6 BONGKAR

314 25 1
                                    


Kyungsoo POV

Klakk ! Klakk! Klakk!

Bunyi jam loceng yang berbentuk burung yang berada di sebelah telingaku itu membuatkan aku terjaga dari lena tidur malamku...tidur yang ditemani sebuah mimpi yang aneh. Entah kenapa, aku dapat merasakan yang mimpiku itu seperti benar-benar terjadi di alam maya.

Dengan mata yang terpejam rapat, aku kembali membayangkan semula mimpi itu. Di dalam mimpiku itu, aku dan Jongin saling menyayangi dan kami berpegangan tangan sambil berlari-lari ke arah ibu dan ayah yang sedang tersenyum menunggu kehadiran kami berdua. Tapi...setelah kami berdua hampir menemui ibu dan ayah ,tiba-tiba...Jongin melepaskan tanganku . Kemudian, dia mula menjauhiku. Aku cuba memanggilnya dan menghalangnya dari pergi, tapi dia hanya tersenyum sambil melambaikan tangannya ke arahku. Dan kemudian, seperti buih-buih yang berterbangan,susuk tubuhnya mula menghilang dari pandanganku. Begitu juga ibu dan ayah...kelibat mereka berdua perlahan-lahan mula lenyap di hadapan mataku. Air mataku hampir sahaja menitis kerana ketakutan. Dan aku langsung tidak tahu ,ke manakah mereka pergi tanpa membawaku bersama?

Aku lantas membuka mata apabila tiba-tiba, minda bawah sedarku menyedari yang aku sekarang tidak berada di tempat yang biasa. Ini bukan bilik tidurku dan katil yang aku sedang berbaring sekarang juga bukan katilku, sebaliknya semuanya milik Jongin.

Macam mana aku boleh tertidur di atas katilnya? Seingatku semalam, aku duduk disisinya sambil menatap wajahnya yang pucat-lesi itu dan berdoa agar matanya yang tertutup itu akan segera terbuka untuk melihatku. Kemudian, aku mulai rasa mengantuk dan menguap beberapa kali. Dan selepas itu, aku dah tak ingat apa-apa lagi.

Tapi sekarang...mana Jongin?

Mataku melilau memandang ke sekeliling bilik itu tapi aku tidak dapat melihat figura manusia lain di dalam bilik itu selain aku.

Dan seketika,aku terlihat almari pakaian adikku itu terbuka luas. Aku tidak pernah langsung meihat almari pakaiannya...kerana dia selalu melarangku dari masuk ke dalam biliknya. Katanya,kalau aku berani masuk ke dalam biliknya tanpa pengetahuannya, dia akan membunuh aku. Aku...tak nak dibunuh oleh Jongin...sebab kalau aku mati, aku tak dapat bertemu dengannya lagi.

Tapi entah kenapa,hari ini...kaki ku tanpa disuruh mula melangkah untuk mendekati almari kayu itu. Setelah aku berdiri betul-betul di hadapan almari yang terbuka itu...mataku tertancap pada beberapa keping gambar yang tertampal pada bahagian dalam pintu almari itu. Gambar-gambar itu, semuanya adalah gambar aku bersama ibu dan ayah. Dan gambar yang paling menarik perhatianku adalah gambar yang bersaiz paling kecil antara gambar-gambar itu... gambar aku memeluk Jongin ketika kami masih kecil.

Jongin...dia masih menyimpan gambar lama ini?

Sungguh...aku sebak.

Kemudian, aku mula melihat satu persatu baju yang disangkutnya denganhanger itu. Dan yang membuatkan aku bertambah sedih, tiada satu pun bajunya yang tidak lusuh...tiada satu pun bajunya yang tidak mempunyai kesan koyakan. Sedangkan aku...semua baju-bajuku...semuanya masih elok dan kelihatan seperti baru.

Aku mula menarik sehelai baju yang tersangkut itu...baju yang paling lusuh dan selalu dipakai oleh Jongin. Seketika,aku membawa baju itu mendekati deria pernafasanku dan bauan dari baju itu mula menusuk ke dalam rongga hidungku. Aku dapat menghidu bau badannya. Sungguh harum.

Tanpa sedar,baju itu telah pun berada di dalam pelukanku. "Jongin-ah...Jongin kat ma-ma-mana? Jongin dah si-si-sihat ke?" Aku berdialog seorang diri sambil terduduk di hadapan almari itu. Setitis air mataku mengalir.

Tapi kesedihanku itu hanya bertahan selama beberapa saat dan kian menghilang apabila tiba-tiba,satu semangat berkobar-kobar mula menyelinap ke dalam jiwaku.

MORONWhere stories live. Discover now