"Han Areum.." namaku dipanggil seseorang menyebabkan langkahku terhenti..

Aku menoleh ke belakang dan ternampak seorang lelaki sedang melangkah ke arahku..

"Nampak macam berat.. Biar aku tolong kau.." kata lelaki itu..

Aku meneliti mukanya dan mindaku pun memberitahu otakku bahawa lelaki ini adalah Jungkook.. Kenapa la otak aku macam lembab pula hari ni..

"Aku tak perlu pertolongan daripada orang yang aku tak kenal.. Mianei.." balasku dan meneruskan perjalananku..

Dari jauh aku nampak Suga sedang berjalan ke arahku.. Aku menghembuskan nafas lega kerana penyelamatku sudah datang menolongku..

"Mianei lambat Areum.. Ramai sangat orang yang beratur tadi.." ujar Suga sambil mengibas-gibas tiket wayang itu..

"Never mind.. Oppa tolong bawa beg ni boleh..??" tanyaku sambil membuat aegyo..

"Alolo comelnya.. Meh sini oppa bawakan.." jawab Suga lalu mengambil beg kertas dari tanganku..

"Jungkook..!!" tiba-tiba nama Jungkook diseru seseorang.. Kelihatan Krystal sedang berlari anak menuju ke arah Jungkook..

"Hey my chingu.. What are you doing here..??" sapa Suga sambil berjabat tangan dengan Jungkook..

"Kami tengah date.." Krystal menjawab pertanyaan Suga.. Orang lain yang ditanya, orang lain yang jawabkan..

"Oppa.. Diorang ni siapa..?? Oppa kenal ke..??" tanyaku.. Suga memandangku pelik..

"Takkan Areum tak ken-" kata-kata Suga tersekat di situ apabila aku membuat isyarat mata aku-cuma-nak-berpura-pura-tak-kenal-diorang..

"Ni Jungkook dan ni Krystal.. Diorang ni couple.. Sorry korang.. Areum ni ada penyakit amnesia.. So, korang jangan kecil hati pula kalau dia tak kenal korang.." terang Suga..

"Mianei kalau aku tak kenal korang.. BTW, korang nampak sweet la.. Aku suka.." ujarku sambil tersenyum plastik..

"Oh really.. Aku pun fikir macam tu juga.. Kami memang serasi bila bersama.." kata Krystal sambil memeluk lengan Jungkook.. Jungkook hanya mendengar perbualan kami bertiga sambil melirik matanya ke arah mall itu..

"Okay la korang.. Movie kami lagi 5 minit nak mula.. So, we got to go.." ujar Suga.. Kami meminta diri lalu bergegas ke arah panggung wayang..

"Oppa pilih movie apa ni..??" tanyaku sambil mengunyah caramel popcorn yang dibeli tadi..

"Horror.." jawab Suga bersahaja..

"WHAT..??!!" ujarku sedikit terkejut..

"Why..??" tanya Suga, kehairanan..

"Emm.. Nothing.."

"Areum tak suka movie horror ke..??"

"Tak.. But is okay.. Areum akan cuba tengok juga movie ni.." kataku..

Filem seram bukanlah filem yang aku benci.. Tapi aku cuma tak suka je.. Nampak macam betul je hantu yang berlakon tu.. Tapi tak pernah lagi la aku jumpa hantu macam tu.. Anyway, aku still tak minat filem seram..

Wayang pun dimulakan.. Pada permulaan cerita, tak la seseram mana.. Tapi makin lama, makin seram menyebabkan aku memakan popcornku dengan gelojoh bagi menghilangkan perasaan takut.. Popcornku sudah hampir habis kumakan.. Padahal baru 20 minit horror movie ni ditayangkan..

Aku kemudiannya mencapai nachos dan memakannya sambil mataku memandang skrin.. Babak pada waktu siang.. Mana ada hantu siang-siang, kan..?? Tiba-tiba....

"BARGHHH!!"

Hantu pun memunculkan diri menyebabkan aku tersedak.. Pantas tanganku mencapai minumanku.. Serius ada hantu siang-siang macam ni..?? Macam pelik je..

Aku memandang Suga yang berada disebelahku.. Tak bergerak pakcik gula ni tengok wayang.. Popcorn ditangannya pun seolah-olah tak disentuh.. Khusyuk benar pakcik gula menghayati filem ni..

Aku melihat pula orang disebelahku.. Ehhh.. Ada Krystal dengan Jungkook berada sebaris denganku.. Aku fak perasan pun..

Lagi berjam-jam filem ni nak habis.. Namun, mataku makin lama makin kuyu.. Aku mengagahkan diri menonton filem ni sehinggalah Suga menegurku..

"Better Areum tidur la.. Areum pun dah macam hantu dah oppa tengok.." tersengih-sengih Suga melihat reaksiku..

Aku menganggukkan kepalaku dan mula memejamkan mataku..

+

Sorry for the late update.. Author-nim akan buat double update untuk korang.. So, enjoy this chapter..
☆⇨★

©_bangtankookie_

[✔] HiPsTeR LoVe | 최신 유행 아이콘의 사랑 | J.J.K Onde as histórias ganham vida. Descobre agora