Kau Badboy ke? Huh?

111 4 0
                                    

KKK. Krrr. Kring. Kring.. Kring...

Sah, pakcik naga yang tekan loceng rehat ni. Loceng auto buat hal lagi lah tu. Bilalah nak tukar loceng baru.

Wow! Macam hari merentas desa la pulak. Walaupun hari-hari macam ini tapi setiap kali aku bertugas di kantin sekolah aku tetap kagum dengan kepantasan and keazaman pelajar-pelajar sekolah ini menuju kearah makanan. Kalau lah hari sukan macam ini punya laju berlari sah-sah sekolah ini bertukar menjadi sekolah sukan, maka dengan segala hormatnya aku ditendang daripada sekolah ini. Mana taknya, setiap kali ada aktiviti sukan aku rajin sahaja men-volunteer-kan diri untuk membantu guru-guru menyelesaikan kerja-kerja belakang tabir. Berbeza dengan bff aku yang dua orang tu, daripada hanya musuh ketat menjadi musuh seketat-ketatnya bila menjelang hari sukan.

Dalam aku sibuk berkhayal sambil memerhatikan barisan pembelian yang teratur, tiba-tiba terasa ada satu aura yang kurang menyenangkan.

"Hana.... Hana... Hana..." Aik? Hantu mana yang panggil aku ni? Dengar macam dari atas, takkan hantu keluar atas bumbung siang-siang kot?

Kaki aku melangkah keluar kantin sambil kepala mendongak kearah bumbung. Mak! Hantu pakai baju sekolah, handsome pulak tu. Hari-hari jumpa pun tak pe.

"Wei, buat apa dekat atas. Turun la, silau lah nak dongak."

"Punishment for you."

"Huh? Punishment apanya? Turun!"

"For not telling that Mr.Lim is the person incharge for today."

"Gosh! Semua orang tau kot. Ada dekat notice board bilik disiplin kan, kau je yang tak baca. Harapkan ranking sekolah je tinggi."

"Huh? All this while it's there?"

"Duh! It is. Dah, turun. Lenguh tengkuk aku nak mendongak. Kau dah la tinggi, pastu pergi duduk tempat tinggi lagi." Aku terus berpaling menuju ke arah salah satu meja yang berada dibawah pokok berdekatan dengan kantin sekolah.

"Yes, mam!" Belum sempat Seong melompat, aku berpusing semula.

"Jangan lupa kejut Loon tu. Ada ke atas bumbung pun boleh tido."

"How do you know he's up here?" Seong kelihatan bingung kerana sepatutnya aku tak nampak Loon dari bawah.

"Korang dua kan kembar siam, mana pernah renggang. Bezanya kau suka tengok orang, dia suka tidur merata. Dah, kejut dia, makan. Aku belanja."

"Wow! Loon, wake up! She's gonna pay for us. Redemption."

Memandai je kata aku nak buat redemption. Walaupun, sebenarnya memang aku belanja sebab tak nak diorang mengungkit, tapi tak de la sampai tahap redemption. Sengal!

Turun pun. Muka Loon nampak sesangat baru bangun tido. Bilalah budak cina sorang ni belajar, asyik tidur je aku tengok.

"Pergilah beli apa-apa. Nak wallet aku. Jangan guna sampai habis pulak. Karang aku pulak yang tak makan."

"Yes, mam! Loon, follow me!" dengan gaya gangsternya dia melangkah kearah kantin, alih-alih dia duduk, Loon yang membeli. Dah agak dah, mamat sorang ni bukan suka sangat nak bercakap dengan orang yang dia tak kenal. Kalau dari mata aku Loon ni polite orangnya. Macam mana lah boleh bestfriend dengan mamat cold ni. Nasib kau lah Loon, kesian kau.

Aku Kawan KauWhere stories live. Discover now