Erk? Lelaki bawak cermin? Selalu bawak sikat, ni tetiba je bawak cermin. Macam-macam lah kau ni Danish.

"Dah, pergi ambik phone kau sekarang. Aku tunggu kat bawah." Ujar Danish dan berlalu pergi. Dia bernyanyi kecil sambil menuruni anak tangga ke tingkat bawah.

"Herhh menda tah." Aryana mengikuti arahan Danish. Lalu dia turun ke tingkat bawah. Aryana menuju ke meja bar di dapur.

Dilihat Danish tengah melantak mi goreng buatan Mak Jah dengan gelojohnya. Sampai bersepah mi jatuh atas meja dan lantai lepastu mi tu terpelanting masuk dalam cawan. Eh, tak gurau je. Mana ada bersepah.

"Danish! Woi! Jom lah." Ujar Aryana sebaik sahaja menghampiri Danish. Roti bakar berinti sardin di dalam pinggan dicapai dan digigit perlahan. Cawan air teh o panas dicapai dan dihirup perlahan. Fuhhh sedapnya.

"Hah, jap. Sikit lagi." Ujar Danish dengan mulut yang penuh dengan mi goreng. Nasib tak tersembur mi tu dekat muka comel aku. Kalau tak, memang aku sumbat mulut dia dengan cawan ni.

"Danish. Apa yang tak senonoh sangat ni? Habiskan makanan dalam mulut tu dulu baru cakap." Bebel Puan Aisyah sambil menuang air ke dalam cawan.

"Ouhh...sorry makcik. Sa..ya...uhuk...uhuk." Danish menepuk-nepuk dadanya. Padan muka kau. Baru kau tahu erti penyesalan. Aryana tersenyum sinis melihat penyeksaan yang dihadapi oleh Danish. Ehh, aku ni macam psycho je. Astagfirullahalazim.

Segera Puan Aisyah menampar lengan Aryana. Aryana mengerutkan kening. 'Danish yang tersedak, aku pulak yang kena.'

"Kerut kening tu buat apa. Hulurkan cawan tu." Marah Puan Aisyah. Aryana menjeling Danish yang tengah tersedak tahap nak meninggal tu.

"Nah! Padan muka kau." Aryana menolak kasar cawan berisi teh o panas. Nasib tak tumpah weh, kalau tak habis melecur tangan aku. Dah laa berasap lagi. Naya je. Jatuh harga hantaran aku nanti.

"Hey! Nak bagi air tu biar ikhlas sikit." Marah Danish lantas meneguk teh panas itu sehingga habis. Power seh mamat ni.

"Ikhlas mana boleh tunjuk, yang penting hati ni hah. Dah la cepat sikit. Makan macam siput terhegeh-hegeh." Bidas Aryana.

"Sabooo lah. Ustazah tak pernah ajar ke erti kesabaran? Sabarkan separuh daripada iman." Danish membuat muka 10 sen tak laku. Aryana menjeling.

"Ye tahu. Tapi dengan perangai kau ni, siapa je yang boleh sabar?" Aryana membuat muka tak puas hati.

"Kau je yang boleh sabar dengan aku dari dulu." Danish tersengih macam kerang busuk. Aryana menjelirkan lidah.

"Cepatlah! Makin aku layan kau makin menjadi-jadi perangai kau." Aryana menghampiri Puan Aisyah lalu mencium tangan yang pernah memberikan kasih sayang buat dirinya. Sedikit terubat rindu di hatinya kepada kedua ibu bapanya. Hampir dia menitiskan air mata terkenang arwah ibu bapanya.

"Mama, doakan adik ye. Terima kasih sebab sudi jaga adik dengan abang. Selama ni mama selalu ulang alik dari sini ke rumah walid sebab nak tengok adik. Adik bersyukur sangat sebab masih ada lagi orang yang sayangkan adik. Adik janji adik akan belajar rajin-rajin." Ujar Aryana. Matanya sedikit bergenang. Puan Aisyah pula sudah menitiskan air mata.

"Tak perlu ucap terima kasih. Dah memang tanggungjawab mama jaga adik dengan Acap. Mama memang selalu doakan adik. Dah la jangan sedih-sedih. Hari ni kan adik dah nak mula belajar. Dah lewat ni. Pergi cepat." Ujar Puan Aisyah lembut tanda memujuk anaknya. Dia mengesat air mata yang mengalir pada pipinya lalu mengusap kepala Aryana dengan penuh kasih sayang.

Pengawas King DihatikuWhere stories live. Discover now