26 : Syarat Kahwin

5.7K 317 13
                                    

Aku tak tahu apa hal dengan makhluk tiga orang kat depan ni. Masing-masing macam saja kunci mulut sepanjang perjalanan ni.

Disebabkan rasa menyampah aku membuat keputusan untuk membatukan diri sambil layan mp3.

Evanescence - Bring me to life

Baru saja nak layan perasaan tiba-tiba sebelah earphone ku di tarik. Dann rupanya. Earphone yang dia tarik tadi disumbatkan di sebelah telinga.

Aus yang mengintai dari cermin pandang belakang sengaja buat-buat terbatuk, "Uhukhukhuk hwerk".

"Cibs", Aku menjulingkan mataku keatas.

"Since when kau jadi metalhead? Siap ada lagu Marjinal, Nirvana semua ni? Bukan dulu kau tak suka ke, lagu setan katanya", Tanya Dann dan tanpa aku sedari tadi dia asyik membelek senarai lagu dimp3 aku.

Siapa lagi kalau bukan dia yang ajar. Hehe.

"Kacau hidup kau tak?", Aku menyindir. Eh suka hati aku lah nak jadi metalhead ke pophead ke apa.

Dann menyekeh kepala aku, "Aku tanya je kan?"

Aku mencubit lengan Dann, "Kau tak ada kepala ke nak ketuk-ketuk kepala orang?"

Dann memusingkam tubuhnya mengadapku, "Tahu tak beza sekeh dengan ketuk? Ni baru ketuk!", Serentak dengan itu dia mengetuk kepalaku dengan buku limanya.

"Sakit ba_", Aku menggosok tempat yang diketuk Dann tadi.

Dia ketawa sambil membuat muka, "Mana babi?"

Cibs. Malas nak layan. Tapi aku rasa suka juga. Dah lama tak gaduh-gaduh manja macam ni. Ini baru Dann aku.

Aku memusingkan badanku dan memandang ke luar tingkap. Nak buat-buat marah dengan Dann. Saja pancing.

Dann mencuit bahuku, "Oi."

Aku menutup mukaku dengan sweater, "Pahal?"

"Marah eh?"

"Haa yang kat belakang tu jangan buat drama. Aku nak muntah", Usik Fudhail tanpa menoleh ke belakang. Ni mesti usha-usha dari cermin ni.

Tanpa sepatah kata Dann memeluk bahuku dan merapatkan jarak, "Kau ingat aku nak pujuk kau? Gedik nak merajuk."

"Eleh, kau rindu aku en sebenarnya? Kan kan?", Aku membuat gaya gedik.

Pandangan Dann berubah. Aip asal ni?

"Rindu sangat", Ucapnya serius.

Aku yang tersengih mahu mengusik terus terkaku, "Err."

"Rindu acik kau lah. Tak ada makna", Tawa Dann meletus.

Ala siel. Ego betul jadi orang. Tapi dalam hati aku tetap tersenyum keriangan. Macam aku tak tahu Dann biasa mengadu dekat Am yang dia rindukan aku. Kehkeh.

------

"Ehem".

Samar-samar aku dengar orang berdehem. Bahu aku pula rasa berat semacam. Tangan pun macam kebas.

Gadis Skate Where stories live. Discover now