Ring.. ring..

Hani terasa getaran talifon nya di poket seluar. Lalu di seluk kedalam seluar melihat siapa si pemanggil.

Azhar ☎

tangan Hani terketar-ketar hendak menjawab panggilan itu. Berbagai persoalan yang timbul. Kenapa dia tiba-tiba call? Apa dia nak? Dia tahu ke tentang aku dengan Izz?

"Siapa tu?" Soal Izz apabila melihat Hani yang tadi jalan laju tiba-tiba berhenti dengan mata tak lekang memandang skrin talifonnya.

Hani mendongak memandang Izz yang tinggi. Izz yang tinggi atau dia yang pendek? Ermm.
"Saya tak tahu nak anggakt ke tak." Terang Hani sambil menayangkan skrin talifon di hadapan wajah Izz.

"Angkat je lah." Kata Izz selamba. Nak jaga ego. Kalau ikutkan kata hati memang dia tak bagi Hani menjawab panggilan Azhar.

"Tapi jangan bagi tahu dia tentang hubungan kita. Kau cakap kau ikut aku pergi bercuti." Tambah Izz.

Hani mengangguk lalu menyapu skrin hijau untuk menerima panggilan.

"Hani awak okay?" Soal Azhar setelah panggilan di jawab.

"Saya okay. Kenapa awak tanya macam tu?"

"Sebab saya risau lh awak dengan Izz tu. Dia kan selalu buli awak. Awak okay ke dengan dia? Dia ada buat tak baik dengan awak tak?"

"Astaghfirullah al-azim.. apa awak cakap ni. Tak kan dia nak buat tak baik dengan saya. Saya okay lh. Awak jangan lah risau sangat."

"Sebab saya sayang awak lah saya risau."

Hani terdiam. Sayang? Hani menarik nafas dalam kemudian berfikir positif. Mungkin sayang sebagai kawan?

"Hello? Hani? Awak okay ke? Kenapa diam."

"Amm nanti je lh kita borak ye. Saya ada kerja nak buat ni. Asalammualaikum." Hani mematikan panggilan.

Dia kemudian memandang Izz di sebelah. Dia dengar ke? Terdetik hati Hani.

"Apa dia nak?" Soal Izz melega kan Hani. Kalau dia dah soal macam tu memang dia tak dengar lh.

"Dia risau saya dengan awak." Balas Hani terus berjalan.

Izz turut mengiringi Hani. "Risau kenapa pulak? Kau ngadu dengan dia ke pasal aku?" Soal Izz membulatkan mata.

"Mana ada. Saya tak pernah pon mengadu. Saya cuma cerita je."

"Eh kau ingat kelakar ke? Kau cerita apa?" Marah Izz cuba mengawal nadar suaranya.

"Saya cerita yang awak adalah boss paling kejam di dunia!" Jawab Hani jujur. Amik kau, padan muka.

"Aku kejam ke?"

"Lah awak tanya lagi? Awak memang kejam tau! Awak tengok lah saya ni? Kerja pon kena paksa." Hani menjeling.

Izz mengetap bibirnya. Terasa geram pula dengan kata selamba gedis itu. Ikut kan hati mahu saja di cekik. "Eh sedar lah. Kau kerja dengan aku sebab kau langgar kereta aku. Lepas tu tak ada duit nak bayar. Dengan tak berkerjanya. Nasib baik aku kutip."

"Apa? Kutip? Owh awak nak cakap saya ni pekerja kutip lah? Murah sangat ke harga pekerja kutip? Saya pesan awal² lh ye, jangan sampai awak jatuh cinta pula dengan pekerja kutip ni." Hani mengangkat keningnya beberapa kali. Lalu berjalan pantas bersebelah dengan Alia meninggalkan Izz yang terdiam.
j

auh di sudut Hati memang dia puas dengan kata²nya.

Aku jatuh cinta dengan maid aku sendiri? Tak, mana boleh! Aku boss. Tapi dia isteri aku. Ahh sementara je. Lepas habis hutang dia dengan aku sebagai maid, aku lepas kan dia. Senang.kata Izz bermain di fikiran.

∽♬∽

Maaf ye pembaca semua. Saya lambat post. Sebab hari tu saya demam terok gak sampai seminggu. Pastu minggu lepas busy dengan projek bangunan. La ni paru free sikit.

Don't forget to vote and comment if want to give an idea about this story.

MaidUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum