BAB 1 PART2

16.7K 319 1
                                    

Enam bulan yang lalu...

"SAYANG... saya dah nak pergi kerja dah ni," panggil satu suara. Sambil itu, tangannya membetul-betulkan jambul yang tegak terpacak di rambutnya. Sungguh bermakna jambul tersebut bagi dirinya. Hafidz Zayyan merenung dirinya di dalam cermin. Sesekali dia berpusing-pusing di hadapan cermin. Sepertinya dia telah berpuas hati dengan penampilannya itu.

"Awak dah nak pergi kerja ke?," soal Amni Jasmina seraya menjulurkan kepalanya di sebalik pintu bilik tidur mereka. Hafidz memandang kepala isterinya yang masih terjulur itu dengan senyuman yang melebar.

"Ye, awak pergi mana sayang?,"

Dengan lantas Amni menunjukkan senduk yang dipegangnya. "Masak... buatkan breakfast untuk awaklah Encik Husband," jawab Amni lalu merapatkan dirinya ke arah suaminya

"Hish!," satu ketukan lembut hinggap di dahi Amni.

"Apa ni?," soal Amni terkejut sambil memegang dahinya.

"Saya ingatkan awak bertukang lagi dekat depan lappy awak tu. Jangan duduk lama-lama sangat depan lappy awak tu. Sesekali tengok dunia luar," dengan perlahan kedua-dua tangan Hafidz merangkul pinggang isterinya. Sedetik kemudian, dia merapatkan tubuh kecil Amni ke arah tubuhnya yang sasa.

"Saya tahu. Saya nak habiskan manuskrip ni secepat mungkin. Lepas siap semua ni, barulah lega sikit hati saya," jawab Amni seraya bebola mata hitam pekatnya memandang wajah Hafidz.

"Hmm... ikut awaklah sayang. Yang penting jaga makan tu. Kadang-kadang bila dah bertukang depan lappy tu, sampai lupa nak makan. Betul tak?," tangan lebar Hafidz mengusap-usap dahi Amni. Kelihatan Amni tersengih menampakkan barisan giginya yang teratur itu.

"Okey Encik Husband! Saya menurut perintah!," dengan lantas Amni memberi tabik kepada suaminya itu.

"Eii, mengada!," jawab Hafidz seraya menarik hidung kecil Amni.

"Ni awak, dah tua bangka macam ni pun tak reti pakai tie lagi. Apa senget-benget tie ni. Pegang senduk ni," omel Amni lalu memberi senduk yang ada di tangannya kepada Hafidz. Kemudian, tangannya pula beralih membetulkan tali leher suaminya itu. Terjengket-jengket kakinya cuba membetulkan tali leher suaminya itu. Almaklumlah, tahap ketinggian setaraf dengan budak sekolah rendah. Kepalanya sahaja baru mencecah bahu Hafidz.

Tersenyum Hafidz tatkala melihat usaha gigih isterinya itu. Rasa geli hati pula melihat isterinya terjengket-jengket membetulkan tali lehernya itu. Dengan lantas dia memegang pinggang isterinya lalu mengangkat Amni naik ke atas katil.

"Eh, Eh!," bulat mata Amni apabila Hafidz mendukung dan menaikkannya di atas katil.

"Sekarang baru boleh," ujar Hafidz sambil tersenyum manis. Amni membalas senyuman Hafidz lalu tangannya membetulkan semula tali leher suaminya itu.

"Sayang," panggil Hafidz lembut.

"Hmm?,"

"Awak masih lagi bela dandelion tu lagi ke?," Amni mengangguk sambil matanya masih lagi melekat di tali leher Hafidz. Seraya itu, tangannya pula tangkas membetul-betulkan tali leher suaminya itu. Sejujurnya, Hafidz seorang yang tidak tahu memakai tali leher. Selama ini Amni Jasminalah yang menolongnya memakai tali leher tersebut.

"Sayang... nanti lama-lama bunga dandelion tu terbang juga tinggalkan awak kan. Lebih baik awak bela bunga mawar, matahari ke, bunga tahi ayam ke. Sekurang-kurangnya dia takkan terbang tinggalkan awak,"

Cinta Seorang IsteriWhere stories live. Discover now