1 HALAU

809 39 0
                                    

Autumn ; September 2005

Praaaaaaanggggg !!!!

Kaca bertaburan di lantai.

Sebuah frame gambar bersaiz sederhana yang pada asalnya terletak pegun di atas para di ruang tamu sebuah rumah, kini telah terjatuh berderai di atas lantai bermozaic putih itu. Gambar sepasang pasangan suami isteri yang sedang tersenyum bersama dua orang anak lelaki mereka yang masih kecil.

Seorang lelaki yang bertubuh kecil dan rendah sedang berdiri kaku sambil memandang ke arah frame gambar yang pecah itu.

Matanya mulai kemerah-merahan... menimbulkan urat-urat halus di mata putihnya . Bibir tebalnya bergerak-gerak seperti ingin berkata sesuatu tetapi tidak dapat diluahkan kerana segala-galanya terlekat di kerongkongnya. Tubuhnya pula menggigil-gigil sambil memeluk erat sebuah patung pororo yang diperbuat daripada plastik itu.

"Apa bising-bising tu?" jerit seorang lelaki lain yang sedang melangkah masuk ke dalam rumah itu dengan kelam kabut. Dan tatkala...kedua-dua belah matanya yang jernih itu terarah pada lantai yang dipenuhi kaca itu, riak wajahnya terus menjadi keruh sebelum ianya bertukar menjadi bengis. Kelihatannya...api kemarahan mula menyala di dalam diri lelaki tinggi lampai itu. Kini,matanya mencerlung tajam ke arah lelaki bertubuh kecil yang sedang berdiri kaku itu.

" Kyungsoo! Kau ni memang tak guna!" tengking Kai dan terus mengheret dengan rakus lelaki bertubuh kecil bernama Kyungsoo itu ke luar rumah . Sesampainya di luar rumah,tanpa sedikit pun riak muka bersalah, dia terus menolak tubuh Kyungsoo sehingga muka lelaki itu tersembam ke atas tanah merah yang kering itu.

"Kau ni, kalau sehari tak menyusahkan hidup aku...tak boleh ke?! Kalaulah aku tak berjanji dengan arwah ibu dan ayah untuk jaga kau,dah lama aku bunuh je kau. Buat apa simpan orang dungu dan bodoh macam kau ni dalam rumah. Buat habis beras je!" Segala kemarahan dan cacian,dihamburkan sekaligus oleh Kai terhadap Kyungsoo...tanpa belas kasihan.

Iya,Kyungsoo tidak dilahirkan seperti manusia lain. Dia menghidap sejenis penyakit atau kecacatan mental yang dikenali dengan 'Moron'. Otak dan pemikirannya lemah sejak dari lahir lagi. Dia tidak boleh membaca atau menulis, tidak boleh berfikir seperti orang yang seusia dengannya... dan percakapannya juga sedikit pelat dan tergagap-gagap.

Pada pandangan masyarakat sekeliling, Kyungsoo bukanlah manusia yang sempurna tapi... ada satu perkara yang mereka terlepas pandang.

Ketidaksempurnaan itulah yang membuatkan seseorang itu istimewa di mata pencipta.

Kyungsoo mula mengaduh kesakitan. Siku kirinya terluka dan berdarah akibat tergesel pada seketul batu besar sewaktu dia terjatuh ditolak oleh Kai tadi. Tapi Kai langsung tidak mempedulikan keadaannya.

"Apa yang kau terhegeh-hegeh lagi tu?! Bangunlah cepat. Kau nak tidur atas tanah tu ke ha?" Kai masih memandang Kyungsoo dengan pandangan tidak puas hati.

Walaupun beberapa bahagian badannya sakit kerana terjatuh tadi, tapi Kyungsoo tetap cuba untuk bangun dengan susah payah untuk menuruti arahan adiknya itu .

Kini, Kyungsoo telah pun berjaya bangun dan berdiri menghadap Kai yang sedang bercekak pinggang itu.

"Jongin-ah... Jongin janganlah ma-ma-malah (*marah) hyung. Hyung se-se-dih bila jongin malah hyung." Kyungsoo tertunduk sambil memegang sikunya yang terluka itu.

Kai tersenyum sinis ketika menyedari darah mengalir pada lengan Kyungsoo daripada luka disikunya itu. Dia kemudian memandang tepat ke wajah Kyungsoo yang berkerut menahan sakit itu. "Lepastu,kau nak aku buat apa?! Kau nak aku puji kau? Tatang kau macam minyak yang penuh seperti arwah ibu dan ayah lakukan? Macam tu?! Huh! Jangan haraplah. Dalam mimpi pun aku tak hingin lakukannya ! Kebencian aku pada manusia macam kau tak kan pernah padam. Manusia macam kau...tak layak hidup di atas muka bumi ni ,tahu tak?!"

MORONWhere stories live. Discover now