2 BOHONG

392 32 2
                                    


 

Kringgg!!!!!!

Loceng kedengaran...memenuhi setiap pelosok kawasan sekolah yang super luas itu. Bunyinya yang nyaring pasti akan membingitkan telinga-telinga yang mendengarnya, tapi tidak bagi aku. Itulah bunyi yang aku tunggu dari tadi dan aku sangat gembira di saat mendengarnya kerana dengan berbunyinya loceng keramat itu, maka berakhirlah waktu persekolahan pada hari ini. 

Tanpa melengahkan masa, aku berlari selaju yang boleh  menuju ke pagar sekolah Seowon High School yang bersaiz gergasi itu. Aku mengerling sekilas jam tangan lusuh berwarna hitam yang mengelilingi pergelangan tangan kiriku. Nasib baiklah aku belum terlambat untuk pergi kerja…kalau tidak, lunyai aku dimarahi oleh boss yang bajethandsome tu.

Tapi…baru sahaja aku ingin melangkah keluar dari pintu pagar itu, aku tiba-tiba terdengar suara seseorang sedang menjerit memanggil namaku.  “Jongin-ah...Kim Jong in!”

Larianku serta merta terhenti.

Aku menoleh.

Dan disaat itu juga,wajah bujur sirih milik si gadis yang memanggilku tadi mula menghiasi pandangan mataku. Wajahnya bak kelopak bunga sakura yang berwarna merah jambu yang sedang mengembang di hadapan mata. Sungguh indah dan cantik senyuman yang diukirkannya buatku.

“Krystal.” gumamku tatkala mata kami berdua bertemu.

 Gadis itu mula berlari-lari anak sambil terlompat-lompat kecil untuk mendekatiku. Rambutnya yang dibiarkan tidak berikat itu berterbangan ditiup angin. Melihatnya berlari seperti itu membuatkan aku ingin tertawa .

Comel sungguh!

“Yaa! Kau nak pergi mana tergesa-gesa ni? “ Dia bertanya kepada aku dengan kening yang terangkat sebaik sahaja tubuhnya tegak berdiri di hadapan tubuhku.

“Errr...aku...aku...aku nak cepat balik rumah sebab…sebab takut abang aku dah lapar.” jawabku dengan penuh kebohongan.

Iya,aku tidak pernah memberitahu  gadis ini mahupun teman-teman aku yang lain tentang pekerjaan part time yang sedang aku lakukan. Aku khuatir, mereka semua akan melaporkannya kepada pihak sekolah jika aku memberitahu perkara itu kepada mereka. Dan kalau itu terjadi, aku mungkin akan digantung atau dibuang sekolah kerana kesalahan menipu pihak sekolah dan melanggar peraturan sekolah yang ke-10 itu.

 Rules

10: Semua pelajar Seowon High School dilarang bekerja.

Gadis itu mengangguk perlahan tanda menerima jawapanku sebelum mukanya tiba-tiba bertukar ceria. Sepertinya…sebuah idea yang tidak disangka-sangka timbul di lautan fikirannya.

“Ohh,kalau macam tu...aku ikut kau balik rumahlah,boleh? Please...” rayunya dengan bibir yang sedikit dimuncungkan ke hadapan dan matanya yang terkelip-kelip. Lenganku pula telah pun disilangkan dengan lengan miliknya.

Aku yang selalunya akan cair dengan telatahnya yang sangat comel ketika memujuk dan merayu, sebaliknya  hari ini, aku hanya menunjukkan expresi terkejut tatkala mendengar permintaannya yang tidak mungkin dapat aku penuhi itu.

MORONWhere stories live. Discover now