1

19.1K 459 1
                                    

"Kalau nak tahu, bos akak garang macam singa!" Kata Putri Rania kepada adik sepupunya, Husna Delisha.

"Ala, Kak. Semua benda dalam dunia ni dapat dijinakkan. Singa dapat dijinakkan! Apa ada hal, setakat Bos akak tu.." Husna Delisha berkata, sentiasa bersifat optimistic dalam hidup.

"Sha belum kerja dengan dia.. Kalau dah start nanti baru Sha tahu!" Rania mencuit lengan Husna Delisha.

"Eh, main cuit pulak. Back to our main point, Kak Nia nak Sha tolong ganti tempat akak ke tak ni?" Husna Delisha memberikan senyuman manisnya. Menunjukkan lesung pipit pada bahagian pipinya.

"Sha serious ke? Akak okay je.... Boss requested gitu since I'm his PA." Rania membuat face expression tidak berpuas hati yang mencuit hati Husna Delisha.

"Ya.. Putri Nurul Rania Uzair. Husna Delisha Othman ikhlas dan sudi membantu."
Rania menarik Husna ke dalam pelukannya. Di peluk badan itu sekuat-kuatnya. "You're the best cousin ever!" Jeritnya.

"Kak... Nak bunuh Sha ke? Haaa, dah tolong baru nak 'best cousin' kan..." Husna menyakat Rania. Rania memukul bahu Husna dengan kuat.
"Mengada eh.. Sambil tu Sha gain experience. Maklumlah, kerja menanam anggur je." Giliran Rania memulangkan paku keras.

"Tanam anggur pun cara nak cari rezeki." Kata Husna, menjelirkan lidahnya kepada Rania.

Cepat- cepat Husna berlari meninggalkan Rania yang mahu mengejarnya.

--

Kertas-kertas itu ditikamnya kasar.
Wajah kacaknya merah, marah.
"Apa Ni???! This paperwork is a total bullshit! Tak ada quality in work and what do you expect???!!!" Lantang suaranya membuatkan pekerjanya menikus.
"Encik Laith...saya.." Tajam mata Laith Zafri memandang pekerjanya itu.
"No excuses. By 6pm I want everything to be done. Complete. Neat. Informative. Detail. Perfect! Keluar." Katanya lalu melonggarkan tali leher.

Sakit hatinya dengan sikap sesetengah pekerja yang menganggap benda mudah. Sambil lewa.

"Rania. My office.. Now!" Kasar intonasinya membuatkan Rania mengeluh.

Tatiana mengelap air matanya sebaik sahaja keluar daripada pejabat Laith Zafri.

Rania, memberi tisu kepadanya.
"Sabar jelah Ti. Macamlah kau tak tahu baran 'singa jantan' tu. Kau ikut jelah..he's the boss kan..." Rania menggosok bahunya.

"Boleh gila aku camni Nia.. Dahlah, aku nak buat kerja."
Tatiana berlalu pergi dan Rania memasuki pejabat Laith Zafri.

"Yes, Encik Laith?" Rania bernada tenang. Tahu sangat Laith Zafri sedang marah dengan wajahnya masam kelat.

"Berapa lama you pergi nanti? Siapa ganti?" Soalnya bersuara lemah, macam terpaksa menyoal.

"Tak lama, about 2 weeks je. My cousin!" Jawab Rania tersengih.
"Your cousin? What's her profession? Pandai ke nak buat kerja seorang personal assistant?" Soal Laith, seolah-olah memperlekehkan seseorang yang belum dikenalinya.
Rania membuat muka meluat. Ya ajelah!
"Pandai... Maybe! Dia major in Business.. Fresh graduate from oversea." Rania menceritakan sedikit kisah Husna Delisha kepada Laith Zafri.

"Oh..ok. I'll tanya dia and oh ada meeting tak after 3pm nanti?" Soalnya membuat muka bosan.
"Tak.. Tapi, Puan Sri ada call. Dia nak jumpa dekat rumah for dinner katanya. Dia call encik tapi tak dapat." Rania tersenyum Manis.

"Haih... Tak habis habis lagi? Okay then. Nak balik." Katanya dan terus beredar keluar meninggalkan Rania terpinga-pinga.

"Macam tu je? Dia blah gitu je?? Tahulah boss. Laith, good luck nanti without me." Rania tersenyum mengejek. Tidak dapat dibayangkan macam mana Husna akan bertindak.

Untuk 14 Hari...Where stories live. Discover now