Bab 6 - Nikah

12K 288 12
                                    

(tu gambar Adirah Azzahrah lepas dah makeup dan bila dia buka cermin mata, lawa kan? Ni actually cousin author, kami ada darah pakistan)

Adirah's Pov -

Sekejap lagi status aku nak tukar jadi isteri orang. Aku akan cuba menerima semua nih walaupun Danish membenciku.

"Irah dah mandi? Kejap lagi Shafa datang nak makeupkan kamu." Mama datang masuk ke dalam bilikku.

"Dah Mama, ni Irah tengah tunggu dia." Aku berkata.

Mama jalan ke arah ku dan melabuhkan punggungnya di sebelah ku.

"Irah sayang anak Mama, kejap lagi kamu akan jadi isteri kepada Danish. Jadi Mama nak kamu menjadi seorang isteri yang taat pada suaminya, jaga makan, minum dan pakaiannya tau. Buang semua tabiat tabiat buruk kamu. Mulakan hidup baru dengan suami kamu. Mama tahu yang kamu berdua tak mencintai satu sama lain, tapi bercinta selepas nikah pon boleh ye sayang. Ingat, dulu Mama pon kena kahwin paksa dengan Papa tapi tengok sekarang bahagia je, ada kamu berdua." Mama menasihatiku.

"Ye Mama, Irah akan ikut semua cakap Mama." Aku berkata sambil memeluk Mama dengan erat sekali.

"Ah ni baju nikah kamu yang Aunty Laila reka. Cantik kan? Sesuai dengan kamu yang berdarah pakistan ni." Mama berkata.

"Dah lah Irah takmo nangis nanti seri pengantin tak naik." Mama menyeka air mati ku yang tadi jatuh.

"Tuk tuk. Dir boleh aku masuk?"
Shafa lah tu.

"Masuk lah babe." Aku berkata.

"Okay lah Mama keluar, Shafa makeupkan Irah cantik cantik ye. Makeupkan dia tebal sikit biar berubah." Mama menyuruh Shafa.

"Okay Aunty leave it to me."

Shafa sedang memegang beg makeupnya dan satu lagi beg Victoria Secret.

"Hah ini untuk kau, jangan bukak sekarang. Ini untuk malam pertama kau." Shafa berkata lalu memberinya kepadaku.

"Huh malam pertama? Apa nih babe?" Aku keliru.

"Alah nanti first night kalau Danish tengok kau confirm iman dia tergugat. Maklumlah dia tak pernah tengok kau free hair, face without specs so yeah."

Tanpa berlengah, Shafa memulakan kerjanya untuk memakeupkan aku.

Tak sampai dua jam, akhirnya Shafa habis memakeupkan aku.

"Okay babe dah boleh tengok cermin."
Shafa yang tak bagi aku tengok cermin katanya nak suprise.

"Omg babe? Is this me?" Memang betul muka aku berubah, eh aku bukan angkat bakul.

"Agak agak Danish kenal tak aku?" Aku menyoal kepada Shafa.

"Mungkin tak ye la selalu dia panggil kau minah nerd, ni aku bagi dia betul betul punya minah nerd."
Kami berdua ketawa.

"Okay dah babe jom pakai baju kau."

Selepas habis memakai,
" Dah kau dah nak nikah babe, aku ni bila lah lagi." Shafa berkata dengan nada yang sayu.

"Alah babe, tkmo sedih lah. Alah kau cantik perh, takkan takda orang kot." Aku pula berkata.

"Siapa lah nak dengan aku nih babe."

"Irah dah siap? Bakal suami kamu dah sampai sayang." Mama berkata.

"Omg babe Danish dah sampai!!" Hatiku berdebar debar.

Aku pon menuruni anak tangga dengan perlahan lahan.

Danish's Pov -

"Agak agak macam mana nanti muka si minah nerd tu ah Adam." Aku berkata kepada Adam.

"Ish kau nih jangan dok hina sangat nanti bila first night kau tengok dia free hair and without specs confirm nafsu kau takleh tahan." Adam berkata.

"Amboi kau cakap macam kau yang dah berpengalaman." Aku berkata.

"Tak lah aku yang suka baca novel paksa kahwin nih banyak end up love each...." Katanya terhenti apabila dia melihat betapa cantik Adirah yang menuruni anak tangga.

"Each apa?" Aku pon menoleh ke pandangannya.

"Cantiknya." Hanya perkataan itu yang keluar dari mulutku.

"Hah kan aku dah cakap jangan hina sangat nanti it comes back to you. Aku cakap dia ada natural beauty."

Adirah's Pov -

Bila aku curi dia lihat aku, muka dia terus cuak. Haha comel lah.

Chop chop comel? Aku dah mula sukakan dia ke? Mungkin? Mungkin tak.

Memang tak dinafikan yang Danish Isyraff mempunyai wajah yang sangat flawless, and badan yang sangat maskulin boleh membuat hati mana mana perempuan cair termasuklah aku.

"Danish Isyraff Syah Bin Dato Iskandar Akrul?"

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan anak kandungku, Adirah Azzahrah Binte Dato hatta Bakri dengan mas kahwinnya 2000 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Adirah Azzahrah Binti Dato Hatta Bakri dengan mas kahwinnya 2000 ringgit tunai."

"Sah?"
"Sah."

"Alhamdulilah."

Dengan sekali lafaz, aku sudah menjadi isteri kepada Danish Isyraff. Mamat sengal.

"Congrats babe." Shafa membisik ke teling ku.

Aku hanya mampu bersenyum dan menitiskan air mata.

"Dirah, hulurkan tangan kamu." Mama menyuruhku.

Aku menghulurkan tanganku untuk dia menyarungkan cincin dan sejurus selepas itu, aku boleh rasakan ciuman hangat yang hinggap di dahiku. It stayed for awhile sampai..

"Danish sambung kat bilik je!" Daddy mengusik.

Pipiku sudah bertukar menjadi merah.

"Daddy nih tengok my wife dah blushing."

sorry bab kali ni pendek sebab tak banyak nak diceritakan hehe. this is my first karya i hope u guys love it as much as i do 💓

Aku sayang kauWhere stories live. Discover now