Seram ke? (3) : Butang baju

4.7K 320 47
                                    

Ibu bapa ku selalu meninggalkan ku bersama makcik yang garang.

Makcik itu selalu memukul aku. Pada suatu malam,aku tidak dapat tidur.

Aku melihat kearah patung yang ayah belikan untuk aku.

Patung besar dan ada senyuman terukir. Matanya diperbuat daripada butang baju.

Aku pun memeluknya. Mata pun terlelap. Sebelum aku betul-betul lena,aku terdengar satu bunyi.

"Jomlah pergi bilik mak awak. Kita boleh jumpa kat sana!"

Bila aku buka mata ku,patung itu hilang dari dakapan ku.

Tak mungkin patung tu hilang. Aku pun pergi kearah bilik ibuku.

Patung itu berada di atas katil ibu. Tangannya menunjuk kearah dinding.

Aku melihat dinding itu dengan teliti. Rupanya ada pintu disitu!

Bila aku buka,aku dengar bunyi kanak-kanak bermain dengan riang.

Aku bersama patung itu masuk ke dalam bilik itu. Pintu itu tertutup.

"Hai! Jomlah main sama-sama."

Aku melihat budak-budak itu. Mata mereka...adalah butang baju seperti patung yang ayah beli.

Aku pun bermain sehingga aku penat.

"Jomlah tidur ngan kitaorang."

"Tak apalah nanti aku datang lagi tau? Malam ni."

Aku bermain bersama mereka sehingga malam ketiga sudah tiba.

Aku datang bersama patung itu. Kami pun bermain bersama.

Setelah itu kami pun duduk bersama.

"Awak! Awak nak tak tinggal kat sini?"

"Mestilah nak." Jawab ku.

"Kalau nak nah." Mereka memberi ku satu helaian benang yang panjang,jarum dan butang baju berwarna biru.

"Apa ini?"

"Kalau nak jumpa kitaorang,jahitlah butang tu kat mata awak. Jadi kita boleh main sampai puas."

Aku melihat mereka. Kalau aku jahit mata ku bersama butang. Sudah pasti aku buta. Lalu aku mencari cara untuk melarikan diri.

"Jom main hide and seek?"

"Okay!"

Aku pun mencari pintu yang akan membawa ku balik.

Namun,pintu itu menghilang entah kemana.

"Takut eh?"

Terkejut aku mendengar suara mereka. Peluh ku menuruni ke leherku.

Mereka tersenyum dengan lebarnya. Mengeletar seluruh badanku kerana senyuman itu.

"Taklah. Pasal benda tu,esoklah saya jawab."

Belum aku berbuat apa-apa,mereka datang kearah ku.

"Tak apa. Biarlah kami yang jahitkan."

~Tamat~

Heyyo! Maaflah kalau ada yang tak faham. Kalau tak faham,boleh tanya. Ada tak yang mereput sekarang ni? Okay aku pun sama. #TeamEXO-LMereput. Jeles tho siapa yang boleh pergi. So selamat malam dan jangan lupa cuci kaki tau? ~♥NZ

Seram Ke?Where stories live. Discover now