MAYAT

49 2 0
                                    


Kisah ni masa aku masih sekolah lagi. Masa ni family aku tinggal di rumah guru. Kira cerita ni lagi awal daripada part kawan toyol aku tu. Alkisah kami ni tinggal di salah sebuah kampung di pedalaman Sabah. Kalau malam memang sunyi sepi. Aku dah cerita kut part keluarga uncle aku sesat dari tengah malam sampai pagi tak jumpa jalan keluar dari kampung tu padahal nak keluar dari situ setengah jam pun tak sampai.

Alkisah, masa aku Darjah 3 aku ni kira otak pengingat. Aku boleh tau setiap rumah tu rumah siapa. Kampung tu seingat aku 50 buah rumah sahaja masa tu. Senang nak ingat. Dia macam dalam felda, tapi ni jenis rumah sukati je buat. Tapi bersusun. Jadinya adalah a few rumah ni yang kosong kena tinggal. Katanya berhantu. Tapi tak pernah pulak aku jumpa hantunya tiap kali lalu lepas balik mengaji, masa itulah...

Satu hari tu tiba-tiba kampung gempar di jam 9 malam. Dulu mana ada telefon. Nak kasitau berita memang kena ketuk rumah orang.

Ada orang kampung ni nama dia Amat (tukar nama) ketuk pintu ketua kampung nak kasitau yang kawan dia meninggal dunia. Diorang baru balik pekan, kawan dia meninggal dunia tengah jalan yang di kelilingi ribuan pokok kelapa sawit beratus ekar!

Masa Ketua Kampung tanya mana si Judin (tukar nama) sekarang. Amat kata dia terpaksa tinggalkan tepi jalan mayat dia sebab nak maklumkan kematian Judin. Mulanya Ketua Kampung bebel juga kenapa tinggalkan mayat tepi jalan, kenapa tak angkut sekali naik motor.

Amat kata dia dah cuba tapi mayat Judin berat dan terhuyung hayang kalau dia nak bawa... Heboh sekampung pasal mayat Judin tu.  Aku kenal je Judin sebab dia member aku punya abang sepupu. Kaki mancing juga...

Sejak tu orang kata selalu nampak Judin lambai-lambai tepi jalan tengah malam nak ikut balik kampung kami. Eee.. seram!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 18, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CREEPYSTORYWhere stories live. Discover now