Bab 1 - Siapa Danish Isyraff?

29.2K 409 5
                                    


Adirah's Pov -

"Kringgg kringg!!" Aku terbangun dari tidurku yang lena apabila bunyi loceng dibunyi dari iphone milikku.

Hmm hari ni hari pertama aku ke kolej.  Actually bukan hari pertama pon, hari pertama ke kolej selepas percutian semester.

Tiba tiba kedengaran ketukan di pintu menghentikan lamunanku.

"Tuk...tuk.." Pintu bilikku akhirnya dibuka juga.

"Anak Mama dah bangun dah? Pergi mandi dan siap cepat kang lambat nanti pergi kolej. Hari ni kan hari pertama ke kolej selepas cuti sem." Mama berleter dengan panjang lebar.

Kalau tak berleter, bukan Mama lah namanya. Namun aku tetap sayang Mama, sebab mama yang susah payah lahirkan aku di dunia ini, tanpanya aku takkan lihat dunia ini.

Tanpa berlengah, aku mencapai tuala putih dan bergegas ke dalam bilik air. Bukan apa, malas nak dengar Mama membebel pagi pagi buta ni.

"Lepas dah siap nanti, Irah turun bawah makan sarapan ye." Mama sempat berkata sebelum dia ke bawah untuk ke dapur. Ye Mama panggil aku dengan gelaran "Irah" katanya nama aku panjang sangat. Ish Mama ni dia yang bagi aku nama panjang, hah sekarang siapa susah.

Aku pon mencapai beg tangan jenama Michael Kors yang dihadiahkan oleh Mama sewaktu menyambut hari kelahiranku yang ke 20. Lupa nak bagitahu, umurku dah mencecah 22. Tua sangat. Ish.

"Morning ma, pa, Mirah." Aku mempunyai seorang adik bernama Amirah Arlissa yang berumur 16 tahun. Aku sangat rapat dengannya, semua masalah atau rahsia akan aku kongsi dengannya.

"Morning sweetheart." Papa membalas dengan nada yang lemah lembut.

Papa dibandingkan dengan Mama, memang papa yang lebih manja denganku. When it comes to Mama, it means no nonsense. Tetapi aku tetap sayang keluarga aku.

"Dah kamu makan cepat lepas tu mama hantar kamu pergi kolej." Mama berkata sambil menyedokkan nasi goreng di pinggan lalu memberinya kepada ku.

"Okay." Aku berkata sambil mengambil pinggan itu darinya.

Aku pon memakan sarapan pagi yang disediakan oleh Mama dengan penuh selera.

"Okay dah habis. Mama jom." Seumur hidupku, aku tak pernah lambat ke kolej sebab Papa ada pesan kalau kita lambat, that isn't the key to success. Aku selalu pegang kata Papa.

Selepas Mirah menyalam tanganku, dan aku menyalam tangan Papa, aku bergegas ke arah rak rak kasut dan mencapai kasut superga berwarna putih.

Semasa Mama memandu, tiba tiba kereta Volkswagen kepunyaan Mama terhenti dengan cara mendadak.

"Eh kenapa ni Mama?" Aku seakan akan panik dengan apa yang terjadi.

"I don't know, I will go and check." Mama berkata sambil bergegas keluar dari perut kereta.

Aku pon keluar kerana hatiku terasa tak sedap.

"Alamak, macam ni lah Irah pergi naik teksi sebab Mama rasa there's something wrong with this car. Mama kalau boleh tak nak kamu lambat tapi apa nak buat. Apa apa call Mama kalau pensyarah kamu banyak songeh." Mama berkata sambil memberiku duit untuk menunggu teksi.

"Okaylah Mama takpa nanti pandai pandai Irah lah terangkan kat lecturer tu. Mama call towing okay? Don't stay here too long or you call Papa." Sempat aku bersuggesting lalu aku terus menunggu untuk teksi.

Akhirnya sampai juga aku ke kolej.

"Ya allah aku ni dah lah lambat, macam mana ni." Hatiku berbisik.

Aku sayang kauWhere stories live. Discover now