Seram ke? (1) : Pelanggan

7.3K 394 31
                                    

Kisah benar

Kawan pakcik ku adalah seorang pemandu teksi untuk mencari nafkah kepada keluarganya di Kuala Lumpur.

Dia rajin membuat kerjanya sehingga larut malam.

Pada suatu hari,dia nampak seseorang di tepi jalan.

Dia pun melihat jam dan berfikir dua kali sebelum mengambil seseorang itu.

"Hmm,ada juga orang yang belum tidur jam begini. Baik aku ambil sahaja. Dapat juga aku duit lebih." Katanya.

Dia pun berhenti di hadapan seseorang itu.

Si seseorang itu pun masuk ke dalam teksi pakcik itu.

"Encik nak pergi mana?"

"Saya nak gi Highland Tower."

Tergamam kawan pakcik ku bila mendengar perkataan itu. Kalau diingat,memang tiada orang disitu.

Kawan pakcik ku pun membawalah ke sana.

Kerana suasana yang sunyi pada malam itu,pakcik itu pun membuka ceritanya.

"Encik gi sana kenapa ya? Setahu saya,tempat tu tak boleh pergi tau?"

"Oh,tak apalah. Saya ada benda nak cari kat sana."

"Boleh kalau saya nak tahu apa yang encik cari?"

"Saya nak cari tangan saya."

Bulu romanya berdiri tegak bak hendak menyanyi lagu Negara ku.

Dia pun telah sampai ke destinasinya.

Si seseorang itu pun keluar. Pakcik itu senyum dan mengatakan selamat tinggal.

Sejak itu,kawan pakcik ku tidak lagi mencari pelanggan pada waktu malam.

~Tamat~

Seram ke tidak? Hmm ini kakak sepupu bagitahu masa aku kat KL. Serius! Aku tak tidur malam. Sudahlah jalan keluar apartmen makcik aku dah nampak bangunan itu. Aku buat-buat dialog tu. Aku anggap aku yang dalam cerita ni. Rasanya begitu kot aku akan buat luls. Jangan menyesal eh. Bye! Love ya! ~NZ

Seram Ke?Where stories live. Discover now