5 NYAWA

304 25 0
                                    

Kai POV

Pintu rumah...aku tolak perlahan. Bunyi derapan kakiku kedengaran tatkala aku melangkah masuk ke dalam rumah yang sunyi tanpa sebarang bunyi itu.

Pelik!

Mana Hyung?

Selalunya dia akan menyambutku pulang di muka pintu. Tapi malam ini, batang hidungnya pun tidak kelihatan.

Dia pergi ke mana?

Atau jangan-jangan dia buat perangai lagi tak?

Haish...

Aku mencampakkan beg galasku yang telah lusuh itu ke tepi dinding. Dan seketika, aku seperti terdengar bunyi sesuatu dari arah dapur.

Bunyi apa tu?

Siapa yang ada kat dapur?

Takkanlah Kyungsoo Hyung?

Dia nak buat apa kat dapur ?

Dek kerana rasa ingin tahu yang memuncak, aku pun mula menapak ke dapur dan disaat keadaan dapur yang seperti tongkang pecah itu menjamah pandanganku, mataku terus terbelalak.

Sebaliknya, lelaki yang menjadi punca keadaan dapur ini menjadi huru-hara seperti ini masih boleh tersenyum lebar sambil memegang sebilah pisau di tangannya.

" Yeay! Adik hyung dah ba-ba-balik ! Cepat jongin ba-ba-balik hari ni. Tak se-sempat hyung nak sa-sambut jongin pu-pu-pulang kerja. "

Dia...langsung tak menunjukkan riak bersalah.

"Apa kau buat ni ha, lelaki bodoh!!! " jeritku sekuat hati. Nasib baik rumahku agak terpencil dan tidak berdekatan dengan rumah jiran...kalau tidak,mahu keluar semua jiran-jiranku kerana mendengar pekikanku di malam-malam buta ini.

Hyung... kelihatan sangat terkejut dengan tengkinganku sehinggakan mulutnya ternganga luas dan tangannya yang sedang memegang pisau pemotong daging itu mula menggeletar.

" Mianhae, Jongin-ah. Hyung cu-cuma...cu-cu-cuma..." Seperti biasa, percakapannya yang tergagap-gagap sejak azali itu akan bertambah lambat atau dia akan terlupa apa yang dia ingin katakan apabila dia berasa betul-betul bersalah.

"Cuma apa ??!! Cuma nak susahkan Jongin, macam tu?!" Dadaku berombak. Nafasku turun naik dengan tidak stabil. Bibirku bergerak-gerak menahan kegeraman.

"Tak. Hyung cu-cuma nak ma-ma-masakkan makanan untuk Jongin. Jongin mesti la-la-laparkan?" Dia yang tertunduk tadi, mula memberanikan diri memandang wajahku kembali.

" Apa?! Masakkan untuk aku? Huh! Potong sayur pun guna pemotong daging, ada hati nak masakkan untuk aku. Orang tolol macam kau ni tak layak untuk memasak. Bukan kau tahu makan je ke?! Lepas makan, kau sepahkan satu rumah ! Dengar sini baik-baik, aku nak bagitahu kau satu perkara. Walaupun kau berjaya masak sekalipun, kau ingat ada ke orang yang sudi makan masakan kau? Aku ...langsung tak teringin nak makan masakan kotor kau kau! Entah-entah, semua bahan yang kau bubuh dalam masakan kau tu,semuanya berpasir." Aku mencampakkan semua sayur-sayuran yang dipotong sampai hancur oleh Kyungsoo itu ke dalam tong sampah.

Hyung hanya melihat sayu sayuran-sayuran yang telah pun berada di dalam tong sampah yang hampir penuh itu. " Masakan hyung tak ko-ko-kotor. Hyung ba-ba-basuh dulu..."

Aku dah malas nak dengar kata-kata hyung lagi. Oleh itu,aku memintas kata-katanya yang belum sempat dia habiskan. "Pada aku, semua yang berkaitan dengan kau...apa yang kau buat....semuanya jijik di mata aku ! "

Aku terus merampas pisau di tangannya dan melemparkan pisau itu tepat mengenai meja makan kayu yang berada di tengah-tengah dapur yang agak kecil itu. Pisau itu kini tercacak pada meja itu.

MORONWhere stories live. Discover now