03

123 9 0
                                    

"Kaki kau sakit lagi tak?"

Rayyan menerpa masuk ke bilik Harra.

Habis terpelanting buku novel yang dibaca tadi. Segera dia menekup muka dengan bantal.

"Alamak! Sorry sorry! Aku lupa bukan bilik adik.. Er.. I mean pergi pakai tudung!" Rayyan terus menutup pintu. Tersandar lega disitu.

Harra pula mengintai dari bawah bantal. Pintu ditutup.

Dua-dua melepaskan keluhan lega.

Novel dikutip. Tudung pula disarungkan ke kepala.

"Ya Rayy.. Oww!"

"Ouch! Sorry! Sorry lagi Harra!" Cepat-cepat Rayyan bangun dari atas badan Harra. Pintu dihempas oleh Harra.

"Raa! Sorry la! Aku tak sengaja!" Rayyan menjerit dari luar pintu. Baju tidur lengan panjang Harra dibetulkan. Kakinya yang terasa berdenyut kerana tindakan refleks cuba menahan badan Rayyan tadi diurut sedikit. Walaupun macam tak ada kesan.. So what? Hahah. Tudung yang senget.. Ah.. Biar la senget.

"Hm. Kenapa?" Harra mengintai dari celahan pintu.

"Bukak lah.. Aku tak makan kau la.." Rayyan duduk bersila di depan bilik Harra. I mean.. Bilik pinjaman Harra.

"Kaki kau sakit lagi?" Harra memandang Rayyan. Pelik. Rayyan bukannya macam tu.

"Kau pandang aku macam tu kenapa?! Aku tanya ni.. Kaki kau sakit lagi ke tak? Kalau sakit.. Aku nak bawak pergi klinik. Hospital ke.." Rayyan membuat muka malas. Bersandar di pintu depan bilik Harra. Memeluk tubuh. Baru Harra perasan ada nama Rayyan didepan pintu bilik itu.

Gulp. Bilik Rayyan?

"Menung apa tu?! Jawab la!" Rayyan menjerit. Ish. Tak reti sabar betul!

"Fine! Tadi tak sakit! Lepas kau jatuh atas aku tadi terus sakit balik! Puas?!" Harra menekup mulut. Harra tau dia terlepas cakap. Suara pun ternaik nadanya. Habislah.. Kena cekik dengan Rayyan..

"Tukar baju or nak aku angkat kau dengan baju tidur ni?" Rayyan sudah berdiri didepan pintu biliknya. AKA didepan Harra juga.

"Em.. Nak pergi mana?"

"Dah la.. Lambat.. Jom!" Rayyan mendukung Harra menuruni tangga. Nasib baik tak terkena mana-mana kulit. Haih. Rayyan..

"Rayyan.. Turunkan aku! Kaki aku bukannya patah! Terseliuh je!"

"It is because of me. So, aku kena bertanggungjawab."

"Kau bukannya laki aku pun!"

Rayyan berhenti.

"Fine. Jalan sendiri." Rayyan perlahan-lahan menurunkan Harra. Harra melepaskan keluhan berat setiap anak tangga yang dia turuni.

Matanya berair. Sedikit demi sedikit. Menjadikan pandangannya kabur. Lekas Harra mengesar air mata. Lagi dah lagi.

"Tak payah la nangis.. Tu la abang cakap, kau taknak dengar. Abang nak dukung. Kau taknak.. Haih.. Degil.." Rayyan berdiri didepan Harra.

"Abang?" Harra mengangkat muka.

Rayyan tersentak.

"Apa abang-abang ni?! Kau ingat kau adik aku ke? Bini aku?!" Muka Rayyan yang bertona coklat cerah tan memerah itu bertambah memerah.

"But.. You.."

"Apa? Dah dah.. Meh sini!" Rayyan mendukung Harra lagi. Kalini Harra tak bersuara. Dia hanya mendiamkan diri memandang dada bidang Rayyan.

'Kenapa.. Kenapa kau macam ni? Kejap kau buli aku. Kejap kau baik dengan aku..' Harra memejamkan mata. Berdoa agar cepatlah semua ni berakhir.

××××

Will Change?Where stories live. Discover now