Prolog

17.4K 596 15
                                    

Benarkah Pengawas King itu mempunyai personaliti yang aneh di dalam dirinya?

Atau sekadar khabar angin yang ingin membuatkan hasrat semua gadis untuk mendekati dirinya lupus begitu sahaja?

Personalitinya yang dingin itu sangat menjengkelkan dan membuatkan ramai gadis cuba mendekati dirinya mengangkat kaki.

Tetapi dia membawa satu aura daripada personalitinya yang aneh itu iaitu aura tarikan yang membuatkan ramai gadis jatuh hati padanya.

Memang tidak dapat dinafikan jika wajahnya telah membuat ramai gadis angau dan tak tidur malam.

Rambut yang berwarna coklat keperangan dan digayakan dengan gaya rambut undercut menambahkan lagi kesegakkan wajahnya.

Kening tebal yang terbentuk cantik membuatkan raut wajahnya tampak lebih serius dan matang.

Mata coklat itu membuatkan ramai gadis terpaku dan diam tak terkata apabila direnung.

Hidung mancung yang terletak elok bak gunung emas menjadi igauan ramai gadis.

Bibir merah menunjukkan dia bukan seorang perokok, ramai gadis terpukau dengan bibirnya. (Herhh apa author typing ni😂.)

Jawline yang terbentuk itu sangat memberi kesan kepada keseluruhan wajahnya.

Dah jelas dia sangat perfect di mata manusia.

Tetapi adakah sikapnya seindah wajahnya yang telah membuatkan ramai gadis angau dan tak tidur malam?

"Faziq Mikhael bin Mukriz! Nama yang paling teragung dan disegani ramai?! Herh setakat muka macam 'ayam gendut' lepastu sombong macam gorila baik tak payah laa. Blah ahh kau." - Aryana Dalisya.

"Woi! Berani kau ingkar arahan aku? Aku nak kau push up 30 kali! No more excuses! Lain kali jangan banyak soal, kan dah kena. Haishh, kesian sorang budak tu, muka dah cantik tapi sayang tak waras lepastu boleh pulak dia nak melawan arahan aku?" - Faziq Mikhael.

"Apa? Cium pokok? Kau gila ke apa?!" - Aryana Dalisya

"Dahtu? Kau nak cium aku? Aku okeyh je." - Faziq Mikhael.

Mungkin dia seorang yang dingin, tetapi bolehkah dia mengubah diri untuk mengabadikan cintanya?

Yang pasti akan aku buka hatimu dengan kunci cinta yang setia , kerana kau ... Pengawas King Dihatiku!❤

Pengawas King DihatikuWhere stories live. Discover now