02

134 8 1
                                    

"Hm.. Hm.. Hm..." Harra bernyanyi kecil sambil mengacau cawan yang terisi cecair berwarna coklat cair.

Hm.. Hot Chocolate..

Harra menghidu aroma yang terbang mencium hidungnya dan menjadikan dirinya sediri terliuq bakhang.

"Harra! Cepat la! Dah siap ke belum?!" Rayyan menjerit dari ruang tamu.

Harra tersentak.

"Dah.. Dah siap dah.." Harra membawa cawan yang berisi air hot coklat ke ruang tamu dimana Rayyan melepek. Ya. Tak typo ya..

"Lembab." Rayyan menjeling Harra dan menyambut cawan yang dihulur Harra. Harra hanya menjeling matanya ke atas.

"Hah.. Ni Harra!" Harra menoleh memandang Rayyan yang sedang mencicip air dari cawannya.

"Bilik kau sepanjang kau dekat sini.." Rayyan membuka topik.

"Oh.. Ha.. Dengan Mbak.. Kan?" Harra meneka. Cermin mata dibetulkan kedudukannya.

"Tak. Boleh jangan menyampuk, tak?" Rayyan meletakkan cawan diatas meja kaca didepannya.

"Bilik kau, kau naik tingkat dua, kau belok kiri lepas tangga. Dua pintu lepastu, hah.. Tu bilik kau. Pintu warna pink." Rayyan bersuara lagi tanpa menoleh ke arah Harra.

"Oh.. Okay.. Thank you.." Harra tersenyum. Beg tariknya yang penuh dengan keperluannya pada bulan itu ditarik. Oh. Perempuan kan?

"Eh eh! Kau nak pergi mana tu?! Sini.. Sini!" Rayyan melambaikan tanggannya. Harra membatalkan niatnya untuk mendaki anak tangga sambil membawa beg beroda yang berat itu.

"Kenapa?" Harra memandang Rayyan malas.

"Masakkan aku asam pedas. Boleh?" Rayyan memandang Harra. Baru sahaja Harra hendak membuka mulut.

"Ooopp op op! Bukan boleh ke tak. Kau kena buat jugak. So, now, pergi buatkan aku asam pedas for lunch. Okay?!" Rayyan memandang Harra. Tersengih.

"Haih.. Lunch pukul berapa.. Ni sekarang baru pukul 12.." Harra menilik jam fosil dipergelangam tangannya.

"Baru pukul 12 kau cakap? Well, hello.. Lunch is after Zuhur okay? So, pergi masak!" Rayyan menunding jari ke arah dapur.

'Haih.. Apa lah nasib aku.. Maa.. Cepat la balik..' Harra merintih didalam hati.

××××

"Hm.. Mana asam keping ni??!" Harra membuka semua pintu kabinet di dapur.

"Mana.. Mana.. Mana..!" Harra berpusing men'tawaf' dapur buat kesekian kalinya.

"Mbakk!" Harra berlari ke bilik Mbak.

"Hah.. Kenapa?" Mbak yang sedang melipat baju miliknya di dalam bilik memoleh.

"Mana asam keping Mbak?" Harra duduk bersila didepan Mbak.

"Oh.. Asam keping eh? Hm.. Mbak rasa, dah habis la.." Mbak mencongak entah apa tah didalam kepalanya sebelum menjawab soalan Harra.

"Hm.. Tak apa lah.. Harra pergi kedai.. Bye Mbak.." Harra melambai sebelum menutup pintu bilik.

"Eh, eh, eh! Pergi mana tu?" Rayyan yang sudah lengkap berbaju melayu  berwarna merah menegur ditangga.

"Oh.. Rayyan.. Nak pergi kedai ha.. Beli barang masak sikit.." Rayyan mendekati Harra.

"Duduk rumah. Masak je apa yang ada. Kari ke apa.. Aku balik dari Masjid, aku nak makanan sedia terhidang. Faham?!" Rayyan mendekati wajahnya pada wajah Harra dengan itu, dia menekankan perkataan faham itu lagi. Sekali.

Will Change?Where stories live. Discover now