Hantu Pertama (Part 1)

1.9K 66 14
                                    

Sorry lambat sambung balik. Hantu pertama, itu tajuk kali ni. Saja nak bagi curiousity. Saya masih ingat masa pelancaran buku suatu ketika dulu. Satu je soalan.

"Kau boleh nampak hantu?"

Saya dengan pantas cakap.

"Tidak."

Walaupun dengan jelas saya nampak seekor hantu berada di sebelahnya.

Kejap. Kau jangan judge awal. Saya nampak orang sebelah dia pakai baju gambar hantu. Sebab tu saya cakap nampak.

Okey. Mari kita mulakan kisah HANTU PERTAMA. Kisahnya begini, kami tinggal di sebuah kampung pedalaman bernama Kampung Rancangan Klias Beaufort Sabah. Disebabkan mak dan ayah saya cikgu, kami tinggal di rumah cikgu. Sebenarnya sudah lama ayah dan mak menetap di situ sejak saya dilahirkan dan rumah kami duduk adalah rumah guru yang ketiga kami pindah.

Kisahnya masa kami pindah tu ngam2 kes Highland Tower. Lama kan? Kau jangan congak umur aku pula. Aku muda ja ni.

So. Rumah kali ni sebenarnya okey. Satu-satunya rumah guru di tepi padang bola. Sekolah rendah sebelah tu je. Disebabkan kami dah besar, tidur kena pisah. Mak ayah, adik bongsu dan adik perempuan tidur sama satu bilik. Saya dan adik lelaki tidur bilik lain.

Tapi kali ni bilik berjauhan daripada rumah lama yang biliknya bertemu pintu. Sudah tu bilik pula sebelah stor. Satu yang saya kurang suka rumah ni adalah bahagian belakang rumah banyak pokok pisang. Selaku budak lelaki dalam tahun empat masa tu saya ni seorang yang pengemas. Saya akan kemas rumah dan sekeliling rumah lawa-lawa. Masalahnya belakang rumah ni tak dapat nak kemas. Saya kecik lagi. Still ingat ada pokok buah nona. Memang lebat, panjat tangki sikit ambil buah tu. Selain tu ada juga pegaga dan tebu tumbuh. Saya rasa cikgu sebelum tu memang suka bercucuk tanam agaknya atau saya tak sedar mak dan ayah yang buat. Almaklumlah, kecil-kecil dulu saya pergi rumah kawan pahtu ajak kawan tangkap ikan dalam parit panas-panas tengahari buta. Pengotor betul. Tapi taklah pernah kotor sangat pun. Tapi adventure gak.

Uishh! Mukadimah panjang sangat ni.

So. Satu malam tu mak matikan semua lampu dalam rumah. Memang kebiasaan mak buat macam tu, hanya lampu bilik air saja dibuka. Adalah juga cahaya sikit masuk dalam bilik saya dan adik lelaki.

Dah seminggu jugalah kami tinggal rumah tu. Bolehlah walaupun belum biasa tidur berpisah. Masuk dua bulan semuanya berjalan lancar. Saya dan adik lelaki dah biasa lepas mak matikan lampu ambil lampu suluh pasang dan buat hal. Macam-macamlah kami main sampai tertidur. Budak 90s ja pun apalah yang boleh dibuat dengan takde smartphone. Kadang-kadang tu buat kerja sekolah. Mati kau tak buat esok dalam kelas ayah kau juga yang check. Saya memang struggle sikit subjek yang ayah ajar iaitu Matematik dan English.

Malam tu tidur lambat. Adik dah tidur awal. Lepas habis baru saya tidur, tapi nak lelap mata susah.

Alkisah. Dalam gelap dan samar-samar tu ada seorang budak berdiri tak jauh dari kepala saya.

Saya pun pelik. Adik bongsu ke nak kencing malam? Tapi tak logik, adik bongsu pakai pampers kalau malam atau dia nangis nak pergi toilet. Pandangan saya tak jelas. So, saya mengiring.

Masa tulah saya nampak benda ala-ala alien. Warna hijau, telinga tajam, mata merah dan nampak jari dia panjang. Benda tu ketawa dan kemudian bersuara pandang saya. Saya sendiri tak ingat apa dia cakap, saya tertidur lepas tu.

Kaku masa tu tuhan sajalah yang tahu. Masa tu femes alien-alien ni. Saya gila-gila percaya saya dikunjungi alien malam tu. Esoknya saya cakap dengan kawan-kawan dan sebagai seorang penerima hadiah Terbaik Pendidikan Seni dari Tadika sampai tahun 3. Saya siap lukis. Kawan-kawan pun cakap, alien. Gila-gila kami teruja. Siap ada sorang kawan nama dia Efie cakap ni macam penjahat dalam Power Rangers. Aku bangga gila dapat jumpa alien.

Dan malam tu aku tunggu juga dia datang. Nak bercakap dengan alien tu. Kalau aku budak-budak zaman sekarang rasanya dah prepare tablet, go pro dekat tepi nak snap2 gambar masuk IG. koh koh!

Banyak kali jugalah alien tu datang. Siap kami banyak main sama lagi. Main guli, main tapak. Semua tu buat lepas adik lelaki tidur, barulah dia datang. Taklah rasa menakutkan sebab dia baik, walaupun mata dia merah, badan dia hijau dan gigi dia tajam. Dia tak pernah sentuh saya pun.

Tapi, bila saya mula baca buku di perpustakaan. Dan mula baca buku yang ayah beli. Saya mulai sedar... kawan saya tu bukan alien.

Gementar tangan nak beritahu mak dan ayah. Tapi....

Bersambung...

CREEPYSTORYWhere stories live. Discover now