8 : Skate Comp

6.1K 368 9
                                    

Aku meluncur di atas papan selaju di sekitar taman yang gelap tanpa cahaya lampu. Hanya lampu kecil yang menerangi lorong-lorong sekitar taman bunga ni. Tak terang mana pun sebenarnya. Buat syarat je asal ada lampu walaupun tak sampai 10volt dan cahaya macam sebatang lilin je. Kedekut betul lah.

Sejak dari dia kata dia akan 'join comp' tu, dia terus menghilang. Aku nampak dia masuk kawasan taman ni. Tapi pusing-pusing tak jumpa.

"Dann?", Aku memanggilnya. Dari kesamaran cahaya lampu taman aku dapat melihat susuk tubuh seseorang yang duduk disebuah bangku seorang diri dengan papan selaju disebelahnya.

Ketika aku menghampirinya secara perlahan-lahan. Aku seperti terdengar esakan. Dia menangis ke?

"Kau okey?"

Badannya kaku. Seolah terkejut. Seketika kemudian baru dia menoleh memandang aku, "Pahal?"

"Kau nangis eh? Eei".

Dann menjelingku, "Sakai ke?"

Aku tertawa kecil, "Hee macam aku tak tahu."

"Diorang mesti ada cerita pasal Nur, kan?", Duganya. Jelas riak marah bercampur baur diwajahnya seperti mahu dibaham semua kawannya.

Aku tak tahu kenapa aku rasa perit bila tengok Dann macam ni. Sayangnya dia dekat Nur. Cemburu, hm.

"Kau rindu dia?", 'Dia' yang aku maksudkan adalah Nur.

Dann tidak memberikan apa-apa respon. Okey, mungkin dia taknak bercerita apa-apa pada aku.

"Lek ah, Dann. Kitaorangkan ada. Kau mesti menang comp tu punya", Aku menepuk-nepuk bahunya perlahan. Menyalurkan sedikit semangat untuk Dann.

Tiba-tiba Dann meraih tangan aku, "Kau tak boleh ikut, Lyaa. Kau duduk je rumah. Jangan datang sini. Jangan ikut aku. Tunggu sampai aku balik. I'll call you".

Aku menarik semula tangan aku, "Mana boleh. Aku nak ikut. Kau kata nak bawa aku tengok comp?", Sedikit sebanyak aku terasa seperti anak kecil. Eh, ini Lyaa lah.

"Not this time", Tegasnya. Dann merenung anak mataku. Pandangan penuh dengan maksud yang sukar ditafsirkan. Aku sendiri tak tahu.

"Aku bukan Nur!", Aku tengah memberontak secara perlahan-lahan sekarang. Kalau setakat dia pandang aku macam Nur, pergilah mampus. Aku Lyaa. Bukan Nur. Dan takkan sesekali jadi Nur. Tak boleh ke layan aku macam aku ni, aku?

"Aku tak pernah anggap kau Nur. Aku dah lepaskan dia. Aku cuma nak hargai apa yang ada dekat depan aku sekarang ni", Dia melarikan pandangan ke arah lain.

Dup-dap-dup-dap. Aish Dann ni malu-malu pun kacak.

"Please Lyaa. Kali ni je", Pintanya.

Di hadapannya, aku akur. Aku anggukkan saja kepala. Padahal dalam hati, aku dah rancang sesuatu. Huhuhu.

Ini Aleah Hana lah. Kalau nak, mesti dapat.

------

Terjingkit-jingkit aku memasuki kawasan Skatepark tersebut. Semua orang sedang berkumpul di suatu tempat. Aku tak pasti apa namanya. Tapi aku dapat lihat seorang lelaki sedang bercakap-cakap di mikrofon dan para penonton bersorak.

Aku duduk di bangku kosong di bahagian atas supaya senang untuk aku memerhatikan Dann.

"Sorang?", Sapa seseorang. Aku toleh saja sudah ada susuk tubuh seseorang duduk disebelah aku.

"Er.. ya?", 'Ya' tu bukan bermaksud aku iyakan soalan dia tapi lebih kepada 'kau nak apa?'.

"Boleh duduk?", Pintanya.

Gadis Skate Where stories live. Discover now