Come on lah. Kata kat sana masih skate?", Dann membiarkan decknya di bawah. Dan duduk di sebelahku.

Nampak penat. Satu badan basah dengan peluh.

Aku menghulurkan air mineral kepadanya, "Aku biasa main bila free. Tapi kau tahukan penatnya belajar ni. Assigment la semua".

"Entah. Tak nak tahu", Dia menutup kembali botol air mineral tersebut. Dahsyat sekejap je tinggal sikit.

Eh dia cakap apa tadi? Taknak tahu? Eeei.

"Tapi aku pun taknak kau main skate selalu sangat", Ujar Dann.

"Asal pula?", Aku kebingungan.

"Iyalah nanti kalau kau dah mengandung lepas tu jatuh bila skate. Tak ke boleh bleeding?".

Aku mengecilkan anak mataku memandangnya. Mengandung? Gila. Gila.

"Jauh betul kau fikir", Aku malas nak layan bila Dann buka topik ni. Aku capai deck di sebelah dan turun ke dataran bawah.

"Ketua keluarga memang kena berfikiran jauh", Selamba saja dia bercakap.

Aku rasa Aus dengan Am ni dengar apa yang Dann cakap. Lepas tu bagitau Fudhail. Lepas tu semua bantai gelak. Taknak malu pulaaa ish. Geli pulak bila dengar Dann cakap macam tu.

"Kau taknak ada baby ke?", Dann ketawa sengaja mahu mengusik aku.

"Ecece ada mesyuarat keluarga", Aus meluncur di sebelahku sambil tersengih penuh makna.

Ish, aku bukan taknak. Tapi masih awal. Dann dah janji pun hari tu, takkan nak tukar fikiran? Gila, nak aku kena maki dengan Onyang ke kalau tiba-tiba perut jadi besar? Bukan semua orang tahu aku dengan Dann dah kahwin.

"Hahahaha. Tapi en, cuba bayangkan kalau perut Lyaa besar? Jadi mak buyung", Dann sendiri boleh gelak besar bila dengar Am cakap macam tu.

"Uish, mesti jadi mak buyung brutal", Fudhail pula terkekeh-kekeh.

Eei tak guna betul semua orang. Aku hanya buat muka bodoh sambil selamba meluncur diatas papan.

"Kita balik rumah lama kau nak tak?", Cadang Dann sebaik saja menghidupkan enjin kereta.

Aku yang sedang meletakkan deck tempat duduk belakang, kehairanan. Lama dah pergi sana sejak kena pindah dekat rumah Dann. Tapi kenapa dia tiba-tiba nak ke sana? Bukan selesa pun rumah tu. Mesti habuk banyak. Nak kena kemas lagi.

"Kenapa kau nak lepak sana pula ni?", Aku menjeling sekilas angka jam di dashboard kereta.

"Saja nak berdua je dengan kau".

Aku menelan air liur. Cuak tiba-tiba. Berdua je dengan aku?

------

Vote & comment ^^

Gadis Skate Where stories live. Discover now