Marah ke geram?

54 4 2
                                    

Flash back....

Kes merokok yang jadi Khamis lepas menjadi makin hangat hari ni. Semua orang bercerita pasal aku tangkap Seong dengan Loon merokok. Siap ada yang tambah perisa macam-macam lagi dah macam somtam dah, padahal sebenarnya cerita dia ada pelam je. Sesuka hati je tukar cerita asal, gigit karang baru tau. Huahuahua... Nana! Fokus!

Nak dijadikan cerita, semua orang ingat aku tangkap Seong sebab aku tak puas hati dia clash dengan aku. Yang aku peliknya, diorang ni buta ke pekak? Selama ni pun memang aku usung je mangkuk dua tingkat tu pergi bilik disiplin kalau diorang buat salah atau buat hal. Kenapa baru sekarang nak sok-sek bercerita bukan-bukan? Mesti sebab aku dengan diorang dah lama tak bertegur sapa.

Ala, releks la hari ni baru hari ahad. Kes tu jadi hari khamis lepas mana nak sempat bertegur bagai. Tapi aku tau sebelum kes tu lagi kitorang tak bercakap. Tapi, bukan aku yang lari dari diorang. Diorang yang macam hilang dari aku. Tapi... memang selama ni aku tak pernah nak cari diorang untuk lepak sama-sama. Diorang yang menyemak kacau aku. Tak pulak budak-budak ni nak kecoh. Memang kaki gossip betullah budak-budak ni.

'Nana biasalah bila orang cantik memang orang suka gossip. Hmmm... terima sahajalah nasib kau wahai puteri yang cantik seperti turun dari kayangan.' Aku tersengih sendiri sambil menepuk kedua belah bahu aku. Jangan tak tahu, au suka puji diri sendiri sebab jarang ada orang puji aku so kenelah puji diri ni kalau tak kesian dekat aku. Hahahaha... Sah! Aku dah mental sebab sindrom Seong and Loon withdrawal. 'ARGHHHHH!' Tangan aku tekup dikepala.

Sebenarnya sekarang ni aku tengah berjalan dikoridor kelas antara bangunan pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima. Tiba-tiba...

"Siapa yang tercantik?" Ada suara yang bertanyakan aku dari belakang. Buku teks yang aku pegang terlepas dari tangan.

Aku membongkok untuk mengambil buku aku. Belum sempat aku mengambil buku aku ada tangan lain yang mengutip. Sibuk je, macam la tangan aku ni dah tak boleh berfungsi, siapa lah hero yang rajin sangat ni. Tapi macam kenal je tangan ni, Seong?

Aku panggung muka aku ke atas, memang Seong dan Loon di sebelahnya. Tapi tadi suara yang sergah aku macam suara sepupu aku. Macam mana diaorang boleh ada dekat sini? Dalam kelas tadi tak ada pun.

"Han." Buku teks dihulurkan kepada aku. Tangan aku bergerak tanpa aku sedar walaupun mata aku tetap menenung mata Seong yang seakan kurang selesa dengan tenungan aku. Belum sempat aku mengucapkan terima kasih mereka berlalu pergi masuk ke dalam kelas kami. Kemudian aku dapat rasakan ada tangan yang memegang bahu aku, aku menoleh kearah pemilik tangan itu, Iq!

Aku tahu Iq yang sergah aku tadi, tapi sebab Seong aku lupa yang dia ada dekat dengan aku. Dan yang paling penting aku tak suka dia masuk campur sebab dia punya ceramah kalah ceramah PK Hem sekolah ni. heee~~~

"Cuba bagitau abang apa yang dah jadi?" Iq mengerlingkan matanya kearah kelas kami sebelum memandang kembali kearah aku. Kening aku terangkat.

'What is happening? Iq tanya aku elok-elok instead of blasting me with his dragon fire?' 'Nana! Sekarang bukan masa nak bermonolog, focus!'

"Entah. Nana tak tahu. Nak tanya diorang tapi tengok la cara diorang tak sempat nak tanya dah blah. Pelik-pelik perangai remaja sekarang ni." Bahu aku angkat sambil menggelengkan kepala aku.

Iq menghela nafasnya. Sebelum menyambung sesi soal siasat dengan aku.

"Ok, sekarang abang nak tanya apa yang dah jadi dalam bilik displin minggu lepas dengan Seong dan Loon? Kenapa ada yang bagitau Nana pun hisap jugak?" Muka Iq berubah dari penuh concern kenapa aura membunuh.

"Tapi abg..." Ayat aku belum habis tapi Iq dah buat gesture talk to my hand dekat muka aku. Rasa macam nak buat macam dalam filem terminator tu je, amik tangan dia pastu cakap dekat tangan dia. Hahahaha.. Okay, tak kelakar Nana, Iq nak bunuh kau sekarang. Serius!

