22 Hari Pendaftaran

71 4 0
                                    

"Simple and steady.. Aku rasa... Tak start kelas lagi kot harini.." Hanna bersuara riang. Dalam pada masa yang sama, dia seram.

Bukan apa. Dia cuma takut berjumpa atau terserempak dengan entiti bernama 'Rayyan'. Sudah-sudahlah dia menghantui hidup Harra dari sekolah tadika dulu. Takkan lah sampai masuk alam Universiti? Dia penat sebenarnya.

Harra tersenyum puas melihat outfitnya harini. Baju kurung moden warna pink dan corak bungaan berwarna hitam. Shawl hitam dililit kemas pada kepala. Makeup tak berapa tebal dan tak berapa nipis. Nice and steady. Cuma tercalit sedikit lipstick, eyeliner dialis mata dan bedak sikit. Tak tebal la kan?

"Harra? Dah siap ke Princess? Jom turun sarapan. Nanti lambat.." Telinga Harra laju menangkap suara Mama dan tersengeh lagi.

"Coming ma!" Rania melaung dari dalam bilik.

Beg galas dicapai, telefon dan purse juga tidak dilupakan. Apa yang ada dalam beg galas? Sebuah buku nota.. File pocket kosong, pencil box zaman sekolah? Huhu..

Dengan berhemahnya Harra menuruni tangga.

"Bapak ah! Mama nak buat Ara gemuk ke??!" Harra seperti kena pukau melihat satu bekas pot nasi penuh dengan nasi lemak. Nak buat apa banyak-banyak? Nak aku bawak bekal ke apa?

"Hehe.. Sengaja masak lebih.. Lagipun. Ra.."

Pin pin!

"Hah.. Panjang umur!" Mama tersengih berjalan ke arah pintu. Siapa pulak menganggu ketenteraman hidup aku pepagi buta ni..

Jam dikerling.

0650

Pagi buta lah tu kan?

"Rayyan ikut kita sekali, flight back pergi Penang.." Suara mama menyentak lamunan aku serta merta hampir tersedak mengeluarkan nasi yang sedang dikunyah.

Laju mulut dilap dan memandang ke arah mama.

"Really ma? Parent Rayyan tak ikut?" Harra menyoal.

"We are here honey.." Dan sekali lagi Harra hampir tersedak mendengar suara Mummy dibelakangnya.

"Ok, cop cop. Makan cepat! Kita kena tunggu dekat Airport by 0800!"

×××

Headphone dipasang pada telinga, dan lagu yang didownload di JOOX menjadi layanan Harra didalam kapal terbang.

Terasa lengan disiku, Harra menoleh. Mukanya mencebik.

"Kau nak apa-apa tak? Air?" Rayyan menyoal. Earphone yang dipakai Rayyan tergantung di bahunya. Harra juga menyangkut headphone dilehernya.

"Taknak.." Harra menggeleng dan dia kembali membuang pandangan keluar tingkap. Badannya disandarkan di dinding kapal terbang dan hatinya asyik berperang dengan otak.

"Kenapa Rayyan duduk sebelah aku?! Kenapa bukan Mama or Mummy?!" Otak memberontak.

"Kau suka Rayyan duduk sebelah kau kan. It's fine la. Kejap je.." Hati berbisik.

"Kisah apa.. Aku tak suka kau faham?"

"Ara, kau boleh tipu orang, tapi kau tak boleh tipu diri kau sendiri. Kau tak boleh tipu hati kau Ara.." Dan Harra mencelah.

"Kau berdua boleh diam tak? Aku nak tidur?! Pening kepala dengar korang memekak!" Harra merengus kasar dan badannya dihempas ke kushen.

"Kalau kau tak suka aku duduk sini, aku tukar dengan Mama kau balik je.." Rayyan mengangkat sebelah headphone Harra. Mata Harra terbuntang.

"Hm? Taklah. Duduk je lah.. Kejap je pun." Harra bersuara lembut. Boleh menggugat iman setiap lelaki kalau mendengarnya.

Padahal bagi Harra, perkara tu biasa je. Yela.. Dalam flight kot..

Will Change?Where stories live. Discover now