It isn't impossible

11.2K 343 5
                                    

Arania's P.O.V

Hari Kedua lepas aku jumpa mamat pelik nama Hairie ni. Baru sikit apa yang jadi kat aku dengan dia, tapi aku dah rasa macam macam. Tak mungkin la mamat hot macam tu suka kat aku kan? tapi tak mustahil. Drama melayu banyak je macam tu- IMPOSSIBLE TO POSSIBLE. tapi ni bukan drama.

"Menung apa tu? " - Tegur Syafiq rakan sebaya ku. Bukan ahli softball tetapi rakan ku dari kelas sebelah yang paling rapat dengan ku. Selepas dia menegurku, aku sedikit terperanjat lalu berkata

"Nothing much. Just fikir about masa depan. hehe"

"Srsly omaigad Nia yang aku kenal mana ada masa depan hahaha" - gurau Syafiq

"Eh jaga sikit eh. Kau tau apa. " - balasku dengan nada meluat tetapi sekadar gurauan

" Wei mamat rambut karat tu kan weih.. Die senior lama kan? Kawan abang aku tu" Terkejut jugak aku waktu Syafiq cakap macam tu

"Apa yang kau tau pasal die?"- aku tanya. memang aku nak tau sangat pasal mamat tuh.

"Nothing much. Dulu rambut die hitam. Muke macam tu gak macam pompuan. tu je aku tau sebab aku nampak kat gambar yang alah.. sesi bergambar kelas tuh"

" ouh.. tapi aku mmg x setuju au sbb muka cam tu la hensem. Ke kau yang dengki"- Tanpa sengaja aku berkata begitu.

"K fine crush baru kau. " - kata Syafiq sambil tersenyum sinis. Aku cuma tersenyum dengan tanggapan Syafiq. mungkin betul, walaupun die pelik, kaler rambut, aku memang dah ada hati kat dia.

Pukul 3:20, Padang

Pukulan bola aku dalam 10 minit yang lepas menyebabkan aku hanya mampu berlari ke base yang kedua. Sekarang giliran Syuhada memukul bola. Walaupun dia sebaya denganku, dia masih baru dalam sofbol dan pukulan bolanya agak lemah. Jadi, aku rasa dengan pukulan bolanya, aku hanya mampu berlari ke satu lagi base- base 3.

*pap* benar kataku aku pecut laju tetapi aku hanya mampu berlari ke base 3

Syuhada tersingkir kerana Faiz, penjaga base 1 sempat mentouch dia sebelum sampai .Sekarang giliran Hazirah. Entah aku boleh sampai ke home base atau tidak.

*pap* bola dipukul Hazirah dan aku memecut ke arah home base. Bola yang dipukul pergi ke Faiz, Hazirah tersingkir dan Faiz mebaling bola ke arah Hairie, yang sedang menjadi catcher.

"Slide Nia SLIDE!!!!!" Jerit pasukan perempuan dan aku cuba untuk slide.. malangnya aku tersungkur dan jatuh ke atas badan hairie. Hidung kami bersentuhan dan mata kami saling berpandangan. Dengan segera aku bergolek ke sebelah dan terus bangun menuju ke arah bangku tempat aku meletak airku. Sempat lagi aku dengar coach berkata "Safe!" -tanda aku tidak tersingkir.

Hariz's P.O.V

Haih memang sengaja dah ni! Tak kan lah Nia dah mula ada hati dekat Mamat tu?! Dah la muka macam pompuan, rambut kaler lak tu! Aku tak mampu meneruskan perlawanan. mental. Aku minta izin untuk cikgu benarkan orang lain menggantikan tempat aku.

"Okey. Tapi 10 min lagi kamu masuk balik" Kata cikgu Farihin. Aku mengangguk tanda setuju lalu terus pergi ke arah kantin.

Aku lihat Nia mengikutku dari belakang. Apabila aku sampai ke kantin, aku duduk di tempat duduk yang betul betul terletak di bawah kipas. Ahhhh leganya

"Boleh aku duduk?" soal Nia dengan suaranya yang lembut. "Duduklah" kata ku dengan nada yang biasa walaupun aku agak geram dengannya. Entah, tak tau lah kenapa.

Kami berdua berdiam diri untuk beberapa minit. Kemudian aku memulakan perbualan

"Okey tak peha tu. seems like Hairie baling bola kuat je" Sengaja aku mention nama Hairie.

"Okey je. Tak sakit pon. "

"Nia, kau ada apa apa perasaan ke kat Hairie?"

Arania's P.O.V

"Kau ada apa apa perasaan ke kat Hairie" Lepas dengar soalan tu, aku terkedu.

"Eii memang tak la. Dengan rambut macam tu lagi. Dah la tua. Tak nak aku." Aku terpaksa menipu. I'm sorry Riz.

"Baguslah kalau macam tu. Tak de la aku jeles lagi lepas ni. Kau pun tau kan aku sayang kau. So, jangan la buat aku jeles lagi eh. Kang aku nangis kang. " Kata Hariz sambil membuat muka comelnya.

"Tau la comel. Cube aku buat muke cam tu.. mau kne kejar anjing" aku berpura pura jeles dengan kecomelan yang dimilikinya.

"Tau tak pe. Comel macam mana pon kau, aku lagi comel bluekkk" Aku tergelak kecil melihat gelagatnya. Aku tak perlukan Hairie. sudah cukup Hariz untuk aku

Tanpa disedari ada mata-mata yang memandang mereka berdua dengan perasaan yang bercampur baur.

She's mine. Not yours! She deserve to be mine. Sooner or later. sooner or later.

*****************************************************************************************************

Hye. Enjoy reading those chapters?. Im so sorry for writing too much about softball. Sorry kalau ada typo or kesalahan bahasa or whatever. Hope you guys will read my story till the end. Assalamualaikum.

CulikWhere stories live. Discover now