"Jawab Nana hisap ke tidak?" Suara Iq makin keras.

"Aku jadi serba salah. Aku tahu kalau itu soalannya macam mana alsan pun aku bagi takkan diterima sebelum aku jawab soalan abang sepupu aku yang sorang ni.

"Jawab!" Sergahan Iq menyebabkan kelas-kelas lain berhenti sesi pembelajaran. Semua mata memandang kearah kami, termasuk guru-guru yang didalam kelas. Kalau Iq mengamuk pengetua pun tak boleh halang. Yang selalunya halang dia aku, so kalau dia mengamuk dekat aku sapa nak halang? Jawabnya berserah sajalah...

Kami yang berdiri ditengah-tengah bangunan yang menempatkan blok pelajar tingkatan lima dan empat mendapat perhation sepenuhnya daripada pelajar-pelajar menengah atas. aku memandang kearah kelas aku, semua pelajar kelas aku menjenguk keluar tanpa melangkah keluar, sebab kalau keluar betul memang cari nahas dengan cikgu disiplin. Huuu~~~

Hanya dua orang sahaja yang berjaya mengalih perhatian mereka diripada situasi aku sekarang. Dimana sepatutnya mereka lah orang yang paling penting dalam kes ni, Seong dan Loon. Tiba-tiba hati aku makin sakit. Aku percayakan diorang, aku anggap diorang macam family, bila aku stuck macam ni, sebab diorang! Diorang boleh buat tak tahu? Huh! What should I expect? They are badboys, yang diorang kesah hanya diri diorang dan geng diorang. Aku tak termasuk dalam register la kan sebab tu diorang layan aku macam ni?

"Ya, kenape? Tak ada kaitan dengan kau kan. Bukan aku rosakkan paru-paru kau pun!"

PANG!!!

Bergema tamparan Iq, saat tu aku rasakan masa seperti terhenti. Betullah apa orang dulu-dulu cakap kerana mulut badan binasa.

Aku pandang muka Iq. Wajah Iq yang terkejut campur bersalah memang priceless kalau bukan sebab aku sakit hati campur kepala aku berpinar sebab kena tampar memang aku pergi pinjam camera dekat cikgu seni aku.

Iq tak pernah tangankan aku. Tapi kali ni memang patutu pun aku kurang diajar sangat. He has the reason and the right, I guess.

Iq masih tergamam.

Aku pulak sebuk tahan air mata. Sakit di pipi tak terasa sangat tapi sakit di hati. Wow! memang rasa sangat-sangat, macam kena turis dengan pisau potong daging.

"Nana, abang..." Kali ni belum sempat Iq habis aku pulak bagi signal talk to the hand sebab kalau aku dengar sepatah lagi keluar dari mulut dia memang air mata aku tumpah.

Aku berpaling dan beredar sebelum Iq memegang pergelangan tangan aku, aku rentap dan terus berlari kearah bangunana belakang sekolah. Suara-suara yang sibuk bercerita serta Iq aku tune off. Malas aku nak deal dengan masalah ni sekarang.

Pintu pagar lama sekolah yang lama tak digunakan selain hari merentas desa aku buka dengan kunci yang aku dapat dari pengawal sekolah yang malas nak bangun dari tidur setiap kali aku sampai awal. Pemalas! Tapi nasib dia malas aku dapt satu set kunci pagar-pagar dekat sekolah ni.

Aku dengar suara-suara orang mencari aku, terutamanya suara Iq dan pengawas-pengawas lain. Aku ambil baju yang aku simpan di pondok pengawal lama yang hanya aku sorang sahaja rasanya masuk sepanjang aku dekat sekolah ni. Motor Ninja Kawasaki aku sorong keluar dari pondok pengawal, kalau nak tau pondok pengawal ni lah yang paling cool aku pernah tengok siap ada bilik tidur dengan bilik air tau. Boleh tahan besar jugaklah, sebab tu motor aku ni muat dalam ni.

Errr, aku tipu aku tak pandai bawak motor sebab mak dengan ayah aku tak suka aku bawak motor.

Tak sampai seminit, aku membelah angin. Kali ni bukan aku bawak motor tapi motor yang bawak aku. Malas aku nak fikir destinasi, janji aku blah dari sini.

Kena ucap terima kasih dekat Why sebab bagi aku motor ni. Kalau tak mati reput aku dalam sekolah tu sebab marah sangat. Heee~~~

Malaysia here I come!

_________________________________________

Sorry for poor update.

I cant assure you I will update often but I'll update when I am updating.

Peace, twinklessss...

Aku Kawan KauWhere stories live. Discover now