31: Hantu Durian

65K 830 44
                                    


"Tak ada nyamuklah hari ni." ujar Tengku Harraz. Matanya meliar-liar melihat kawasan tersebut. Nasib baik kaki dia dah tak sakit. Dapatlah dia menemani Mimi Adelia pergi ke kebun hari ini.

"Memanglah tak ada. Mimi dah pasang ubat nyamuklah, abang. " Aku menunjukan perkakas ubat nyamuk tersebut.

"Patutlahh... biasanya kalau abang datang, tak adalah nak duduk lama lama. Kalau tak, tak tahulah berapa pack darah abang nyamuk tu curi. " aku menjeling sekilas. Tak kanlah sampai berpack-pack nyamuk gigit. Overnya hiperbola suami aku ni.

"Abang... Tengok tu, nenek bawa banyak durianlah. Wahhh bestnya. Mimi nak makan sampai habis durian tu semua." Aku sudah melompat lompat keriangan.

"Janganlah, sayang. Mimi mana boleh makan banyak. Nanti deman. Makan sikit saja. " Tengku Harraz sudah memberi peringatan.

"Laaa... Mimi naklah, abang. Bukan selalu dapat makan. Nanti dekat KL susah nak jumpa. " Aku dah mencebik.

"Still tak boleh! " Tak ada belas kasihan. Tak ada talian hayat. Muktamad!

"Nenek, Abang Raz tak kasi Mimi makan durian banyak-banyak. "Muka dicebikkan. Mengadu dengan Nek Limah., manalah tahu Nek Limah kasi nanti.

"Memang tak boleh, Mimi. Kamu nanti deman kalau makan durian banyak-banyak. Makan sikit aje. Yang lain simpan bawa balik esok. " Empat biji durian dikeluarkan. Yang lain dibiarkan di dalam bakul.

"Nenek, empat biji aje mana cukup. " terkebil-kebil aku memandang empat biji durian yang diberi Nek Limah. Dahlah sikit. Kecik pulak tu.

"Dahlah tu, sayang. Kita makan empat biji ni aje. Ni pun dah banyak. " Tengku Harraz memujuk isteri, lembut.

"Empat biji ni kita tiga orang nak makan? Takkanlah " aku buat muka cuak

"Yalah. Banyak, kan? " membutang mataku mendengar jawapan Tengku Harraz. Banyak dia cakap. Hey! Aku makan sorang pun belum tentu cukup.

"Nek, tambahlah lagi. Kempunan ni. Lama tak makan." Rayuku sambil mencomelkan muka. Harap-harap nenek termakan.

"Tak boleh! " tegas Nek Limah

"Yalah." Aku mula merajuk. Tengku Harraz mengeleng kecil melihat gelagat isterinya. Hantu Durian betul!

"Nah, sayang minum air dalam kulit durian ni. Nanti panas badan." Aku masih lagi dalam keadaan merajuk. Tengku Harraz biarkan aje. Tak lama rajuk Mimi Adelia tu, biarkan ajelah.

Tengku Harraz dah memegang bakul durian. Aku pula membawa bakul berisi sayuran. Ubat nyamuk dah dipadamkan. Kami melangkah pergi. Sepanjang perjalanan balik, mataku tidak lepas daripada bakul yang dipegang Tengku Harraz. 'Durian... Duriann... sedapnya! ' air liur berkali-kali ditelan. Tak puas makan tadi!









Aku melangkah dengan perlahan. Aku tak dapat tidur dengan lena. Asyik teringat durian saja. Disebabkan tak tahan, aku terus melangkah ke dapur. Tak kira walaupun jam menunjukkan pukul dua pagi. Setelah memastikan Tengku Harraz betul-betul terlena, aku terus menjalankan misi. Nek Limah mestilah lagi awal. Biasanya pukul sembilan dah lelep mata.

Lampu dapur dibuka. Nasib baik kedudukan dapur agak tersorot. Kalau lampu terbuka pun memang Tengku Harraz atau Nek Limah tak perasan. Bakul yang penuh dengan durian dilihat. 'Banyaknya! Best... Tak sabar nak makan!

Selepas hampir satu jam aku menikmati buah durian, aku tersandar kekenyangan di dinding dapur. Puasnya dapat makan semua durian ini. Bakuk durian dipandang. 'Huh? Kosong! Dah habis! Macam mana ni? Esok mesti aku kena marah'

Lampu dapur dipadam. Langkah disusun menuju ke bilik. Dibaringkan badan ke atas tilam sebelah Tengku Harraz yang masih nyeyak dibuai mimpi. Panasnya malam ni. Basah dah baju aku dengan peluh. Kipas dikuatkan, nak kurangkan panas.

Please.Touch Me!Where stories live. Discover now